Saturday, June 5, 2010

Siti puas hati

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


SITI kini lebih yakin dengan produk SimplySiti yang mula meraih pengiktarafan.

--------------------------------------------------------------------------------



SELAIN bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 31, yang baru berjinak-jinak sebagai usahawan barangan kosmetik dan kecantikan kulit, SimplySiti terus mencipta rekod tersendiri apabila produk di bawah labelnya mendapat pengiktirafan tertinggi.

SimplySiti yang dilancarkan secara rasmi sejak April lalu meraih Anugerah Produk Halal Terbaik daripada The Halal Journal diterajui oleh Kasehdia Sdn. Bhd. sekali gus mengalahkan beberapa produk tempatan termasuk yang mendahului di pasaran sebelum ini.

The Halal Journal merupakan sebuah jurnal berbahasa Inggeris yang memulakan edisi pertama pada Januari 2005. Sebelum itu, The Halal Journal pernah dicetak buat pertama kali pada Ogos 2004 sebagai panduan kepada delegasi dan peserta menghadiri Persidangan Halal Sedunia Malaysia 2004 (MIHAS 2004) yang berlangsung di ibu negara.

Bukan itu sahaja, jurnal yang dikepalai oleh pengarahnya, Jumaatun Azmi itu merangkumi keseluruhan aspek pengeluaran dan pembuatan dalam industri halal global yang menekankan tentang pasaran ekonomi berdasarkan konsep Islam.

Siti yang bertindak sebagai Presiden SimplySiti Sdn. Bhd. berkata, dia cukup gembira dengan pencapaian setahun jagung SimplySiti selepas melampias sepenuh keringat memunculkan produk kecantikan dan penjagaan kulit itu kepada pengguna.

"Alhamdulillah, selepas puas hendak meyakinkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mendapatkan sijil halal pada produk ini, tidak lama kemudian SimplySiti dianugerah pula produk halal terbaik di Malaysia.






SEMPAT melayan rakan-rakan niaga dari seluruh negara yang membantu mengembangkan nama SimplySiti.

--------------------------------------------------------------------------------


"Tiada lebih membanggakan kerana keputusan ini dipersetujui oleh individu tertentu dari negara-negara Islam seluruh dunia. Dengan adanya penghargaan ini, Siti dan seluruh tenaga kerja bertambah yakin untuk meneruskan langkah SimplySiti selepas ini," jelasnya ketika ditemui pada majlis doa selamat SimplySity di ibu negara minggu lalu.

Begitupun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Biarlah Rahsia itu memberitahu, majlis tersebut sebenarnya bukan bertujuan merai kemenangan SimplySiti dipertauliahkan sebagai produk halal terbaik.

"Siti baru tahu tentang perkara ini selepas kami merancang untuk adakan majlis doa selamat. Ini semua secara kebetulan. Padahal, acara ini dilakukan sebab hendak beri penghargaan kepada seluruh pihak yang membantu menaikkan nama SimplySiti.

"Biarpun baru lebih sebulan berada di pasaran, Siti berbangga dengan pencapaian memberangsangkan produk ini. Diakui, untuk tahun pertama ini Siti pasti tidak dapat lagi keuntungan. Cuma, Siti sangat berpuas hati sebab jenamanya mula dikenali umum," ungkapnya yang masih belajar banyak perkara tentang selok-belok cabang bisnes.

Tidak hanya Indonesia dan Singapura, syarikat itu turut menimbang untuk memasuki pasaran Timur Tengah tidak lama lagi ditambah selepas menerima penghargaan sebagai produk halal terbaik sesuai digunakan oleh golongan wanita termasuk beragama Islam.

Di Malaysia, produk SimplySiti boleh didapati di lebih 200 cawangan Watson di seluruh negara sementara Jusco tidak lama lagi.

Obses Siti bawa tuah

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN





SITI Nurhaliza tidak melepaskan peluang melayan wakil-wakil jualan produknya yang hadir pada majlis kesyukuran dan doa selamat produk SimplySiti yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KECANTIKAN sememangnya cukup sinonim dalam diri setiap wanita. Ibarat irama dan lagu jika dipisahkan pincanglah makna sebuah kehidupan.

Begitulah juga dengan diri penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang sedari kecil cukup obses terhadap kecantikan.

Lebih-lebih lagi apabila kini penyanyi bersuara lunak itu mula berjinak-jinak dalam perniagaan produk kecantikannya, SimplySiti yang mula menjengah pasaran lebih sebulan lalu.

