Thursday, July 2, 2009

Apa kata mereka tentang SATU..

Luahan Emosi Siti


Siti Nurhaliza

Konsert Eksklusif Satu himpunkan suka duka perjalanan seni penyanyi nombor satu Negara

UMPAMA menyelak helaian catatan kehidupan yang selama ini menjadi teka teki dan penuh rahsia, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza seperti membuka sedikit ruang apabila berkongsi lakaran pahit manis, senyum dan tangisnya sepanjang 14 tahun bergelar anak seni.

Konsert Eksklusif Satu yang dipentaskan selama tiga hari bermula Jumaat lalu merangkumkan segala perjalanan yang ditempuhinya.

Dalam senyuman ada tangisan dan ketika kebahagiaan menghuni sudut hatinya, Tuhan menghadirkan dugaan untuk menguji sejauh mana dia mampu bertahan serta bersabar menempuhinya.

Lantas sepanjang dua jam persembahan, naluri khalayak disentuh dengan rangkaian lagu yang menggambarkan perjalanan karier nyanyian anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang yang bermula sejak 1995.

Perjalanan emosi seorang insan seni bernama Siti Nurhaliza diterjemahkan menerusi lebih 30 lagu yang dinyanyikannya kerana setiap satu mempunyai jalinan maksud dan makna tersendiri buat si penyanyi.



Barangkali kerana itu juga, perjalanan Konsert Eksklusif Satu mengambil sedikit masa untuk menyentuh hati penonton sebelum lonjakan momentum sebenar persembahan dirasai khalayak.

Akur mempunyai beberapa kelemahan pada persembahan pembukaan, Siti yang ditemui selepas konsert berakhir, bagaimanapun berpuas hati kerana kerja keras dan kesungguhan mereka lebih sebulan direalisasikan dengan pementasan itu.

Akui Siti, tiga hari sebelum konsert dipentaskan, dia bersama tenaga produksi masih bertungkus lumus mencari idea untuk memperbaiki mutu persembahan.

“Siti akur konsert ini masih mempunyai kekurangan. Barangkali kerana ia malam pementasan pertama namun kelemahan itu akan diperbaiki untuk persembahan seterusnya. Ada beberapa perkara yang akan Siti perbaiki terutama dari segi pergerakan selain membiasakan diri dengan pentas kerana Siti akui, agak sukar untuk beraksi kerana belum cukup serasi dengan suasana pentas.


IBU Siti (dua dari kiri) hadir memberikan sokongan

“Begitu juga pilihan pakaian, Siti akan menilai semula supaya persembahan seterusnya lebih lancar dan memberi kepuasan kepada semua yang datang,” kata Siti.

Konsert Eksklusif Satu dizahirkan daripada cetusan idea gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi konsert itu, Siti membawa peminat meneroka pengalaman, arus kejayaan, kerja kerasnya menongkah tohmahan untuk mencipta kejayaan sama ada yang terlihat serta tersembunyi di mata masyarakat.

Konsert Eksklusif Satu juga memberi pengertian mendalam buat penyanyi berusia 30 tahun itu kerana buat pertama kali dia beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya mengalunkan kesemua lagu dipetik daripada album yang pernah dihasilkannya.

Konsert itu turut merangkumkan melodi, tarian, grafik dan emosi diterjemahkan menerusi pilihan lagu yang menggambarkan citra kehidupannya untuk dikongsi bersama peminat.

“Setiap lagu bercerita mengenai perjalanan seni dan kehidupan Siti bermula dari awal pembabitan hingga kini. Memang Siti membina perjalanan konsert ini perlahan-lahan seterusnya menggerakkan mood serta emosi penonton.

“Pada satu tahap, penyampaian Siti lebih tegas dan keras kerana ia menggambarkan godaan serta kekuatan Siti menempuh dugaan sepanjang meniti kehidupan,” katanya.

Tidak seperti kebiasaan persembahan, Siti pada malam itu membataskan perbualannya dengan khalayak sebaliknya membiarkan lagu nyanyiannya bercerita segala rasa - bahagia, ceria, duka serta kesakitan yang ditempuhinya.

Dan pada satu ketika, tubuh kecil penyanyi itu bergetar menahan sebak mengenang pengorbanan besar seorang insan bergelar bapa yang tidak lagi bersamanya kerana pergi menyahut panggilan Ilahi.

Bapanya, Tarudin Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Februari lalu di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur kerana sakit jantung.

“Sepanjang 14 tahun, separuh daripada kehidupan Siti sudah dikongsi bersama umum. Di mata khalayak, Siti mungkin sentiasa dilihat tersenyum gembira namun ada ketika Siti terpaksa memendam apa yang dirasa. Cabaran dan dugaan akan sentiasa ada namun kerana keikhlasan dan keredaan Ilahi, Siti jalani hidup ini dengan tenang.

“Siti ingin sekali berterima kasih kepada mak, Siti Salmah Bachik dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang membantu memberi kekuatan untuk Siti menempuh semua ini,” katanya.

Siti membuka tirai persembahan dengan lagu Hati, disusuli Seindah Biasa dan Sutramaya sebelum membawakan medley lagu balada yang menjulang namanya seperti Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Melengkapi persembahannya, Siti turut mengalunkan lagu irama Melayu tradisional dan kontemporari yang menjadi latar kepada perkembangan karier nyanyiannya.

Berterima kasih kepada komposer yang digelarnya, Bapa Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Siti memilih medley Cindai, Balqis dan Nirmala serta dua lagu dipetik daripada album terbarunya, Lantera Timur iaitu Cinta Ini dan Bulan Yang Mesra.

Beralih kepada persembahan lebih bertenaga, Siti yang kembali dengan persalinan hitam putih rekaan Michael Ong menghangatkan pentas bersama lagu rancak, Pendirianku, Pada Cintanya dan Ku Mahu.

Turut dipersembahkan rangkaian lagu perlahan, Tanpa Dendam Di Hati, Dialah Di Hati, Wanita, Bila Harus Memilih, Cuba Untuk Mengerti dan Biarlah Rahsia yang menceritakan detik indah ketika dia dilamun cinta sebelum menemui destinasi cintanya di hati Khalid.

Harus diakui kekuatan konsert ini terletak kepada lontaran vokal Siti yang mengalir penuh tenaga kerana pilihan lagu yang terlalu terikat dengan konsep teaterikal membataskan perbualan serta pergerakan penyanyi itu di pentas.

Paparan grafik yang variasi biarpun tidak sepenuhnya membantu berjaya memberikan visual mengesankan pada persembahan Siti.

Bagaimanapun, koreografi tarian yang klise menjejaskan sedikit momentum perjalanan konsert yang bermula agak perlahan lantaran pilihan susunan lagu mengikut konsep.

Datuk K turut kagumi Siti

KHALID atau sinonim dengan panggilan Datuk K ketika ditanya mengenai konsert itu berkata, dia kagum dengan kekuatan stamina isterinya yang mampu beraksi hebat serta melontarkan suaranya pada lagu mencabar sepanjang dua jam persembahan.

Kongsinya, beliau bersyukur kerana kerja keras Siti membuat persiapan termasuk menjayakan sesi latihan serta senaman selama tiga bulan di gimnasium berjaya melahirkan sebuah persembahan yang membanggakan.

Kekagumannya terhadap komitmen Siti dalam menjayakan konsert itu jelas terpancar apabila dia setia bersama isterinya sepanjang latihan penuh sehari sebelum pementasan sebenar bermula.

“Bayangkan untuk latihan penuh malam tadi, Siti menyanyi lebih lima jam dan alhamdulillah, dia mampu menyanyi dengan baik pada malam ini. Saya meminati lagu Siti terutama Cahaya Cinta, Jerat Percintaan dan Biarlah Rahsia. Paling menghiburkan ketika segmen lagu rancak.

“Di situ kita dapat melihat kelainan serta sisi berbeza Siti malah menampakkan dia serasi dengan penyampaian lagu rancak seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun, kata Khalid, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi terutama membabitkan plot perjalanan konsert yang perlahan dan tidak berkaitan.

“Begitu juga dengan pilihan pakaian yang kurang bersesuaian namun selebihnya saya 90 peratus berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Siti,” katanya.

