Friday, June 12, 2009

Konsert SATU

Arieda Salsabella 13 June 2009 01:46 |
Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%

PELANGGAN Maxis & Hotlink NIKMATI POTONGAN 20% UNTUK TIKET “Konsert Eksklusif SATU” Dato’ Siti Nurhaliza. Semua hasil kutipan daripada Malam Gala akan didermakan kepada badan kebajikan.

Pada 26 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan menikmati potongan 20% untuk semua tiket sebagai sebahagian daripada Malam Gala Maxis bersama-sama Dato’ Siti Nurhaliza semasa “Konsert Eksklusif Satu” beliau.

Pemenang sepuluh kali Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Penyanyi Vokal Wanita Terbaik itu akan mengadakan persembahan sebagai sebahagian daripada aktiviti kutipan wang untuk kebajikan, daripada 8:30 malam hingga 10:30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Semua hasil kutipan Maxis akan didermakan kepada Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diasaskan oleh Dato’ Siti dan suami beliau, Datuk Khalid Jiwa.

Matthew Willsher, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis Communications Berhad, berkata, “Melalui Malam Gala Maxis, kami ingin memberi suatu pengalaman istimewa kepada semua pelanggan Maxis dan Hotlink untuk bersama-sama seorang artis terkenal Malaysia. Inilah cara kami membalas kesetiaan para pelanggan, dengan memberi mereka peluang untuk menikmati hiburan yang menyeronokkan bersama keluarga dan kawan-kawan mereka. Kami akan mendermakan semua hasil kutipan Maxis daripada malam gala itu untuk badan kebajikan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan juga mangsa bencana.”

Dari 10 hingga 24 Jun 2009, para pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli tiket daripada Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC dan Taman Tun Dr. Ismail), MATIC, Malaysia Travel Bureau (MTB), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Presint 16, Putrajaya), atau daripada Ticket Charge (Signature Office Suite, Mid Valley di Kuala Lumpur). Talian khas Ticket Charge ialah 03-41498600 dan laman webnya ialah www.ticket2u.biz. Untuk menikmati tiket potongan 20%, para pelanggan Maxis dan Hotlink akan dikehendaki menunjukkan telefon mudah alih mereka sebagai bukti langganan. Tiket dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.

Maxis sering kali membawa hiburan bertaraf dunia kepada para pelanggannya yang setia sebagai ganjaran istimewa.

Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions merupakan penganjur konsert tersebut. Konsert tersebut diberi nama ‘Konsert Eksklusif Satu’ dan diilhamkan daripada seruan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada rakyat untuk bersatu.

Sayang Ct Sokmo 8)
*Jumpa D'IB pada 27hb Jun yea..

4 comments:

  1. bestnyer sesapa yg dpt pergi konsert tu.. uwa.. kak ida takde rezeki... harap2 pergi hong kong takde masalah lah.. kalau tak dua2 melepas.. uwa!!!!

    ReplyDelete
  2. TULAH..RAMAI XDE..CTEA XDE..MIELA XDE..KAK IDA XDE..RASA CAM HAMBAR JE..
    BESTNYA G HONG KONG..NAK IKUTTTTTT..HEHEH

    ReplyDelete
  3. mama: salam..ida gi konsert hari sabtu ye?? knurul tak sure lg gi bila. maybe hari sabtu @ ahad.. Ada adik ipar kahwin kat ktn.. hari sabtu ramai gak sz yg gi konsert. dgr cite sz spore pun ada.. kalo boleh nak gak gi ari sabtu, boleh jumpa org ganu..hehe..

    ReplyDelete
  4. alaa..kak nurul xsure lagi ke..ida ingatkan kak nurul g ari sabtu..camna ni..heheh..
    hope leh jumpa lah,kan..

    ReplyDelete