Monday, June 22, 2009

Cuci gambar lagi...

Hmm..kali ni sebanyak 436kpg gambar yang aku cuci..huhu..banyak gler..almaklumlah..agak lama aku kumpul..xde masa nak memilih gambar mana yang terbaik..bukan sikit2 gambar nak kena pilih..setelah d'tapis itu dan ini..sebanyak 436kpg yang perlu d'cuci..itu setelah d'tapis..kalu lum tapis...lu fikirlah sendiri..hahah..kali ni melibatkan gambar aku kat kota tinggi,Johor..search d'awan biru..kunjungan ke SNP n KL..Sitizoners mini Gathering..kenduri doa selamat..dan pelbagai gambar Dct yang terkini...lepas ni akan bertambah koleksi lagi..almaklumlah..lagi 2 ari aku akan ke KL lagi..menonton SATU..so..tungguuuuuu...
indahnya kenangan itu..
pelbagai aksi yang d' abadikan..
abadikan memori sitizoners Mini Gathering 2009..
macam2 ada..hehe
search n ct..selamanya d'hati

Sitizoners Mini Gathering@Media Hiburan

Buat kali ke-2..SITIZONERS MINI GATHERING masuk Media Hiburan lagi..
apalagi..ku terus cepat2 p beli kat kedai..takut habis..heheh..ku beli 3 sekaligus coz hajat d'hati nak bg kat DCT satu..satu lagi nak letak kat dalam scrap book dan lagi satu nak kekalkan dalam majalah..haha..tamakkan..biasalah..keterujaan melampau..maklumlah..bukan selalu muka masuk majalah..muka xglamer..nak wat camna...heheh

Sitizoners Mini Gathering..buat peminat teruja..tq Dct..
satu memori yang indah..
haa..yang ada conteng2 tu la yang nak bagi kat Dct..
fuyoo..borong 3set terus..bebehhh..

Friday, June 19, 2009

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat

Hari ni setelah sekian lama merancang..akhirnya majlis tahlil dan doa selamat dapat d'sempurnakan..dengan harapan dan doa semoga ayah d'kurniakan kesihatan yang baik..cepat sembuh dr penyakitnya dan kembali bertenaga macam dulu.. Selepas solat jumaat..majlis bacaan yassin d'adakan...alhamdulillah..lebih dari 50org yang datang...majlis berlangsung hampir 2jam.. Sebelah malam pula..d' adakan sembahyang hajat..ramai juga yang datang...jemaah dari 2buah surau yang berhampiran..alhamdulillah..semoga segala yang di hajatkan d'makbulkan olehNYA..AMIN...
terima kasih kerana sudi bertandang...Majlis bacaan yassin bermula...
hidangan yang d'sediakan..nasi kuning..Dct suka nasi ni..kan!
bersama kaum keluarga...
cenderahati utk tetamu yang datang..
merahnya mak ngah..huhu..
klik2 selepas majlis tahlil..
sebahagian dari anak2 sedara..10/14..heheh
sembahyang hajat...
amacam..ok x..kembar xseiras ni..
Haha..ni possing selepas majlis..penat gler..tp sempat lagi klik2..

Friday, June 12, 2009

Konsert SATU

Arieda Salsabella 13 June 2009 01:46 |
Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%

PELANGGAN Maxis & Hotlink NIKMATI POTONGAN 20% UNTUK TIKET “Konsert Eksklusif SATU” Dato’ Siti Nurhaliza. Semua hasil kutipan daripada Malam Gala akan didermakan kepada badan kebajikan.

Pada 26 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan menikmati potongan 20% untuk semua tiket sebagai sebahagian daripada Malam Gala Maxis bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza semasa “Konsert Eksklusif Satu” beliau.

Pemenang sepuluh kali Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Penyanyi Vokal Wanita Terbaik itu akan mengadakan persembahan sebagai sebahagian daripada aktiviti kutipan wang untuk kebajikan, daripada 8:30 malam hingga 10:30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Semua hasil kutipan Maxis akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diasaskan oleh Dato’ Siti dan suami beliau, Datuk Khalid Jiwa.