Konsert pertama yang turut meraikan pelanggan Maxis menerusi Malam Gala Maxis juga mengumpul kutipan mencecah RM120,000. Hasil kutipan diserahkan Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashid kepada Siti untuk menjalankan aktiviti amal Yayasan Nurjiwa, sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan penyanyi itu dan suaminya.

Sememangnya nombor 1

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

Rap
KALAU sudah namanya penyanyi nombor 'satu' negara, maka dari hujung rambut hingga ke kaki memang semuanya dipastikan terbaik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai kehebatan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin apabila beraksi di pentas persembahan.

Tiada apa yang perlu dikritik selain melontarkan pujian buatnya. Ternyata aura anak jati Kuala Lipis, Pahang ini tidak pernah pudar walaupun sudah berkeluarga. Justeru, pengaruh wanita jelita ini terhadap peminat setianya dan industri muzik sangat besar.

Malah, yang pasti Siti sudah membuktikan siapa sebenar dirinya di Konsert Eksklusif Satu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 26 hingga 28 Jun lalu, jam 8.30 malam. Konsert selama dua jam 15 minit itu adalah dedikasi bermakna Siti untuk peminat.

Kata Siti, ini adalah julung kalinya dia mengadakan konsert solo itu. Bahkan, Konsert Eksklusif Satu juga merealisasikan impiannya untuk menggabungkan melodi, tarian, grafik dan emosi dalam satu persembahan pentas yang sangat menghiburkan.

"Apapun, saya sesekali tidak lupa pada asal-usul dari mula hingga kini sebagai anak seni. Justeru, konsert ini menceritakan perjalanan karier nyanyian saya yang mana dipenuhi suka, duka dan kontroversi yang membawa Siti Nurhaliza hingga ke tahap sekarang.

"Malah, sokongan peminat yang tidak berbelah bagi juga menjadi tunjang pada karier saya. Lihat sajalah, mereka (peminat) yang hadir ini. Kalau dulu kecil (kanak-kanak), sekarang mungkin sudah berkahwin. Begitu juga yang bergelar makcik kini sudah jadi nenek.

"Tidak terkecuali, yang belum berkahwin sekarang sudah berkeluarga seperti saya. Inilah proses kematangan hidup yang dilalui setiap insan. Cuma, dalam waktu bergembira ini usahlah lupa pada yang memerlukan. Oleh itu, ini juga konsert amal," katanya.

Anggun menggayakan busana menawan tajaan Jakel, ketika asyik menghiburkan pengunjung dengan rangkaian lagu popularnya seperti Hati, Seindah Biasa dan Sutramaya, Siti juga tidak lupa mendendangkan lagu irama tradisional yang menjulang namanya.

Bahkan, hakikatnya diva tersohor ini cukup mengenang jasa komposer yang membantunya dalam memartabatkan lagu irama tradisional dan kontemporari iaitu komposer terkenal, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah. Katanya lelaki itu penggubah lagu hebat.

"Apa tidaknya, beliaulah penggubah lagu untuk kempen kraftangan, membaca dan budi bahasa. Malah, siapa yang dipilihnya sebagai penyanyi, saya jugalah yang diberi peluang. Oleh itu, irama tradisional juga adalah latar belakang pada muzik yang saya bawa.



"Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Ngah yang sudi memberikan kepercayaan kepada saya. Apapun, hadirnya saya di konsert ini juga kerana peminat. Jutaan terima kasih kepada kelab peminat saya, Siti Zone yang tidak pernah jemu beri sokongan," katanya.

Antara lagu irama tradisional dan kontemporari yang diperdengarkan Siti ialah medley Cindai, Balqis dan Nirmala. Asyik mengenang memori indahnya, secara tidak langsung Siti sudah menceritakan 'separuh' daripada kehidupannya sebagai anak seni.

Namun, hakikat hidup manusia tidak semua yang dilalui itu gembira. Ada ketikanya, diduga dengan kesedihan. Malah, kata Siti, dia juga tidak dapat lari daripada melaluinya. Dari permulaan karier, kegemilangan dan kesedihan adalah asam garam kehidupan.

"Anda semua mungkin melihat saya sentiasa gembira dan ceria. Ini kerana ada kalanya saya terpaksa pendamkan saja apa yang dirasa. Malah, dalam masa sama, saya juga seperti orang lain apabila perlu berhadapan dengan cinta. Ia cukup indah.

"Tetapi, kisah cinta ini agak berbeza yang pada mulanya ia memerlukan saya berteka-teki. Ketika itu, saya dihimpit keadaan hingga menyebabkan terpaksa berahsia. Bagaimanapun, saya adalah seorang yang sangat menyimpan rahsia diri.

"Apapun, kini, saya bersyukur dengan segala yang dikurniakan Tuhan. Kehidupan saya sekarang lebih gembira dan amat bermakna apabila Allah memberikan seorang suami yang amat dikasihi. Sayang (Datuk K), terima kasih kerana menyayangi saya," katanya.

Apapun, lontaran vokal Siti memang cukup bertenaga hingga tidak disedari masa berlalu. Isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa ini memang penyanyi hebat. Oleh itu, selayaknya dia digelar penyanyi wanita 'nombor satu' tanah air.

Namun, di kala asyik menghiburkan penonton. Siti nyata tidak dapat melupakan seseorang yang amat 'bermakna' dalam hidupnya selain ibu tercinta, Siti Salmah Bachik. Ternyata, perasaan rindu pada Allahyarham bapanya, Tarudin Ismail membuatkan Siti sebak.

"Selama ini, di mana saja, saya membuat persembahan ayah pasti hadir. Tetapi, malam ini (Jumaat lalu) hanya ibu seorang dan situasi itu amat menyayat hati. Selain keluarga, ayah adalah tulang belakang saya dalam membina karier dan meraih kejayaan ini.

"Kini, ayah sudah tiada lagi di sisi saya dan keluarga. Sebagai anak, kehilangannya dirasai hingga ke saat ini dan sukar dilupakan. Apapun, terima kasih kepada keluarga dan Siti Nurhaliza Productions (SNP) kerana membantu merealisasikan impian saya.

"Selain itu, saya turut mengucapkan penghargaan kepada cikgu yang mengajar saya bermain perkussion iaitu Steve Thornton. Begitu juga dengan komposer Aubrey Suwito yang melatih saya membuat lagu dan menyanyi dengan baik," katanya.

Berusia 30 tahun, Siti berharap dapat menempuhi segala cabaran hidup dengan tenang. Bahkan, katanya apa saja yang dilakukan menjadi keutamaannya memohon petunjuk daripada Allah. Justeru, mudahlah baginya untuk membuat keputusan selepas itu.

Sebanyak 23 lagu didendangkan Siti setiap malam konsertnya. Antara lagu diperdengarkan ialah Cinta Ini, Bulan Yang Mesra, Pendirianku, Pada Cintanya, Ku Mahu, Biarlah Rahsia, Siti Situ Sana Sini, Destinasi Cinta, Di Taman Teman dan Cahaya Cinta.

Bukan saja peminat, namun ramai juga rakan artis hadir antaranya Azizah Mahzan, Ziela Jalil dan Habsah Hassan. Ternyata, Konsert Eksklusif Satu Siti melakar sejarah kepada peminat kerana persembahan sangat berkesan.

Apapun, sebelum Siti memulakan persembahannya, penonton lebih dulu dihiburkan dengan persembahan bertenaga bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) Aizat yang mendendangkan empat lagu. Antaranya Fikirlah, Hanya Kau Yang Mampu dan Bagaikan Permata.

Pada malam Jumaat lalu juga, Maxis Communications Berhad selaku penaja Konsert Eksklusif Satu turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan Malam Gala Maxis sempena konsert itu sebanyak RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan Siti dan suami.


Siti: Konsert saya memang fesyen 'show'


Datuk Siti Nurhaliza cantik bagai bidadari. - foto THE STAR oleh SAMUEL ONG

MENONTON Konsert Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza bukan sahaja satu nikmat hiburan dari penyanyi bersuara lunak merdu nombor satu negara ini malah ia juga ibarat melihat persembahan fesyen.

Selang beberapa buah lagu Siti pasti diserikan dengan aneka pakaian yang cantik dan menarik hati.

Semalam, Siti memaparkan enam pasang baju dengan pelbagai warna rekaan tiga pereka fesyen dalam konsert selama lebih dua jam itu.