Bagaimana obsesnya penyanyi yang cukup mesra dipanggil Siti itu terhadap kecantikan, begitulah juga dia memainkan peranan penting turun padang mengambil tahu segala proses pembikinan produk yang turut memetik namanya di lapangan komersial itu serta terlibat di hampir semua tempat yang mempromosikan produk tersebut.

Baginya, di mana ada kemahuan dan usaha, di situlah jalan bakal terbentang luas untuknya dalam memasarkan produk tersebut.

Apa yang cukup membanggakan si pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu, biar baru sahaja sebulan jenama SimplySiti dipanjangkan di pasaran, sambutan yang diterima amat luar biasa malah, melebihi sasaran yang ditetapkan.

Biarpun mengakui masih belum memulangkan modal besar yang dilaburkan olehnya memandangkan bahan-bahan yang digunakan agak mahal, namun kata Siti, dia cukup berbesar hati apabila produk tersebut berjaya mencapai sasaran jualan yang ditetapkan hanya dalam masa sebulan dipasarkan.

Dan baru-baru ini, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur berlangsungnya majlis kesyukuran serta doa selamat memohon kepada Allah agar sambutan yang menggalakkan terus diperolehi.

Tambah menceriakan isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu lagi, sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut, pengurusan SimplySiti Sdn. Bhd., dikejutkan dengan berita gembira apabila nama SimplySiti diangkat ke mata dunia sebagai penerima Best Halal Product menerusi Halal Journal Awards.

Maka, tidak sia-sia usaha penyanyi kesayangan ramai itu membawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke Korea dan mengikuti segala prosedur yang ditetapkan oleh pihak tersebut bagi memperoleh sijil halal tidak lama dahulu.

Dengan pencapaian tersebut, tentu dapat memperluaskan lagi empayar SimplySiti di peringkat asia yang dijangka bakal dimulakan tahun depan.

Ini termasuklah memasarkan produk tersebut ke Indonesia dan Singapura.

Malah, menurut Siti dia telah pun bertemu dengan beberapa pihak syarikat di Indonesia untuk memasarkan produknya di negara itu.

Bahkan, dia turut bercita-cita melayangkan jenama SimplySiti ke negara timur tengah pula memandangkan produk tersebut ada kekuatan dari segi halal.

"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat SimplySiti berjaya memperoleh anugerah tersebut. Tidak dinafikan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim amat ketat dan proses nak mendapatkan sijil halal itu sendiri memang begitu mencabar bagi saya.

"Di Korea, mereka (pihak Jakim) memeriksa setiap satu bahan yang menjadi kandungan dalam produk SimplySiti. Sehinggakan latar belakang pekerja yang bertugas menghasilkan produk ini juga mereka selidiki.

"Oleh kerana usaha kami dan mengikuti segala prosedur yang ditetapkan oleh Jakim, dapat juga sijil halal justeru kami berasa lebih mudah dan lega untuk memasarkan produk-produk kami ke negara," kata Siti.

Rancang keluar produk bermusim

Sejenak terfikir, sedangkan meniti kehidupan sebagai penyanyi terkenal Siti sudah tidak menang tangan memenuhi pelbagai jadual dan undangan nyanyian, bagaimanakah pula apabila dia mula melangkah ke arena perniagaan sebagai usahawan kosmetik?

Biarpun bagai tidak cukup masa menguruskan perihal nyanyian dan perniagaan, namun Siti cukup bertuah kerana mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami yang cukup memahami minatnya yang mendalam terhadap kosmetik.

"Kehidupan saya sama seperti biasa, tetapi dalam bab-bab perniagaan dan terma-termanya sedikit sebanyak saya pelajari daripada suami.

"Cuma, kalau dulu saya tidak perlu fikir tentang konsep dan penyusunan warna, tetapi kini bila sudah ada produk sendiri saya perlu fikirkan warna-warna apa yang disukai oleh pelanggan untuk dikeluarkan.

"Saya memang amat sukakan kecantikan dan untuk hari raya nanti saya rancang untuk keluarkan produk khas SimplySiti menjelang hari raya nanti. Insya-Allah setiap musim perayaan kami rancang untuk keluarkan produk-produk solekan dengan warna-warna tertentu," kata Siti lagi.

Tambah Siti, biarpun dari segi saingan antara SimplySiti dengan produk-produk sedia ada di pasaran cukup besar namun, dia yakin telah menampilkan yang terbaik dalam produk tersebut termasuklah dari segi bahan, tekstur, warna serta bau yang dipilih sendiri olehnya.

Untuk itu amat penting baginya mengambil tahu setiap proses yang pembuatan serta menjalankan promosi sebaiknya.