Matthew Willsher, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis Communications Berhad, berkata, “Melalui Malam Gala Maxis, kami ingin memberi suatu pengalaman istimewa kepada semua pelanggan Maxis dan Hotlink untuk bersama-sama seorang artis terkenal Malaysia. Inilah cara kami membalas kesetiaan para pelanggan, dengan memberi mereka peluang untuk menikmati hiburan yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan mereka. Kami akan mendermakan semua hasil kutipan Maxis daripada malam gala itu untuk badan kebajikan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan juga mangsa bencana.”

Dari 10 hingga 24 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli tiket daripada Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC dan Taman Tun Dr. Ismail), MATIC, Malaysia Travel Bureau (MTB), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Presint 16, Putrajaya), atau daripada Ticket Charge (Signature Office Suite, Mid Valley di Kuala Lumpur). Talian khas Ticket Charge ialah 03-41498600 dan laman webnya ialah www.ticket2u.biz. Untuk menikmati tiket potongan 20%, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan dikehendaki menunjukkan telefon mudah alih mereka sebagai bukti langganan. Tiket dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.

Maxis sering kali membawa hiburan bertaraf dunia kepada para pelanggannya yang setia sebagai ganjaran istimewa.

Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions merupakan penganjur konsert tersebut. Konsert tersebut diberi nama ‘Konsert Eksklusif Satu’ dan diilhamkan daripada seruan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada rakyat untuk bersatu.

Sayang Ct Sokmo 8)
*Jumpa D'IB pada 27hb Jun yea..

Tuesday, June 2, 2009

Aku Dan Stadium

MLM ENDURANCE KOT...
ADA GAK GAMBAR AKU KAT DLM STADIUM EK..HUHU
SAJA DTG RONDA2 TGK STADIUM SEBELUM MAJLIS PERASMIAN BERMULA PADA SEBELAH MLM...
GAMBAR NI KU AMBIL AWAL TAHUN BARU NI KOT..LUPALAH..HEHEH
SAJE JER KLIK2 SAMBIL MERONDA...
AKHIRNYA 2HB JUN..RUNTUH...KECOH JAP MALAYSIA..HEHEH
TIBA2 JE JALAN NI JADI SIBUK..KENDERAAN PELBAGAI SAIZ BERPUSU2 DATANG...KU PUN TAK LEPASKAN PELUANG..DAH DEKAT JE NGAN UMAH ,KAN..
PERNAH GAK MASUK BEBERAPA KALI..FIRST TIME MASA DCT DTG SEMPENA PERASMIAN STADIUM 10/5/08..PAHTU KALI KE2 MASA DCT DATANG GAK SEMPENA PERASMIAN SUKMA 31/5/08..

PANDANGAN DARI SEBELAH BELAKANG STADIUM...
STADIUM YANG HANYA GAH SELAMA SETAHUN...HUHU
HAHHA..KENANGAN NI..RUGI KALU XPOSSING SKALI..292JUTA WOOOO..

Monday, June 1, 2009

RIEDA AMY ISABELLA d'Awan Biru

RIEDA AMY ISABELLA..hahah..fanatik punya pasal..