Mereka adalah pereka Amir Luqman, Michael Ong dan Riezman Ruzaini.

Siti akui dalam setiap konsert yang dipersembahkannya, dia akan menggunakan banyak pakaian mengikut kesesuaian genre lagu.

"Setiap kali konsert Siti memang fesyen 'show' kerana lagu-lagu saya ada genre tradisional, pop dan balada," kata penyanyi bersuara lunak ini.

Antara pakaian yang paling menarik yang ditonjolkan oleh Siti adalah baju kimono berwarna merah dan diletakkan kain satin merah sepanjang 80 meter dibelakangnya.

Jelas Siti, secara tidak langsung dia juga ada terlibat dalam mereka konsep setiap baju yang dipakainya termasuk baju rekaan Michael Ong itu.

"Saya perlu tengok juga sama ada hendak mengenakan pakaian yang macam mana seperti seluar atau tidak.


"Memang idea membuat baju kimono dengan kain panjang itu adalah idea saya.

"Pada mulanya saya nak terbang tetapi sebab kosnya agak tinggi, jadi kita gunakan idea itu.

"Pada saya, bukan senang untuk merealisasikan semua idea dan konsep persembahan itu kerana saya risau jika kasut tumit tinggi yang dipakai akan memberikan masalah sebab ada banyak lubang-lubang," jelas Siti sambil tersenyum.


Senyuman Siti jelas menunjukkan yang dirinya betul-betul puas hati dengan konsertnya yang telah berlangsung sejak Jumaat lalu.

Ia juga seolah-olah penawar penat lelah Siti yang telah berlatih vokal, pergerakan dan stamina pada setiap hari.

"Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan usaha selama sebulan sebelum ini. Ia berkat komitmen semua pihak termasuk penari, juru audio, juru cahaya, orang yang membuat props yang membuat yang termampu.

"Semuanya berjalan dengan baik tanpa ada masalah teknikal kerana semuanya membuat yang terbaik. Kita sentiasa cuba membaiki sedikit kekurangan yang ada," luah pelantun yang sedang popular dengan lagu Di Taman Teman ini.

Disebalik kejayaannya, mungkin tiada yang tahu Siti telah mengalami penyakit ulser di tekak pada seminggu sebelum konsert berlangsung.

Berkat selalu makan ubat, Siti akhirnya berjaya menampilkan konsert solo buat kali kedua selepas dia mendirikan rumah tangga.


Sebelum itu, Siti pernah menjayakan Konsert Akustik di Singapura beberapa tahun lalu.

Ditanya tentang rahsianya yang berjaya mengekalkan vokal bertenaga ketika mengalunkan lebih 30 buah lagu medley dari album-albumnya, terang Siti, "Saya hanya menumpukan perhatian kepada latihan, berpantang minum ais dan membuat banyak 'exercise' di gym serta menari sampai malam.

"Alhamdulillah, saya takut juga sebab dah lama tak 'perform' ibarat 'sharpener' tumpul yang nak kena asah untuk tajam."

Dengan konsert berkos lebih RM1 juta itu, Siti turut berharap untuk membina sebuah masjid atau surau dengan pulangan yang diterima untuk kutipan dana Yayasan Nurjiwa.

Yayasan ini merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal milik Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.


"Bila sampai masanya nanti, saya nak membuat sebuah masjid atau surau untuk menunaikan hajat arwah abah.

Tapi saya tak janji bila akan ditunaikan kerana buat masa ini saya sedang berbincang dengan suami dan mak tentang lokasinya," ujar Siti yang telah merancang untuk membina masjid sejak di awal dia bergelar artis lagi.

Menyentuh tentang perancangan lain, Siti berkata dia akan sibuk dengan pembikinan album bercorak kerohanian pada bulan puasa nanti dan selepas itu album duet bersama penyanyi Indonesia Kris Dayanti.

Dalam masa yang sama juga, Siti berharap semoga dia dapat melakukan konsert solonya selepas ini bergantung kepada pihak penaja.

"Kalau ada bagi 'sponsor' yang banyak, saya berhasrat untuk membuat konsert solo lagi selepas ini," akhiri Siti yang tidak pernah lekang dari senyuman.

Konsert Eksklusif 'SATU' berlangsung selama tiga hari di Istana Budaya di bawah arahan koreografer Pat Ibrahim.








Amal Maxis untuk Nurjiwa




MAXIS Communications Berhad (Maxis) baru-baru ini menunaikan tanggungjawab sosialnya apabila mendermakan hasil kutipan Malam Gala Maxis Konsert Datuk Siti Nurhaliza kepada Yayasan Nurjiwa.

Yayasan itu ialah pertubuhan amal yang ditubuhkan sendiri oleh penyanyi tersebut dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Hasil kutipan mencecah RM120,000 telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashidi kepada Siti Nurhaliza dalam satu majlis ringkas yang diadakan selepas konsert itu.

Rossana berkata, Maxis sentiasa memegang komitmennya untuk menyumbang kepada masyarakat setempat.

"Malam ini, kami berbangga mendermakan semua hasil kutipan daripada malam gala Maxis untuk tujuan amal bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mangsa bencana," katanya.

Maxis menghiburkan lebih 1,400 pelanggan Hotlink dan Maxis dalam Konsert Satu Siti di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada malam gala Maxis.

Konsert eksklusif Satu Siti itu diinspirasikan oleh seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk rakyat bersatu padu.

Lebih 130 pelanggan Maxis bertuah bersama dan pasangan mereka telah memenangi tiket konsert premium bagi menonton persembahan diva popular Malaysia itu.

Mereka sama ada telah menjawab soalan trivia SMS dengan betul, memuat turun nada dering pemanggil Siti Nurhaliza atau menebus mata ganjaran Hotlink untuk tiket konsert.

Siti Nurhaliza mempersembahkan lebih 30 lagu hitnya sepanjang konsert dua jam itu, termasuk lagu popular seperti Di Taman Teman, Cahaya Cinta, Hati, Pada Cintanya dan Ku Mahu.

Konsert Eksklusif ‘SATU’ Siti tiada tanding taranya!



KONSERT Eksklusif 'SATU' Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini penuh dengan jiwa.

Luahan rasa yang disampaikan oleh penyanyi tersohor negara ini menerusi lebih 30 buah lagu medley dapat dirasakan oleh penonton dengan bantuan visual, kesan bunyi dan props.

Boleh dikatakan semua lagu yang dinyanyikan menunjukkan pelbagai rasa- marah, sedih, keliru dan gembira.

Siti pandai mengekspresikan wajahnya mengikut alunan dan mood lagu dengan bantuan muzik tradisional, 'live band' dan 'strings' di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suwito.

Konsep pentas yang disusun begitu cantik dan indah sekali mampu menarik minat penonton untuk tidak berganjak dari kerusi masing-masing agar mereka tidak terlepas sedikitpun biarpun acara selingan.

Acara selingan yang dimaksudkan adalah acara pemuzik menunjukkan kehebatan mereka bermain alat muzik seperti gendang, drum, biola termasuk tarian.

Siti membahagikan persembahannya dengan pelbagai segmen sepanjang dua jam 10 minit itu.

Antaranya adalah segmen medley lagu tradisional terbaik daripada Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, medley balada dan medley rancak.



Siti begitu pandai menyusun lagu dengan bantuan pengarah konsert dan koreografer terkenal Pat Ibrahim dan penyelaras konsert, kakak ipar dan pengurus Siti, Rozie Abd Razak.

Segmen lagu yang menaikkan nama Siti dalam industri diadunkan menerusi lagu ‘Jerat Percintaan’, ‘Purnama Merindu’, ‘Bukan Cinta Biasa’ dan ‘Cinta Ini’.

Seterusnya lagu tradisional di mana Siti berkata dia mendapat didikan daripada arwah abahnya, Tarudin Ismail dan ibu Siti Salmah Bachik serta komposer atau digelar 'Bapa Irama Malaysia', Pak Ngah dengan nyanyian lagu ‘Cindai’, ‘Balkis’ dan ‘Bulan Yang Mesra’.

Visual kilat dan api yang membara mengambil alih pentas menceritakan tentang pergolakan atau gosip yang melanda diri Siti.