"Sebagai artis, orang ramai sering melihat cara kita berdandan dan mereka sering tertanya-tanya tentang produk dan padanan warna yang sering saya gunakan.

"Jadi, dengan adanya produk SimplySiti, inilah salah satu cara untuk saya beritahu tentang rahsia solekan saya," katanya yang turut merancang untuk menghasilkan produk wangian pula.

Sekitar Jun ini, Siti bakal ke Kuching, Sarawak untuk memenuhi persembahan jemputan di Borneo Convention Centre sekali gus bertemu rakan niaga bagi mempromosikan SimplySiti di negeri itu.

Tuesday, March 30, 2010

Siti Hampir Putus Asa Di Korea

HAMPIR putus asa dibuatnya apabila memikirkan tentang kelulusan produk kecantikannya, SimplySiti semasa Jabatan Agama Islam (Jakim) membuat pemeriksaan di Korea.Selaku pengasas produk tersebut, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza berkata pengalaman itu membuatkan dirinya tidak senang duduk dan berdebar-debar.“Korea bukan sebuah negara Islam. Tetapi setelah Jakim membuat pemeriksaan terhadap pekerja, kebersihan dan persekitaran, alhamdulillah saya sangat bersyukur ia mencapai prosedur yang diinginkan,” kata Siti ketika majlis pelancaran produknya baru-baru ini.Dengan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...', rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .Disebabkan mahu menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti, Siti bersama ‘orang kuat’ SimplySiti sanggup terbang berulang-alik ke Korea.Menurutnya, negara tersebut merupakan antara negara terbaik dalam menghasilkan produk kosmetik dan penjagaan kulit.Siti akui dia tidak kisah untuk mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk menghasilkan produk yang berkualiti.“Kita menggunakan kaviar atau telur ikan salmon yang sangat mahal untuk menghasilkan SimplySiti New Age.“Produk itu juga menggunakan bahan utama lain seperti Kolagen Hydrolyzed, Ekstrak Daun Prunella Vulgaris dan Adenosin.“Sementara SimplySiti C Bright dihasilkan daripada Bunga Opuntia Tuna atau Ekstrak Batang (Napol), Ekstrak Pinus Strobus (Pokok Pain Korea) dan Arbutin. SimplySiti Acne Solution pula menggunakan Enzim Papain, Pokok The dan Ekstrak Kulit Willow,” jelasnya lagi mengenai kandungan antara produk-produk itu.Dengan mengaplikasikan nama-nama lagu popularnya, Siti memilih untuk menamakan gincu dan pembayang matanya dengan nama lagu Janji Kasih, Wajah kekasih, Aku Cinta Padamu dan Cinta Ini.Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.Selain itu, Siti akan memasarkan produknya di Indonesia, Singapura, Brunei dan negara Timur Tengah.- mStar