Search dan Amy..satu nama yang cukup gah dalam industri muzik tempatan..dari dulu hingga kini..tiada satu pun kumpulan rock yang dapat menandingi search yang satu ini..keunikan suara amy tiada bandingannya..dari zaman sekolah rendah lagi..ku meminati kumpulan search.. hinggakan kawan2 sekolahku dulu tau benar ngan minatku ini..pantang ada artikel mengenai search..pasti mereka akan hulurkan padaku..masihku ingat kenangan dulu2..aku pernah menggunakan nickname RIEDA AMY ISABELLA..hahha..cantik x nama tu..tu semua gara2 minatku pada amy..semua buku2 teks sekolah ku tampalkan ngan poster Search dan amy.. Seingatku banyak juga koleksi poster n gambar search yang ku kumpul..tapi semua koleksi tu ku simpan dalam sebuah kotak di rumah lamaku..harap2 ia masih berkeadaan baik..suatu hari nanti jika umurku panjang...pasti ku akan melihatnya kembali.. Minatku pada search tak pernah berubah cuma selepas tamat alam persekolahan..kesibukan ngan keje membataskan segalanya..apatah lagi trend rock tidak seperti awal 90-an dulu.. namun search tetap d'hati..lagu2 search n amy sentiasa menjadi siulan..cuma xfanatik seperti zaman sekolah dulu..agaknya kerana minatku telah beralih arah pada DCt..heheh..DCt merupakan satu2nya artis yang ku rasakan paling rapat denganku..satu2nya rumah dan pej artis yang pernah ku jejaki..banyak xtvtnya aku join..segalanya artikel tentangnya aku simpan..albumnya aku beli..hanya dia..aik..dah tukar topik ke ni...hehe.. Apapun yang boleh aku katakan..Dct tetap no satu sampai bila2..dan search tetap d'hati dari dulu hingga kini..yang lain langsung xmelekat kat jiwa ni..hanya 2S..SITI NURHALIZA dan SEARCH..
Sempena Konsert Search Di Awan Biru..sejak mula lagi..bila mendapat tau..Terengganu turut menjadi pilihan Celcom iaitu pada 22hb mei..hati ini begitu teruja untuk sama2 menontonnya..cuma menunggu masanya tiba..dah tak sabar rasanya..tiba2 menerima info..
Sitizoners akan buat Mini Gathering pada 23hb mei..alamak..mcmana ni..konsert kat ganu..gathering kat KL..takkan dlm masa satu ari nak ke sana sini..jauh tu..hati pun menjadi tak tentu..fikiran bercelaru..hampir 20tahun aku meminati search..dan xpernah melayan konsertnya..cuma sebelum ni aku pernah gak jumpa dan layan lagu amy live tapi bukan konsert search..setakat 2,3 lagu..xpuas kan... Setelah banyak kali berfikir dan berbincang..hampir2 kami buat keputusan memilih kedua2nya.. 22hb malam melayan konsert..habis konsert terus drive ke KL untuk menghadiri gathering 12pm..bayangkan kepenatan kami nanti..huhu... 19hbMei..ku kedai ke Kedai Celcom utk mendapatkan tiket Search..tiket mula djual semalam 18hb..alhamdulillah..ku mendapat tiket VIP yang membolehkan aku berdiri d'depan stage.."..blue zone.."ku beli 5kpg terus coz tiket terhad...tiba2 ku mendapat info dari pekerja kat situ..konsert telah d'tangguhkan pada 29hb atas sebab2 yang xdapat d'elakkan....yahooo..hati melonjak riang..sukanya dgn kabar gembira ini..xperlulah aku bersusah payah ke sana dan ke sini dalam masa yang sama.. selesai juga akhirnya masalah ini..dapatlah aku melayannnn ke2nya tanpa kegusaran dan tergesa2..

29hb mei tiba jua..sebelah pagi aku kena pergi dulu ke stadium utk ambik pass vip..dalam duk bersiap2 jam 10.15am tiba2 dapat mesej dari my cousin..ada seisi berjumpa ngan search kul 10.30 hingga 11..alamak..mcmana ni..ku baru je nak mekap..kurang2 ku perlukan setengah jam utk bersiap..nak sampai ke stadium lak setengah jam..alahai..nampaknya 'mekaup segera' la aku...dalam 15minit dah siap..ku terus bergegas ke stadium bersama ngan kakakku cteey yan-t yang juga fanatik search dr dulu..alhamdulillah..sesampainya kami kat sana..rupanya search lum sampai lagi..cehhh..bukan main lagi ku berkejar ke sini..huhu..dalam sejam menunggu...akhirnya yang d'tunggu pun tiba..tapi perkabaran yang kami terima..amy lum sampai lagi coz meraikan besday anaknya kat KL pagi ni..amy sampai ptg..nampak gayanya xberpeluang lah kami nak bergambar ngan amy..xpelah..nak wat camana.. Apa yang menarik..sepanjang sesi bergambar bersama peminat..scrap book cteey yan-t menjadi perhatian..apa xnya..scrap book tu berumur hampir 20tahun..semua org yang ada kat situ teruja nak tengok..begitu juga ngan anggota kumpulan search..terutama nasir..siap bergambar pegang scrap book tu..heheh..hampir setengah jam juga sesi tu..sempat jugalah berbual ngan hillary n nasir..teruja gak coz pertama kali jumpa diaorg kan..tamat je sesi tu kami terus balik coz sebelah ptg nanti nak datang pulak tgk sound check..