Selepas itu, lagu balada seperti ‘Pendirianku’ dinyanyikan ala-ala konsep 80-an dan retro turut memukau penonton, diserikan lagi dengan lagu ‘Pada CintaNya’ dan ‘Ku Mahu’ yang menjadi lagu tema drama bersiri ‘Spa Q’.

Medley Balada 1 pula mengiringi konsert itu dengan penyampaian lagu ‘Bisakah’ yang merungkai episod melankolik yang melanda diri Siti yang dinyanyikan dalam nada marah dan geram, diikuti dengan lagu ‘Dialah Di Hati’ yang meredakan semula nada amarah tadi.

Siti turut menghidangkan penonton dengan lagu-lagu yang menggambarkan dirinya sedang dilamun cinta seperti lagu ‘Mulanya Cinta’ dengan iringan muzik erhu, termasuk lagu ‘Debaran Cinta’, ‘Ku Milikmu’, ‘Wanita’, ‘Bila Harus Memilih’, ‘Cuba Untuk Mengerti’ dan ‘Biarlah Rahsia’.

Lagu yang menunjukkan permulaan hubungan Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu cuba disampaikan oleh Siti dengan penuh mendalam di mana dia berkata:

“Sebagai manusia, kita kena membuat keputusan yang kadangkalanya disukai atau tidak. Selagi berpandu pada petunjuk dan yakin dengan apa yang diingini dan mengikut jalan yang diinginkan, saya akan buat keputusan berdasarkan media dan peminat.



“Apa yang dilalui, Siti terima dengan terbuka dan redha dan mengambil keputusan orang yang saya sayang dan baik seperti Datuk K yang juga menyayangi saya dengan baik.”

Seterusnya, Siti mempersembahkan lagu yang dicipta olehnya dengan luahan rasa cinta terhadap suaminya, ‘Cahaya Cinta’.

Selepas itu, lagu ‘Siti Situ Sana Sini’, ‘Destinasi Cinta’ dengan koreografi yang menarik dan disukai penonton sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu terbarunya, ‘Di Taman Teman’.

Setiap persembahan Siti sentiasa mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan tidak membosankan dengan pengisian lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinga.

Siti Nurhaliza: Satu Rasa, Satu Perjalanan, Satu Cerita



Puas – itu sahaja ungkapan yang dapat menceritakan perjalanan konsert ‘Satu’ Dato’ Siti Nurhaliza yang berlangsung di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Jun. Kekuatan vokal serta tarian yang dipersembahkan menjadi pengubat rindu peminat setia yang telah lama menanti konsert solo penyanyi nombor satu negara ini.

Konsert ‘Satu’ berjalan dengan begitu baik sekali hasil usaha tenaga produksi yang tidak henti bekerja selama sebulan demi merealisasikan impian diva kesayangan ramai yang sangat menginginkan persembahan ala Celine Dion di Las Vegas.

“Siti puas hati dengan apa yang telah dipersembahkan. Komitmen tenaga kerja terdiri daripada penari, pemuzik, jurulampu, juruaudio, pereka set serta semua yang terlibat telah menjalankan kerja masing-masing sebaik mungkin. Kita telah bekerja keras mempersembahkan yang terbaik dengan apa yang ada dan termampu untuk konsert ini,” katanya selepas konsert.

Mengakui masa sebulan yang ada tidak mencukupi untuk sebuah konsert besar seperti di Istana Budaya, dia dan tenaga kerja telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik dan termampu demi peminat yang begitu mengharapkan buah tangan daripadanya.

‘Satu’ Siti Nurhaliza bukan hanya persembahan vokal semata-mata, sebaliknya penyanyi ini mahu peminatnya bersama-sama menghayati perjalanan seni dan emosi yang dilaluinya selama ini.

“Siti ingin menonjolkan satu perjalanan, satu rasa serta berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat. Perjalanan hidup Siti ada antaranya ditulis dalam lagu dan lagu-lagu itu pula ada yang ditulis komposer, ada juga garapan Siti sendiri. Kisah inilah yang ingin Siti kongsikan bersama peminat melalui ‘Satu’ dan menyorot perjalanan karier Siti sepanjang 14 tahun ini,” terang isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini mengenai mesej konsert ‘Satu’.

Bersama karoegrafer, Pat Ibrahim, Siti sedaya upaya menjadikan konsert ‘Satu’ lain daripada konsert tempatan sedia ada. Tanpa gimik keterlaluan seperti aksi terbang, itu bukan bermakna dia meminimumkan penggunaan kemudahan tempat secanggih Istana Budaya. Props, visual, lampu dan tarian yang mengiringi persembahan penyanyi ini cukup hebat untuk sebuah persembahan anak watan.

Malah, Siti mengakui sejak dulu lagi mengimpikan persembahan hebat di Istana Budaya untuk membezakan persembahan lain yang pernah dijayakannya.

“Sudah lama sebenarnya Siti teringin beraksi di sini. Pelbagai kemudahan canggih ada di sini dan inilah satu-satunya cara untuk peminat melihat persembahan berbeza Siti Nurhaliza,” tambahnya.

Sebanyak 33 lagu dipersembahkan secara medley dan lagu penuh dalam beberapa segmen. Sememangnya percaturan yang dilakukan Siti dan Pat Ibrahim tepat kerana penonton tidak sedikitpun bosan dan konsert berlangsung dengan baik tanpa sebarang persembahan meleret.

Sepanjang tempoh dua jam 15 minit itu juga, peminat meyaksikan Siti meyanyi dan menari tanpa rasa canggung. Kematangan Siti cukup dirasai ketika dia berinteraksi bersama penonton dengan begitu bersahaja.

Walau sudah bergelar diva, Siti tetap merasai kesukaran dan debaran ketika dipentas terutamanya apabila menyanyi sambil berjalan dengan leretan kain sepanjang 80 meter.

“Segmen Siti memakai pakaian Jepun membawa maksud fasa karier seni Siti sudah melangkau ke luar negara. Malah ketika segmen itu juga, kesukaran amat dirasai kerana Siti perlu berjalan seperti wanita Jepun dan dalam masa sama perlu mengawal suara. Segmen paling Siti gemari adalah ketika menyanyikan lagu “Dialah Dihati”. Melalui lagu itu, Siti dapat melontarkan seluruh tenaga untuk menyanyikan pengakhiran lagu itu dalam nada tinggi,” katanya.

Selama tiga hari peminat Siti dapat menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas Istana Budaya melalui konsert amal bernilai lebih RM1 juta tajaan Maxis dan Yayasan Nurjiwa serta sumbangan beberapa individu yang sudi menghulurkan bantuan.

Konsert Eksklusif Satu Dato' Siti Nurhaliza SATU

Selepas beberapa tahun peminat Dato' Siti Nurhaliza menantikan buah tangan dari artis kesayangan mereka, akhirnya konsert yang ditunggu tunggu berlansung dengan jayanya di Istana Budaya.

RizmanRuzaini telah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk menata rias diva no.1 negara. Konsert yang berlangsung selama 3 hari menyajikan himpunan lagu-lagu dari mulanya beliau berkecimpung dalam industri ini hingga beliau bergelar diva no.1 negara.

Dua pakaian yang direka telah melalui proses perbincangan diantara RizmanRuzaini dan Dato' Siti Nurhaliza sendiri. Pemilihan segmen tradisional dan finale merupakan pilihan yang tepat kerana pereka sendiri gemar dan mempunyai banyak idea-idea baru yang sesuai dengan imej sopan Dato' Siti Nurhaliza.

Untuk segmen tradisional, fabrik rona emerald disulami perincian sulaman kerawang rona gangsa membentuk unsur kebaya pada gaun. Elemen unik diterapkan dalam penggayaan selendang yang diberi sentuhan baru kerana ia adalah sebahagian dari gaun tersebut.

Penggunaan fabrik sutera sifon dan dilapisi dengan italian crepe menghasilkan efek yang menonjolkan si pemakai dia atas pentas.


gaun rona emerald untuk segmen tradisional


selendang yang bercantum dengan cuff di lengan merupakan idea baru yang ditonjolkan

Untuk segmen terakhir, rona salmon milked memonopoli pentas dengan perincian french lace sarat dan elemen draped di bahagian dada mencipta satu look yang anggun buat Dato' Siti Nurhaliza.


Melambai kepada peminat pada segmen finale


menghadiri press conference

- RizmanRuzaini

Dengarnya...: Kris, Rossa puji konsert Siti


SITI NURHALIZA bersama Rossa (kiri) dan Krisdayanti.