02 April 2010 11:27
Impian Siti Terbit Album Inggeris Belum Tercapai


Siti diraikan dalam sambutan ke15 tahun sebagai anak seni. SEMALAM genap 15 tahun kerjaya Datuk Siti Nurhaliza mengharungi jerit perih kehidupannya sebagai seorang bintang ternama.Jangka masa itu bukanlah sesuatu yang singkat baginya untuk berada di tempat yang selesa seperti hari ini. Dia berjaya meletakkan dirinya kepada satu tahap lain dalam industri ini.Namun dia mengakui apa yang diperolehinya hari ini bukan semudah yang disangkakan dan dilihat. Sebaliknya ia adalah hasil usahanya berkerja keras sehingga menjadi penyanyi nombor satu negara."Saya sedar sudah 15 tahun saya berada dalam industri hiburan, biarpun bukan satu tempoh masa yang lama berbanding penyanyi lebih senior daripadanya namun begitu dia berbangga dengan pencapaiannya hari ini."Apa yang saya hajati dari awal bergelar artis kini sudah pun tercapai antaranya ingin mengadakan konsert pada umur 20 tahun, menjuarai pertandingan di luar negara, membuat persembahan di Royal Albert Hall, jumpa idola saya Celine Dion dan banyak lagi."Saya gembira dengan perjalanan kereir saya. Namun ia bukan datang bergolek, saya berkerja keras untuk sampai ketahap ini," jelasnya yang dalam perancangan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun ke 15 sebagai artis.Bagaimanapun Siti mengakui ada beberapa impiannya yang masih belum tercapai dan berharap dapat melaksanakannya dalam masa terdekat ini."Ada lagi impian saya yang belum tercapai iaitu untuk terbitkan album dalam bahasa inggeris, dan mengadakan konsert dengan konsep tradisional."Saya harap dapat merialisasikan impian tersebut dalam jangka masa terdekat iaitu dua atau tiga tahun ini," katanya.Tambahnya lagi, dia berasa terharu dengan sambutan peminat yang masih setia daripada awal hingga ke saat ini."Siti Rasa direstui dengan sokongan peminat yang tidak pernah jemu. Kelmarin selepas rakaman program muzik-muzik peminat-peminat saya berkumpul sambil mengucapkan tanda sokongan mereka," katanya yang bakal menjayakan minggu setiausaha yang dianjurkan oleh Shah Alam Convention Centre (SSCC Convec) pada 27 dan 28 April ini.Sementara itu, sempena malam setiausaha tersebut Siti akan digandingakan bersama teman baiknya Kris Dayanti (KD) dengan mendendangkan sebanyak 15 buah lagu popular mereka berdua."Ini merupakan kali pertama saya dan KD bergabung tenaga satu pentas yang sama. Saya menjanjikan persembahan yang terbaik dari kami."Selain itu kami juga akan bawakan lagu-lagu dalam album CTKD," jelasnya yang bakal mengunakan khidmat pengubah lagu Aubrey Suwito.Menjanjikan konsep yang lebih santai dan banyak gimik menarik yang bakal dirancang."Saya akan berbincang dengan KD untuk persembahan kami, mungkin kami akan bawa gimik-gimik yang manarik sepanjang dua malam itu."Saya berharap ia mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat yang mahu menghiburkan setiausaha mereka," jelasnya.Harga tiket serendah RM 350, RM 500, RM 700, RM 10,000 (semeja), dan RM 20,000 (semeja


Siti Lancar Produk Kecantikan SimplySiti
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Siti bersama produk kosmetik SimplySiti ketika majlis pelancaran di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AZMAN GHANI
KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza melancarkan rangkaian produk kecantikannya, SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental, di sini, semalam.
Dengan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...', rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.
Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .
“Alhamdulillah,setelah dua tahun saya membuat analisis dengan bantuan AC Nielsen,akhirnya ia berjaya dihasilkan dan dipasarkan.
“Memang sudah lama saya ingin menghasilkan produk kecantikan sendiri,kini ia menjadi kenyataan.
“Berkat pengalaman menggunakan banyak produk kecantikan dan berjumpa dengan ramai mekap artis, akhirnya terhasillah SimplySiti, katanya ketika majlis pelancaran itu.
Menariknya,Siti bukan sahaja menghasil dan menjual produk-produk itu malah turut menggunakannya.
“Saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba produk saya terutama krim Simply 5 yang lebih memudahkan rutin harian. Beberapa kali saya menukar formula untuk menyesuaikan tekstur muka dengan cuaca di Malaysia.
“Ia memberikan lima elemen penting rawatan muka seperti melembapkan, merawat (mencerah, melawan penuaan atau anti-jerawat), perlindungan UV (SPF 20, PA++), dan bedak asas (cecair) dalam satu langkah.
“Yang penting,produk-produk saya halal dan boleh memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat, jelasnya lagi.
Menurutnya, jenama SimplySiti digunakan kerana mencerminkan gaya hidupnya yang praktikal,mudah tapi sentiasa menawan.
Siti berkata, walaupun kumpulan sasaran asal adalah kaum wanita, namun tidak salah jika golongan lelaki hendak mencuba produk penjagaan kulit itu sekiranya sesuai dengan mereka.
Konsep jenama SimplySiti adalah khusus untuk memberikan wanita masakini pada setiap peringkat usia satu penyelesaian untuk kelihatan menawan dalam masa yang singkat dan pada harga berpatutan.
Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.
Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.
Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.


Siti perkenal SimplySiti

Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my2010/03/31


SITI Nurhaliza mengenakan gincu SimplySiti ketika majlis pelancaran di Hotel Mandarin Oriental, semalam.Produk guna teknologi nano sudah berada di pasaran

KUALA LUMPUR: Hasrat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk memiliki produk kecantikannya sendiri tercapai apabila beliau memperkenalkan rangkaian kosmetik dan produk penjagaan kulit pertamanya, SimplySiti.
Siti berkata, produk yang dihasilkan menggunakan teknologi Nano itu sudah pun berada di pasaran sejak dua minggu lalu.