anggota kumpulan search tiba utk sesi bertemu peminat..antara org yang terawal bergambar..heheh
bersama my sis..berkongsi minat yang sama..
yazit sign scrap book..
sign kat tshirt search..
haaa..inilah scrap book cteey yan-t yang dah berusia hampir 20tahun..
setelah d'simpan lama..baru berpeluang mendapatkan sign anggota search..
hahah..abang ni pun berminat nak tengok..
teringat kenangan lama...kan
layan rock..search tetap power..
nasir yang sporting...
search tetap unggul d'hati dari dulu hingga kini..

xlepaskan peluang bergambar kenangan..
bulan madu d'awan biru..tiada yang mengganggu..
tetap gah selamanya..

5pm..kami kembali ke stadium..semua org sibuk..stage mula bergema..tp amy lum kelihatan..alahai..yang ada hanyalah nasir,din,hillary,yazit..kami layannn ngan bunyi drum n gitar..mantap beb.. 6.00pm..kami keluar dr stadium dan selesaikan apa yang patut..coz 7.30 nanti nanti pintu akan mula dbuka..kami xnak terlewat..semangat gler nak duk kat depan ni..bersemangat gler nak layan konsert search..hehe..dah lama teringin sebenarnya..dulu masa sekolah mak ayah xkasi..huhuuh.. dalam duk beratur kat pintu masuk..adalah sekumpulan peminat2 search menegur kami.. bertanya pasal scrap book search tu..hahah..topik hangat nampak..rupanya diaorg pun ada gak masa sesi bergambar tengahari td..cayalah..search tetap d'hati.. pintu di buka aje..kami berlari2 anak menuju ke blue zone..hahah..takut xsempat tu.. betul2 duk depan stage..bestnya..xsabar dah ni..tunggu punya tunggu..9.40 baru konsert bermula..sepatutnya jam 9..huhu..org makin ramai..alamak..amy kuar aje..keadaan terus jadi tak terkawal..kami terus d'himpit oleh mat2 rock..alahai..macamana ni..nampaknya terpaksalah berhimpit..nasib baiklah xberlaku kejadian yang xingini..masing2 enjoy layan konsert..paling best time lagu isabella..memang enjoy sangat2 layan konsert ni..rasa berbaloi..di usia 51 tahun..amy masih bertenaga d'pentas selama 2jam..menyanyi..menari..melompat ke sana sini..alahai..paling bets amy terjun dan melompat ke atas peminat2nya selama 2x..satu tindakan yang berani..huhu..11-40pm..konsert berakhir ngan lagu pawana..sekejap je masa berlalu..huhu.. habis je konsert..terus meluru ke tepi stage..tunggu amyla...heheh..amy masih d'dalam khemah bersama press..selesai je..amy kuar dan menuju ke naza ria yang menanti..hanya aku dan cteey je yang berani menyekat langkah amy..hahha..sempat juga kami bergambar n mendapatkan tandatangan amy kat scrap book yang usang itu...tima kasih amy..menghiburkan kami org terengganu..memang enjoy sangat2..maklumlah pertama kali melayan konsert search..perasaan kali pertama ni lain,tau..ia xkan sama ngan perasaan kali ke2 dan seterusnya.. macam ni lah juga perasaan aku ketika pertama kali jumpa ngan DCt dulu kat kustem..12febuari2004 akan tetap abadi d'hati ini...masih ku ingat dulu..pertama kali bertentang mata ngan ct..hati girang bukan kepalang..balik umah je..hati melonjak riang..rasa xnak basuh tangan selepas dapat bersalam ngan ct..hahahh..itulah penangan kali pertama..satu pengalaman yang cukup indah..


ni sesi petang..baju pun dah lain kan..hahah
kat depan gerai jualan koleksi search..

ni masa sound chek..layannnn
din gitaris search yang slumber..
amboi..sempat lepak ek...haa..inilah gambar kenagan2 kami bersama peminat2 search..heheh..xkenal pun..tp atas satu nama..search...
amy yang tetap power..peeweeiittt..
'amy sempat sign utk kali ke2 scrap book tu..cayok2..