PADA malam konsert terakhir Satu Datuk Siti Nurhaliza, Cik Normah dan suami sempat jugalah meluangkan masa untuk menontonnya. Walaupun Cik Normah sibuk, namun demi Siti, Cik Normah memang takkan lepaskan peluang. Maklumlah penyanyi nombor satu negara. Bukan saja vokalnya yang menarik perhatian Cik Normah, malah wajahnya yang cantik itu juga membuatkan Cik Normah jadi minat gila padanya.

Memang ramai sungguh yang datang malam itu. Kebanyakannya wajah yang memang Cik Normah kenal sangat. Ada Gayah Gebu, ada Papa Gosip, CAK, Marilyn Cantik dan Diva La Vida pun ada. Seronok kerana sesekali dapat berkumpul sambil bertukar-tukar cerita sensasi. Tapi bukanlah cerita itu yang Cik Normah nak panjangkan di sini.

Cik Normah cuma nak tumpang bangga kerana selain tetamu kehormat, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang turut serta menyaksikan konsert itu, ada juga artis tanah air dan dari luar negara. Ha! Yang artis luar negara itu pastinya dua diva terkenal yang juga kawan karib Siti iaitu penyanyi Rossa dan Krisdayanti.

Sebaik saja selesai konsert, Cik Normah sempat jugalah menyelit di sebelah kedua-dua penyanyi itu yang kelihatan khusyuk bersembang dengan wakil media Malaysia. Dapat jugalah Cik Normah menangkap biji butir perbualan mereka. Rupa-rupanya si wartawan tadi bertanyakan pendapat mereka mengenai konsert yang baru saja mereka saksikan tadi.

Dengan wajah yang penuh teruja, Kris berkata, dia cukup kagum dengan persembahan Siti dan menyifatkan penyanyi itu sebagai legenda dan sejarah yang dicipta negara dek bakat luar biasa yang dimilikinya itu. Bangga sungguh Cik Normah dengan kenyataan Mbak Yanti itu. Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan Rossa yang kebetulan hadir ke Malaysia untuk mengadakan mini showcase di Life Center malam Sabtu lalu.

Rossa nampaknya begitu cemburu dengan Siti kerana berpeluang membuat konsert yang cukup canggih dan berprestij seperti di Istana Budaya. Malah penyanyi sensasi ini juga menaruh harapan untuk mengadakan persembahan di pentas itu.

Apa yang pasti, persembahan Siti memang memukau ramai penonton. Vokal ialah senjata utama Siti di samping pesona dan aura yang dimilikinya kala beraksi. Tak rugi Cik Normah beli tiket beratus ringgit malam itu kerana hasil yang Cik Normah dapat memang berbaloi. Sehingga sekarang masih terbayang-bayang di depan mata akan kehebatan konsert itu.

- BHarian

Larut dalam emosi Siti

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA & SHAZRYN MOHD. FAIZAL


KONSERT Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza merupakan rakaman perjalanan kisah hidup dan kerjaya Siti selama 14 tahun bergelar anak seni.

SELAMA tiga malam berturut-turut bermula 26 Jun lalu, Panggung Sari di Istana Budaya (IB) bergema dengan alunan indah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.Di pentas itu, Siti memecah tradisi konsep persembahannya selama ini.

Banyak keindahan yang dirakamkan dalam persembahan berskala eksklusif seiring dengan nama konsertnya, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza.Vokalnya tidak wajar dipertikai. Kesemua 32 buah lagu popularnya yang disampaikan selama lebih dua jam mengagumkan ramai termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang hadir memberikan sokongan buatnya pada malam terakhir persembahan.Barangkali juga tidak salah untuk menyatakan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza boleh dijadikan kayu ukur tertinggi dalam profil seninya.Masakan tidak, persembahan itu menghampiri apa yang diidamkan oleh Siti iaitu membawakan konsep persembahan penghibur pujaannya, Celine Dion di Caesar's Palace, Las Vegas, Amerika Syarikat. Adunan paling melonjakkan momentum persembahan Siti selama tiga malam di IB juga ialah pelbagai emosi yang tercetus kala penyanyi bersuara emas ini melantunkan vokal lunaknya dalam pelbagai genre lagu yang disampaikan.Lebih indah lagi, Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza turut menggabungkan segala episod kehidupan Siti yang dirangkumkan penceritaannya menerusi lagu dan visual dalam persembahan berkonsepkan teatrikal.Pendek kata apa yang mampu dirumuskan dalam artikel ini ialah audiens benar-benar larut bersama emosi yang merangkumi segenap aspek personaliti biduanita muda negara ini. Maka benarlah kata banyak pihak, Siti masih berada di liganya yang tersendiri. Kenyataan yang wajar dipersetujui juga ialah persembahannya tempoh hari sudah tentu membuatkan ramai penghibur terbilang yang lain gentar untuk mengadakan persembahan di pentas yang sama.Barangkali juga kenyataan ini adalag hakikat yang pahit untuk diterima teman seangkatan lain. Tetapi itulah cabaran buat mereka.Tinggalkan hal itu kerana artikel ini mahu membawa anda yang tidak berkesempatan menonton konsert itu tempoh hari untuk sama-sama merasakan bagaimana larutnya kami dalam emosi Siti tempoh hari.Inspirasi 1Malaysia

Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza diterbitkan seiring dengan inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia juga merupakan rakaman penceritaan perjalanan seni Siti yang berusia 14 tahun.Selama tempoh itu, Siti berkelana mencari peluang memahat nama sehingga ke kedudukan hari ini. Kita semua sedia maklum, Siti mencetuskan fenomena yang bukan kecil. Hakikatnya, berulang kali disebut Siti pada malam itu dia dilahirkan untuk menghiburkan masyarakat dengan anugerah yang ada padanya.Justeru, segala kesukaran dan kesenangan selama menjadi artis dicerita dan dipersembahkan menerusi nyanyiannya menerusi konsert yang dijayakannya sepanjang tiga malam tanpa cela itu.

Matlamat Siti tercapai

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA & SHAZRYN MOHD. FAIZAL


DR. MAHATHIR MOHAMAD (DUA DARI KIRI) DAN DR. SITI HASMAH MOHD. ALI (KANAN) MENERIMA POSTER KONSERT EKSKLUSIF SATU DARIPADA SITI NURHALIZA (DUA DARI KANAN) SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH DATUK SERI KHALID MOHAMMAD JIWA.

TIADA apa yang menggembirakan Datuk Siti Nurhaliza melainkan melihat respons positif penonton sepanjang tiga malam beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) sempena Konsert Eksklusif Satu.

Beliau bersyukur kerana matlamatnya untuk berhibur sambil beramal serta mengutip dana untuk Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan bersama suaminya juga mendapat reaksi kejayaan.

"Alhamdulillah, apa yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar dari segala aspek termasuk kesihatan saya.

"Saya gembira kerana semua yang hadir terhibur sepanjang tiga malam saya membuat persembahan dan memberikan sokongan untuk konsert ini.

"Apa yang turut menggembirakan ialah a dana yang dikumpulkan menerusi penjualan tiket serta sumbangan syarikat korporat dan orang perseorangan dapat diagihkan kepada empat badan kebajikan seperti matlamat kami sebelum ini," ujar Siti.

Empat badan kebajikan yang mendapat sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa adalah Rumah Orang-Orang Tua Charis, V Care For You Home, Persatuan Kebajikan Annai Illiam Selangor dan Kuala lumpur serta Rumah Bakawali, Yayasan Seni Prihatin Malaysia.

Seperti mana yang dikhabarkan Siti sebelum ini, pemilihan rumah-rumah kebajikan itu juga menepati konsep 1Malaysia di mana ia mewakili kaum Melayu, Cina dan India.

Siti juga menjelaskan, tanggungjawab diberikan kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima dalam pemilihan empat rumah kebajikan tersebut.

Sebelum itu, Maxis Communications Berhad selaku penaja utama konsert tersebut telah menyumbangkan sebanyak RM120,000 kepada Yayasan Nurjiwa dan sumbangan itu diserahkan kepada Siti selaku pengasas badan amal itu selepas malam gala pada 26 Jun lalu.

Dalam perbualan dengan wartawan, Siti turut ditanya rahsia staminanya bertahan selama dua jam tanpa semput sewaktu membuat persembahan.