“Selepas hampir dua tahun produk ini menjalani proses pembangunan dan penyelidikan di Korea, barulah kami bersedia untuk memasarkannya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana impian saya untuk memiliki produk kecantikan sendiri termakbul dengan kelahiran SimplySiti. “Selain harganya yang berpatutan, saya yakin produk ini akan mendapat tempat di hati khalayak kerana penghasilannya menepati piawaian dan apa yang lebih penting ia mendapat sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” kata Siti ketika ditemui pada majlis pelancaran SimplySiti di Hotel Mandarin Oriental di sini, semalam. Sebagai permulaan, SimplySiti Sdn Bhd hanya mengeluarkan produk penjagaan muka dan kosmetik yang merangkumi semua jenis alat solek antaranya pencuci muka, penyegar, pelembab, bedak asas, gincu, pemerah pipi dan pengilat bibir. “Memang kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk selepas ini seperti makanan kesihatan dan minyak wangi,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia ini. Selain Siti, SimplySiti turut ditunjangi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa bersama dua rakan kongsi lain. Pada majlis itu, Siti turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu yang digubah khas sempena pelancaran produknya berjudul Rahsiaku Milikmu.


Siti Nurhaliza keluar produk kosmetik
2010/03/31

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini beralih tumpuan menjadi ahli perniagaan apabila melancarkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit jenama sendiri, SimplySiti.Produk yang di formula menggunakan kepakaran teknologi nano dan diproses di Korea khusus untuk keperluan wanita tempatan itu turut diiktiraf halal serta selamat digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Siti Nurhaliza berkata, pelaburan besar dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa.
Katanya, bagi produk kosmetik pula mengetengahkan mainan warna yang menarik, sesuai untuk semua golongan yang mahu kelihatan cantik dengan setiap satu daripadanya dinamakan sempena tajuk lagu popularnya.
“Semua produk SimplySiti akan dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco, selain April ini bakal menyaksikan SimplySiti tampil dalam bentuk kiosk dengan pembukaan pertama di JB Sentral, Johor Bahru.
“Produk ini juga diharap mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim.
“Produk ini dijamin mampu memenuhi keperluan wanita selaras hasrat Siti mahu berkongsi rahsia kecantikan dengan semua orang terutama peminat,” katanya.


Dato’ Siti Nurhaliza Lancar Produk SimplySiti
Pada jam 3 petang tadi (30 Mac 2010), penyanyi No. 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza telah melancarkan rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti di dalam satu majlis meriah bertemakan warna putih kapas – Majlis Pelancaran SimplySiti di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Itulah berkat pengalaman menggunakan banyak produk kecantikan dan berjumpa dengan ramai mekap artis, akhirnya terhasillah SimplySiti. Maka tercapailah impiam Siti Nurhaliza untuk menghasilkan produk kecantikan sendiri. Bukan kerja yang mudah kerana beliau mengambil masa selama 2 tahun untuk buat kajian dengan bantuan AC Nielsen.
Sebenarnya, produk ini bukan sahaja sesuai untuk wanita, tapi untuk lelaki metroseksual pun boleh menggunakannya. Tapi kenalah tahu serasi ke tak dengan kulit muka anda.
Di majlis ini juga ada kejutan untuk Siti Nurhaliza. Dengan usaha suaminya, Datuk Khalid, ulangtahun ke-15 penglibatan Siti Nurhaliza dalam dunia seni telah diraikan.
1 April adalah tanggal yang begitu bersejarah untuk anak jati Kuala Lipis, Pahang ini. Dan sempena dengan itu, Budiey dedikasikan video ini untuk beliau:
Dengan SimplySiti, kini wanita boleh memperolehi jenama yang mereka yakini, yang memahami citarasa kejelitaan dalam kaum wanita… kecantikan secara mudah, menjimatkan masa dan wang kerana harganya sangatlah murah, paling mahal pun dalam RM80 sahaja iaitu krim serum. Selain mencerminkan gaya hidup cara Dato Siti, SimplySiti ini sangat praktikal, di mana bagi Siti dengan adanya produk ini, peminat akan terasa dekat lagi dengan beliau. Yelah, bangun pagi aje sapu krim… mesti selalu Siti dekat di hati para peminat.
Selama 15 tahun mencebur diri dalam bidang hiburan, Siti telah banyak belajar dan menimba pengalaman dari pakar tentang cara penjagaan kulit wanita Asia dan mengaplikasikan make up sesuai dengan kulitnya.
Jadi, apakah formula produk ini?
Teknologi nano, satu teknologi yang sekarang ini disebut-sebut menjadi formula untuk produk SimplySiti. Teknologi Nano yang digunakan adalah partikel bersaiz sangat halus pada kadar 5onm yang didapati dalam semua rangkaian produk ini. Ini bermakna bahan aktif ini lebih cepat diserap ke dalam kulit. Ia berkesan untuk menyembuh, menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, halus, sihat dan berseri…mmm pastinya kulit gebu cantik macam Siti. Hehe.
Selain menjadi salah seorang peragawati yang memperaga produk kecantikan & kosmetik, di majlis yang sangat grand ini, Siti telah menunjukkan kemahiran menjadi mak andam dengan memilih seorang wartawan menerusi cabutan bertuah. Dan Budiey nak ucapkan kepada kawan Budiey dari Mstar Online iaitu Azira yang telah bernasib baik. Apa lagi, gementar seluruh badan Azira apabila diminta naik ke pentas. Bukan mudah nak dapatkan peluang macam ni, bila lagi nak merasai wajah disolek dan ditatarias oleh seorang diva paling popular kat Malaysia ni. Kebetulan pula si Azira ni, selalu aje bertemu dengan Siti Nurhaliza untuk menemubual.
Okay kita tengok sebelum dan selepas Azira ni disolek:
Sebelum disolek:
Selepas disolek:
Budiey ingin mengucapkan jutaan tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza atas kejayaan ini.
Betapa sibuknya jadual Siti Nurhaliza hari ini. Setelah selesai majlis pelancaran ini, beliau ke NAR Records untuk merakam sebuah lagu untuk Kempen Kami Prihatin.
Maka terbongkarlah satu rahsia tentang berita gembira yang ingin dikongsikan selama ini kepada masyarakat dan peminat khususnya. Sesuatu yang Siti idamkan – mahu berkongsi rasa gembira untuk berkongsi pengalaman peribadi tentang kecantikan yang dimilikinya.
Dengan tagline ‘Rahsiaku kini milikmu…’, rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution. Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only .
“Saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencuba produk saya terutama krim Simply 5 yang lebih memudahkan rutin harian. Beberapa kali saya menukar formula untuk menyesuaikan tekstur muka dengan cuaca di Malaysia. Ia memberikan lima elemen penting rawatan muka seperti melembapkan, merawat (mencerah, melawan penuaan atau anti-jerawat), perlindungan UV (SPF 20, PA++), dan bedak asas (cecair) dalam satu langkah. Yang penting, produk-produk saya halal dan boleh memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat.”
Menurutnya, jenama SimplySiti digunakan kerana mencerminkan gaya hidupnya yang praktikal,mudah tapi sentiasa menawan.
Sebagai intro, Dato’ Siti Nurhaliza telah mempersembahkan sebuah lagu tema yang berjudul SimplySiti. Lagu yang sangat istimewa bagi Siti. Lirik lagu SimplySiti ini ditulis oleh Siti Nurhaliza sendiri dan iramanya dibuat oleh Audy Mok. Lagu yang menceritakan segala tentang idaman dan cita-cita Siti untuk berkongsi rahsia dengan peminatnya.
Pengacara Naz Habibur Rahman yang pernah menjadi hos MyStarz LG telah mengendalikan majlis pada petang tadi.
Selain persembahan pembukaan daripada penyanyi popular ini, ada sesi chi chat Siti Nurhaliza bersama hos tentang produk SimplySiti. Dari proses penjenamaan, brainstorming, kajian, mendapatkan label halal dari JAKIM dan sehinggalah produk ini berjaya dihasilkan.
Konsep jenama SimplySiti adalah khusus untuk memberikan wanita masakini pada setiap peringkat usia satu penyelesaian untuk kelihatan menawan dalam masa yang singkat dan pada harga berpatutan.
Produk keluaran SimplySiti Sdn Bhd yang dirumus secara saintifik dan telah terbukti secara klinikal itu telah bekerjasama dengan syarikat penyelidikan estetika kecantikan di Korea menggunakan teknologi nano.
Ini bermaksud bahan aktif dalam produk ini lebih cepat diserap ke dalam kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, sihat dan berseri.
Produk SimplySiti boleh didapati di hampir 200 buah kedai Watson seluruh negara termasuk beberapa kiosk yang akan dibuka di JB Sentral, Johor Baru pada April ini.
Okay, jom kita tengok siapa yang hadir… dan yang Budiey sempat jumpa…
Zetty, penerbit ekskutif drama Spa Qistina pun hadir… oo sedara Siti ni.. lupa lak.
Wartawan Melodi, Michelle Wee pun hadir. Serba putih. Penat katanya eh?
Penerbit ekskutif drama Spa Qistina, Zetty pun hadir… ooo lupa, dia kan sedara CT.
Siti juga telah menjemput 3 orang jurusolek yang pernah bekerja dengannya.
Seorang jurusolek wanita cuba untuk mengaplikasikan produk SimplySiti
Dan Zahnita antara model yang menjadi bahan kaji uji… amacam cantik?
Siapa tak kenal dengan jurusolek yang dah hampir 13 tahun bersama Siti, Nurul Shukor. Wah… macho lak Nurul kali nih. Siap coat dan bertali leher.
Siti juga tak lupa untuk menjemput semua insan yang membantu dalam menjayakan projek ini.
Siti juga diraikan. Selamat ulangtahun ke-15 tahun penglibatan Siti sebagai anak seni. Tahniah dari kami juga.