Jelasnya, dia mengamalkan semula pantang larang yang dipegangnya sejak zaman anak dara iaitu tidak meminum minuman berais.

Maklumlah kata Siti, selepas berkahwin dan tidak banyak persembahan yang diterimanya dan dia telah melanggar pantang itu dengan menikmati air berais dan ais krim.

"Sebaik sahaja pengumuman konsert, saya terus berhenti minum minuman berais dan memperbanyakkan senaman di gimnasium serta berjoging bersama suami.

"Suami juga ada bertanya bagaimana saya mampu mengekalkan stamina itu dan saya menjawab, buka mulut, suara pun keluarlah," katanya dengan disambut hilai tawa pihak media.

Malah, kehebatan Siti di atas pentas turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang turut mengagumi kemampuannya untuk beraksi dua jam tanpa henti.

Kata Siti, segmen lagu-lagu tradisional merupakan pilihan kedua-dua tokoh negara yang disanjung tinggi oleh Siti itu.

Bukan itu sahaja, kehadiran Kris Dayanti dan Rossa juga membuat Siti terharu dan gembira kerana mereka sanggup datang menonton konsertnya walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing.

Siti turut ditanya adakah dengan kejayaan Konsert Eksklusif Satu akan memungkinkan bahawa akan adanya konsert jelajah di beberapa buah negara Asean?

Tersenyum manis, Siti memberitahu, semuanya mampu dilakukan seandainya mendapat penajaan dan bajet yang mencukupi.

"Tetapi, kita kena tengok juga pentasnya kerana mungkin di sesetengah negara tidak mempunyai fasiliti seperti mana Istana Budaya. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki dan ada yang sanggup menaja, bolehlah kita lakukan," ujarnya yang menggayakan persalinan rekaan Michael Ong, Amir Luqman dan Rizman Ruzaini sepanjang konsert tiga malam itu.

Sementara itu, Siti juga menjelaskan bahawa pihaknya masih lagi berbincang sebelum membuat keputusan untuk menerbitkan konsert tersebut dalam bentuk CD, VCD dan DVD.


Siti’s tour de force



Datuk Siti Nurhaliza’s Konsert Satu sets the bar high with a dazzling display of heart-stopping choreography and brilliant set designs. FARIDUL ANWAR FARINORDIN is still trying to catch his breath.

IT was a concert like no other. Infused with the grand scale of a theatre production, Datuk Siti Nurhaliza’s latest show, Konsert Satu, was sensational.

Tickets were sold out weeks before its three-day run at Istana Budaya, with fans both excited and intrigued — to see how the reigning pop princess and darling of the industry would outdo herself, this time, inspired by Celine Dion’s much-publicised gig, A New Day: Live in Las Vegas.



Siti has now set a new standard for concert performances by combining brilliant choreography with *** set designs and dazzling music arrangements. And of course, one can never find fault in THAT angelic yet powerful voice.

Here was a production that merged sights and sounds in ways that could rival a grand musical extravaganza. Hats off to concert director Pat Ibrahim and musical director Aubrey Suwito.

Fresh, innovative and highly entertaining, the concert featured multimedia elements, giant frames that were wheeled and lowered to the multi-tiered stage, moving stairs, as well as brightly-lit dance compartments that could have been taken right out of the hit musical Chicago.

As for Siti, she climbed new musical heights with this one. Singing more than 30 songs, mostly in medley format, for more than two hours and without going off-key or out of breath, she deserves a gold medal for this musical marathon.

She performed the vocally-demanding Kurniaan Dalam Samaran (which she rarely performed in her “live” shows in the past) in the ballad medley, donning a bright red kimono with a long train cascading over the stage’s platforms.

The Japanese-flavoured song required her to switch from her natural voice to falsetto in a hair-raising cadenza somewhere in the absurdly high range most women vocalists would cringe from. But she pulled it off effortlessly, sending shivers down my spine.

“This is one of the songs that has really challenged me as a singer,” Siti said, after wowing her audience with that performance. Other ballads in the medley were Tanpa Dendam di Hati, Dialah di Hati and Mulanya Cinta.

Put together by Yayasan Nurjiwa (a charity organisation set up by Siti and husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa), and her company Siti Nurhaliza Productions with the co-operation of Istana Budaya, Konsert Satu was a colourful mosaic of Siti’s musical journey.

It is also an affirmation of One Malaysia, with a percentage of the show’s proceeds going to several charity homes in the Klang Valley — Rumah Orang-Orang Tua Charis, V-Care for U Home, Persatuan Kebajikan Anai Iliam Selangor and Kuala Lumpur, as well as Yayasan Seni Karya Perihatin.

Siti opened the show against a giant number “1” in the backdrop and with the song Hati, and picked up the tempo with Seindah Biasa, where she was joined by her back-up dancers.

Her medley of her earlier hit songs followed after Sutra Maya, with Jerat Percintaan, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Percayalah and Bukan Cinta Biasa.

Next, two percussionists appeared on stage in a battle of pulsating rhythms. They raised the curtain for Siti’s medley of traditional tunes, including Cindai, Balqis, Nirmala and Bulan Yang Mesra.

If you think you’ve seen it all before, you’re wrong. In this segment, there was no zapin for Cindai, with fresh contemporary dance choreography adopted to give an updated interpretation to this musical experience.

“I’d like to dedicate this segment to my teacher, composer Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain). He used to scream at me during our recordings because he cared about my career. I never took it to heart and I appreciate everything he’s done for me,” Siti said with a smile.

Apart from Siti’s upbeat numbers (Pendirianku, Ku Mahu, Debaran Cinta, Wanita and Ku Milikmu — with a touch of Beyonce’s hit song Crazy in Love and the dance moves inspired from her Get Me Bodied music video), the entertainer also devoted a segment to her fans.

For this, songs requested by her fans through her fan club Siti Zone (http:\\ sitizone.com ) were performed, namely Cuba Untuk Mengerti and my personal favourite, the soaring and sweet Bila Harus Memilih.

Other songs included Siti Situ Sana Sini, Cahaya Cinta, Di Taman Teman, Biarlah Rahsia (dedicated to her media friends who relentlessly pursued her love story back when she was single) and Destinasi Cinta, presented in a grand marching band style.

The concert was opened by Aizat, who wowed the crowd with acoustic renditions of his popular tune Hanya Engkau Yang Mampu and a cover of Siti’s dance track Engkau Bagai Permata.

A huge fan of Siti’s, Aizat shared a heartwarming story of how he’d travelled from his home in Raub to Siti’s house in Kuala Lipis during Hari Raya with an old photo splashed on the giant screen to prove it — back when he was, umm, ...a few kilos heavier.

The concert was also attended by Tun Dr Mahathir Mohamad and wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Also seen were local artistes Ning Baizura, Jamal Abdillah, Fazli Zainal, composer Pak Ngah as well as Indonesian stars Kris Dayanti and Rossa.

When met after the concert, Siti said she had to stop eating ice-cream, which she only started enjoying after being a wife, in preparation for the show.

“I didn’t take iced drinks, let alone ice-cream, before I got married. But since I don’t sing as much as I did in the past any more, there was no more pantang for me. To do this show, I had to stop taking cold drinks for a month — and strictly no ice-cream,” she said.

- NST

IN HER ELEMENT

Malaysia’s pop queen gave her fans something to savour at the Istana Budaya last week.

NEWS of Michael Jackson’s sudden death provoked singer-songwriter Aizat to pay tribute to the King of Pop when he opened for Datuk Siti Nurhaliza last Friday at the Istana Budaya in Kuala Lumpur. Siti’s fans had thronged the auditorium to witness her long-awaited show, billed Konsert Eksklusif Satu: Datuk Siti Nurhaliza.

Aizat opened the show last Friday night (the first of three nights) together with three back-up musicians and performed songs taken from his debut album including Hanya Kau Yang Mampu, Fikirkanlah and a cover of Jackson’s Heal The World. He ended his performances by rendering Siti’s Bagai Permata to acknowledge Siti’s influence on his own career.

Siti finally appeared on stage in a dazzling white dress and sang her hit song Hati, followed by Seindah Maya and Sutramaya.


Dramatic: Datuk Siti Nurhaliza changed costumes several times during her two-hour concert where she performed more than 30 hit songs which summed up her journey in the music industry over the past 14 years.