Saturday, February 6, 2010

Proton Autoshow @ Ganu

29jan 2010..sory..date kat pic salah setting...huhu
Proton telah menganjurkan satu autoshow jelajah pantai timur..destinasi pertama d'kuala ganu..
bertempat d'Dataran Syah Bandar...fuhh..menarik tuuu..sebelah malam sebelum berlangsungnya autoshow tersebut...ahli2 NecDi telah berkumpul dan berbincang utk sama2 memeriahkan autoshow tersebut...beh gak tu...heheh..

Hari autoshow pun tba...sambutan penyertaan dr kaki2 keter amat mengecewakan..huhu..rasanya info xsampai la...coz promosi kurang...so..xbanyak keter2 yang canggih2 kelihatan....huhu..xpelah..kite layan jelah mana2 yang ada kan....kebanyakan keter yang menyertai kategori audio datangnya dari Dungun...aik...audio org kuala ganu xcukup power ke..hehehh..neo blue ku turut bertanding kategori kereta cantik..hahah..dah agak dah kalah coz keter2 lain lagi power dan dah banyak kali menang dalam pertandingan...neo blue ku apalah sangat..baru pertama kali join...heheh...xpelah..sekadar memeriahkan je sebenarnya...
ok..jom kite layan pic2 kat autoshow tempohari...
fuhh..audio best ni...
antara keter terawal tba...semangat tuuu
baru lepas snow wash niii..

mmg gler audio ni..sanggup berhabis..
keter yang selalu masuk autoshow..berderet piala...
oren yang meletup2
keter neo paling popular kat ganu ni...
with geng necdi..azri n iwan..
wow..sedondon ngan keter kan..
tumpang possing sat no...
amboi2..relax nampak..
klik2 jela...macam biasa...
kali pertama join autoshow..
ok tak..?
no penyertaan autoshow
cteey d'apit neo
silaunya mata...huhu
my love..
with waida
hmm..not bad
fuhhh..
3neo yang mengambil bahagian
keter yang terlibat ngan autoshow...
cayalaaa....
fuhh..mengancam..
keter yang penuh ngan tengkorak
mix colour
semua neo kan...hahah
neo vs gen2
nice pic..
with geng neo...
blue again...
ccc..car..cat..ct ..hahahh
with ahli necdi..semua laki otg tu..huhu
hamper dari proton utk NecDi
blue vs orange
haaa...inilah tuan punya neo blue..huhu
tersusun macam biasa...
blue yang cool
oren yang glamour
macam2 colour ada
deretan neo ganu kite

Tuesday, January 26, 2010

ABPBH2009: Peminat tidak setuju Siti tarik diri


Siti Nurhaliza

PEMINAT Datuk Siti Nurhaliza berasakan keputusan penyanyi itu untuk menarik daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun akan datang dianggap sebagai tidak wajar dan agak 'menyedihkan'.

Walaupun menghormati tindakannya itu, namun bagi kebanyakan peminat, belum masanya untuk Siti menarik diri daripada mana-mana anugerah, lebih-lebih lagi seperti ABPBH yang membabitkan sokongan secara langsung daripada orang ramai.

Pengendali sesawang Sitizone, Muhamad Azwan Hashim, 24, berkata soal penarikan diri tidak patut dikeluarkan oleh Siti biarpun faham mengenai alasan penyanyi itu yang disifatkan sebagai terlalu baik hati kerana mahu memberi ruang kepada artis lain.


"Sebagai peminat, saya menerima dan menghormati keputusan Siti menarik diri daripada menyertai ABPBH mulai tahun depan. Tapi pada masa yang sama, saya tak nafikan berasa sedih dan kecewa. Melalui penganjuran ABPBHlah kami menunjukkan kesetiaan untuk terus mengundinya.