For the next two hours, fans were delighted by Siti’s rendition of more than 30 hit songs which eloquently captured her musical journey over the past 14 years.

If that was not enough, the concert also doubled up as a fashion extravaganza of sorts as Siti kept changing into dazzling dresses from three top local designers – Amir Luqman, Michael Ong and Riezman Ruzaini. Needless to say, the star from Temerloh, Pahang, didn’t disappoint her devoted audience.

In between songs which chronicled her career, Siti shared with the audience how she is a private person who prefers to keep things to herself.


To complete the mood, Siti Nurhaliza changed her outfit before she began on her repertoire of traditional-style songs.

“That’s just me ... I try to keep private things private. So I hope through my songs, I am able to share with you my journey, my tears and laughter, and I really hope that you will enjoy it tonight.”

And true enough, her emotional journey was intricately told through song.

At one point, Siti became overwhelmed with emotion when she remembered her late father, the driving force behind her success, and how during his life, he would never miss her concerts.

Friday’s outing was Siti’s eighth solo concert and her first at the prestigious Istana Budaya (in which she performed her own songs) and you can be sure there will be more to come.

After the concert, Siti graciously admitted that there was still room for improvement.

“We have tried our best to give the fans what they want. We are committed to ensuring that everyone will be happy.”

Now that the three-night stint at Istana Budaya is over, Siti starts work on her next studio effort, a spiritually themed album, in conjunction with the fasting month of Ramadan.

“This will be my first attempt at spiritual songs,” she said.


Siti wore dazzling outfits by designers Amir Luqman, Michael Ong and Riezman Ruzaini.

Siti’s last release last year was an album of traditional-style tunes called Lantera Timur. “The idea for a religious album came about while I was taking part in an Erma Fatima theatre production, Sirah Junjungan, back in March.

“Even though I only sang one song in the production, it gave me an adrenalin rush when I performed it.”

Siti is also planning a duet album with Indonesian songbird Kris Dayanti for next year.

“We have been planning to do duet for a long time. But both of us were tied to different recording companies then. And now that we are both on our own, it makes this project possible. I just can’t wait for it to happen,” Siti shared.

Proceeds from Siti’s concerts at Istana Budaya, which were sponsored by Maxis, will benefit three charitable organisations, as well as the Nurjiwa Foundation which she co-founded with her husband, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

- The Star

Vokal Siti terhebat! - Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my


HUJUNG minggu lepas, penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza dengan penuh pesona muncul membuat persembahan di pentas Istana Budaya menerusi Konsert Eksklusif Satu.

Pada malam konsert Siti tersebut, menerusi pengamatan Kosmo! ramai selebriti seperti Ning Baizura, Ifa Raziah, Fazli Zainal, Rossa, Ning Baizura serta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad turut hadir menyaksikan konsert tersebut.

Keseluruhan artis yang datang kelihatan larut dalam pesona Siti di Istana Budaya dan tidak habis-habis memuji.

Ning Baizura yang turut ditemani suaminya, Omar Sharif Christopher pada malam terakhir konsert Siti merasakan konsert tersebut telah berjaya menampilkan keunggulan Siti sebagai seorang penyanyi profesional.

"Dari segi muzik dan persembahannya, kita boleh nampak yang dia keluarkan segala yang ada pada dirinya habis-habisan dan konsert itu begitu menyerlahkan keunggulan Siti.

"Bagi saya, dia adalah yang terbaik dalam arenanya. Sebab muzik dan irama insan yang bernama Siti Nurhaliza dapat penyatuan dalam satu malam.

"Apa yang saya lihat, tiada kecacatan yang dilakukannya. Pandangan saya sebagai seorang penghibur juga, boleh dikatakan kumpulan di sebalik tabir juga melakukan kerja yang keras dan pujian juga harus diberikan kepada mereka.

Namun, realistik dengan segala kelemahan yang tidak mampu lari daripada diri setiap yang bernama manusia, Ning turut mengakui konsert Siti tersebut tidak dapat lari dari aspek kekurangan.

"Memanglah, kalau nak dibandingkan dengan artis luar negara, memang ada beberapa kekurangan, tetapi semua itu bergantung kepada bajet. Saya rasa, dengan bajet yang ada untuk konsert ini, Siti telah melakukan yang terbaik," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi seberang yang turun ke Malaysia untuk konsert mininya Sabtu lalu, Rossa juga tidak ketinggalan meluangkan masanya untuk menyaksikan konsert teman baiknya itu.

Menurut Rossa, konsert Siti pada kali ini tampil lebih unik dan santai. "Saya kagum dengan Siti. Bagi saya, susah untuk penyanyi lain bersaing dengannya. Jurang perbezaan Siti dan artis-artis lain sangat jauh. Bila melihat semangatnya pada konsert ini membuatkan saya juga bersemangat untuk mengadakan konsert di sini, di Istana Budaya ini," tuturnya.

Dalam pada ramai dari kalangan selebriti tersebut memuji persembahan konsert Siti itu, pandangan yang diberikan penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah agak berlainan.

MEMUKAU. Disamping mutu persembahan vokal, Siti begitu mementingkan dari segi penampilannya ketika di pentas.

Menurut Ifa yang juga seorang penyanyi, konsert Siti kali ini dianggap sebagai biasa-biasa sahaja. Tidak menafikan kehebatan vokal penyanyi jelita itu, menurut Ifa, konsert tersebut seperti kurang menyengat.

"Bukan mahu mengkritik, tetapi sepanjang saya menyaksikan konsert-konsert lain, ada konsert yang lebih bagus daripada konsert (Siti) ini. Bagaimanapun, ia masih dalam kategori sebagai okey, tetapi bukan yang paling bagus.

"Saya pernah menonton konsert yang lebih hebat daripada Siti seperti Mariah Carey, Shah Rukh Khan, Celine Dion serta artis-artis Indonesia. Kalau dibandingkan dengan konsert tempatan pula, konsert Siti ini masih tidak boleh menandingi konsert Anita Sarawak dan Allahyarham Sudirman."

Namun, Ifa melihat Siti sebagai penyanyi nombor satu dari segi vokal. "Kalau dari segi kekuatan vokal, Siti adalah yang terhebat. Cuma Siti pada konsert tersebut kurang berkomunikasi dengan penonton dan penyusunan lagu juga kurang menarik, membuatkan klimaks pada konsertnya kurang.

"Selain itu, banyak lagu popular dinyanyi secara medley. Sepatutnya lagu-lagu yang kurang popular yang dimedleykan dan orang dapat menghayati lebih jika lagu popular dinyanyi secara penuh," ujarnya.

Tukar kostum pada saat akhir

Menonton Konsert Eksklusif Satu yang diadakan tiga hari berturut-turut tampak seperti mudah untuk dilaksanakan. Kosmo! berpeluang menikmati konsert tersebut pada malam kedua ia berlangsung.

Apalagi duduk di kerusi penonton, segalanya nampak teratur dan indah dengan pelbagai persalinan anggun yang tersarung ditubuh penyanyi jelita ini.

Namun, pasti ramai yang tidak tahu sebalik kejayaan konsert tersebut sebenarnya keadaan agak 'huru-hara' di sebalik tabirnya. Bagaimanapun segala hura-hara tersebut berjaya diatasi sehingga tiada cacat cela yang berlaku pada tiga malam konsert itu berlangsung.

Seperti umum mengetahui, persalinan mewah Siti yang digayakan pada malam itu direka khas oleh Rizman Ruzaini, Micheal Ong dan Amir Luqman.

INILAH busana Siti yang digunakan pada malam kedua konsert, yang disiapkan dalam tempoh tidak sampai sehari hasil kreativiti Rizman Ruzaini Creation.

Namun, pada konsert malam pertama, salah satu rekaan mereka terpaksa ditolak kerana tidak bersesuaian dengan konsep konsert penyanyi tersebut.

Label tempatan yang kian mendapat tempat dalam arena fesyen tempatan, Rizman Ruzaini Creation diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sepasang lagi persalinan untuk konsert keduanya dan perlu disiapkan dalam masa sehari.

"Pada hari pertama konsert, ada sepasang baju yang kurang sesuai dan Siti memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan persalinan baru dalam masa sehari untuk digunakan pada konsert malam kedua dan ketiga.