"Kalau betul Siti nekad dengan keputusannya, kami sebagai peminat akan melihat anugerah berprestij itu sebagai hambar atau seperti tidak cukup ramuan. Dengan produktiviti dan dirinya yang aktif pada tahun ini menerusi konsert dan album yang dihasilkannya, Siti boleh terus dicalonkan dan sepatutnya penyanyi itu tidak boleh menarik diri begitu saja," katanya yang digelar sebagai Siti Zoners.

Pendapat yang sama turut dipersetujui oleh Zaffirah Zaini dari Lahad Datu, Sabah yang berpendapat Siti terlalu istimewa kepada kebanyakan peminatnya dan keputusan menarik diri daripada ABPBH nanti, pastinya akan menyebabkan ada berasa kecewa.




Katanya, ini kerana sebagai peminat mereka akan sedaya upaya untuk mempertahankan undi dan populariti yang dikecapi Siti selepas lebih sedekad mengharungi dunia seni.

"Tapi semuanya terpulang kepada Siti. Sebagai peminat, kami akan terus menyokong kerjaya Siti. Saya menghormati tindakan Siti dan semestinya beliau sendiri tahu sebab berbuat demikian (menarik diri). Kalau Siti berundur diri sekalipun daripada terus bertanding, ia tak akan membawa impak yang ketara.

Sekurang-kurangnya, Siti terbuka dengan membuka laluan untuk artis lain termasuklah yang menjadi pelapis mewarnakan persada seni. Mungkin soal populariti itu, Siti sudah berada dalam kedudukannya yang tersendiri tanpa perlu bersaing dengan sesiapapun.

"Tapi dalam soal karya, Siti tidak boleh bertolak ansur kerana bakatnya cukup istimewa. Kalau tak disalurkan untuk ABPBH sekalipun, Siti boleh bersaing untuk Anugerah Industri Muzik. Bagaimanapun, rasa seperti malap industri muzik tempatan jika dia tidak mengeluarkan produk (album) atau terbabit dengan siri konsert," katanya.

Siti juga mahu menarik diri daripada ABPBH tahun depan kerana mahu memberi peluang kepada penyanyi lain memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular yang dimenanginya selama 12 kali berturut-turut. Siti juga dipilih sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH sebanyak enam kali.

Nama Siti akan tetap dicalonkan

PENGARANG Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid berkata elemen populariti adalah satu bonus dalam kerjaya artis dan ia menjadi nilai tambah untuk terus melonjakkan kerjaya itu ke satu peringkat yang lebih baik.

Populariti juga bersifat subjektif dan boleh hilang begitu saja jika tidak dijaga betul-betul.

"ABPBH adalah anugerah yang mempertaruhkan hak peminat dan Siti sebenarnya tidak boleh mempertikaikan hak itu secara dasarnya. Daripada sudut pihak penganjur, Siti juga tiada hak untuk menarik diri kerana semuanya bergantung kepada pilihan pembaca dan peminat.

"Siti boleh menarik diri dengan syarat dia tidak mengeluarkan atau mempunyai sebarang produk sepanjang tahun ini dan itu secara automatik namanya tidak akan dicalonkan dalam senarai pencalonan awal. Selagi ada produk, peminat berhak mengundinya untuk ke top 5 mahupun sehingga menang trofi.

"ABPBH memberi mandat kepada pembaca dan peminat untuk memilih artis kesukaan mereka. ABPBH tidak membabitkan juri profesional. Jelas, populariti boleh hilang dengan sendirinya dan tidak perlu mana-mana artis itu membuat keputusan untuk menarik diri," katanya.

Menurutnya, dalam konteks penganjuran ABPBH, jelas di sini tidak timbul soal dikuasai oleh mana-mana artis kerana semuanya sangat terbuka dan terserah kepada peminat yang mengundi.

Sekiranya mana-mana artis itu mempunyai produk, mereka layak untuk dicalonkan.

Melihat kepada produktifnya Siti pada tahun ini, tak mustahil dan tidak teragak-agak pihak penganjur untuk mencalonkan nama Siti dalam pencalonan awal ABPBH 2010. Sekalipun Siti tak mahu bertanding lagi pada tahun depan dan sekiranya Siti tercalon lagi dalam top 5, keputusan adalah muktamad.

Jika peminat menghormati keputusan Siti dan sepakat untuk tidak mengundi Siti, besar kemungkinan apa yang dimahukan Siti akan menjadi kenyataan. Persoalannya, apakah peminat Siti akan tegar untuk tidak terus mengundi penyanyi kesayangan mereka?

Wednesday, January 13, 2010