"Tapi kalau nak ikutkan, tak adalah sampai sehari, sebab selepas konsert itu, kami berbincang sehingga pukul 1 pagi. Memandangkan kedai kain sudahpun ditutup, kami membeli kain pada keesokan harinya pada pukul 10 pagi dan baju itu siap pada pukul 5 petang. Kami perlu menghantar baju itu sebelum pukul 7 petang.

"Memang kelam-kabut sikit dibuatnya. Jangan ingat Siti cerewet pula, sebab semua ini daripada arahan pengarah konsert itu sendiri untuk memastikan konsert berjalan dengan sempurna.

"Bagaimanapun, baju yang kami hasilkan terpaksa dibuat sekali lagi kerana pada malam kedua, warna baju itu (coklat) tidak sesuai dengan kulit Siti. Dan macam biasa, kami akan bekerja keras untuk menyiapkan sepasang lagi persalinan untuk konsert terakhir dengan menggunakan kain berwarna hitam pula, bagi digunakan untuk konsert malam ketiga," jelas salah seorang pereka Rizman Ruzaini Creation, Rizman Nordin.

Biarpun sedikit tertekan ketika menyiapkan persalinan penyanyi itu, namun pihak Rizman Ruzaini Creation begitu gembira kerana diberi kepercayaan oleh Siti serta krew produksi yang lain.

Stamina, kesungguhan Siti

Sementara bagi pengarah muzik konsert, Aubrey Suwito, dia agak hairan melihat stamina Siti yang agak energetik pada ketiga-tiga malam konsert berkenaan berbanding latihan sebelum ini.

Aubrey menganggap Siti begitu komited dengan kerjanya sehinggakan pada satu masa, Siti nampak keletihan dan staminanya menurun.

"Pada awal latihan, stamina Siti tidak kuat kerana maklumlah, sekarang ini dia jarang menyanyi berbanding dulu. Tak sangka pula, staminanya begitu luar biasa pada ketiga-tiga malam konsert, lebih-lebih lagi pada hari yang terakhir.

"Apa yang saya lihat, Siti terlampau bekerja keras untuk menjayakan konsertnya. Sepanjang latihan, memang ada beberapa kekurangan memandangkan hampir kesemua lagu-lagunya disusun semula," kata Aubrey yang turut kagum dengan kreativiti Siti dalam mengarah muzik pada segmen lagu rancaknya.

Dalam pada itu, pengarah konsert, Pat Ibrahim turut memuji kesungguhan Siti sepanjang latihan konsertnya itu.

Bagi Pat, dengan dengan hasil konsert yang ditunjukkan, Siti layak diberi lima bintang kerana terlalu komited dengan kerjanya.

"Siti seorang yang sangat profesional dan langsung tidak menunjuk diri seorang yang berlagak 'diva'. Dia bergaul dengan semua krew produksi termasuklah penari-penarinya.

"Seperti semua orang tahu, dia bekerja keras untuk menjayakan konsert ini. Seminggu lagi nak dekat konsert, baru nampak latihan Siti yang lebih sempurna. Tapi risau juga, bila terlalu berkerja keras, ada satu masa Siti nampak lesu dan keletihan, sampaikan saya tanya dia nak rehat atau tidak. Tapi dia tetap mahu meneruskan latihan.

"Dia memang mempunyai magis yang tersendiri kerana saya yakin penonton dapat merasakan luahan perasaan melalui nyanyian yang dipersembahkan Siti," ujar Pat.

Beritahu Pat lagi, semua krew begitu menyayangi Siti yang begitu merendah diri. Ditambah pula Siti tidak lokek untuk membelanjakan wangnya membeli makanan kepada krew produksi hampir setiap hari.

Diserang ulser

Siapa yang menyangka, sejurus menjelangnya hari konsert, penyakit yang paling digeruni oleh setiap penyanyi iaitu penyakit ulser hadir tanpa diundang.

Siti tidak terkecuali apabila dia sendiri mengalaminya seminggu sebelum tarikh konsertnya itu. Kerisauan Siti bertambah bila penyakitnya itu masih lagi belum sembuh biarpun konsertnya tinggal tiga hari sahaja lagi.

"Sebulan sebelum konsert, saya memang dah tak minum ais dan banyakkan senaman di gim. Tapi tak sangka pula penyakit ulser pula datang.

"Cepat-cepat saya makan ubat dan jaga suara sebaik-baik yang mungkin supaya suara tak pecah. Alhamdullillah, walaupun ulser itu belum hilang sepenuhnya, saya masih lagi boleh menyanyi," ujar Siti.

PADA malam terakhir persembahan, Siti menggayakan busana hitam ini menggantikan busana coklat yang sudah digunakan pada malam kedua konsert.

Membicarakan mengenai konsertnya itu yang mana dia mengalunkan lebih 30 buah lagu, dengan hampir kesemua lagu tersebut dipetik daripada album yang pernah dihasilkan.

Selain memaparkan grafik dan props yang unik, Siti menterjemahkan segala suka dukanya sepanjang bergelar anak seni menerusi lagu-lagu tanpa perbualan yang banyak bersama penonton.

"Saya biarkan penonton merasai apa yang saya rasai, sengaja menggerakkan mood serta emosi mereka dan saya rasa ia berjaya walaupun ada beberapa kesilapan kecil sepanjang konsert ini diadakan.

"Ada satu tahap, persembahan saya lebih tegas kerana mahu menggambarkan kekuatan diri dalam menempuh dugaan yang dilalui," katanya yang turut 'menceritakan' saat bahagianya bersama suami tercinta menerusi lagu Cahaya Cinta, Dialah Dihati dan Biarlah Rahsia.


1-Jul-2009 | Oleh: Roslen Fadzil
Tun Mahathir, Krisdayanti Kagumi Siti

Teks & Foto oleh Roslen Fadzil


Tiada yang lebih membahagiakan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin apabila selama 3 malam berturut-turut melihat Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur penuh sesak dengan penonton yang berkongsi suara hati menerusi nyanyian lagu-lagunya bermula Jumaat lalu, 26 Jun 2009.

Bukan sekadar peminat biasa tetapi Siti lebih berbesar hati menerima kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta rakan artis seperti Jamal Abdillah, Krisdayanti, Ning Baizura, Rossa, Fazly Zainal dan Ifa Raziah.

Lebih membanggakan, kesemua tetamu VVIP dan VIP itu memuji dan mengakui terhibur dengan persembahan beliau dan menyifatkan Siti seorang yang penghibur yang begitu dinamik, bertenaga dan semakin versatile.

Siti ketika ditemui pada malam terakhir Konsert Satu pada Ahad lalu berkata, dia merasai kepuasan kerana segala penat berlatih menyanyi dengan kumpulan muzik yang besar dan menari dengan gerak langkah yang dikoreografikan oleh Pat Taufik Ibrahim berganti dengan tepukan gemuruh penonton.

Dari segi mutu vokal, apa lagi yang kita boleh dikomen kerana Siti itulah kekuatan utama Siti selama ini. Siti berjaya melontarkan suaranya dengan lantang dan merdu dalam beberapa segmen yang telah disusun seperti balada, etnik, dance dan klasikal/ teaterikal.

Siti awalnya menyampaikan lagu-lagu yang mula-mula menaikkan namanya dalam bidang nyanyian seperti Aku Cinta Padamu, Cindai (lagu favourite Tun Siti Hasmah), Kau Kekasihku, Purnama Merindu, Jerat Percintaan dan Percayalah. Dia juga menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan album terbarunya, Lentera Timur.

Nyanyian Siti turut diselang selikan dengan kesan visual yang dipancarkan di skrin gergasi yang melatari pentas daripada pelbagai bentuk metafora yang melambangkan suka duka perasaan Siti. Props pentas juga menampakkan kreativiti penganjur seperti berbentuk palang-palang besi binaan, bingkai berlampu kekotak dan perkarangan istana berserikan bulan mengambang.

Dari segi kostum, Siti mengenakan fesyen moden yang ranggi, gaun petang dan ala Bollywood dan padang pasir. Rambutnya ditutup dengan skaf, selendang tetapi pada kebanyakan masa, bahagian lehernya terdedah serta dihiasi aksesori.

Secara keseluruhan, konsert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Yayasan Nurjiwa ini berbeza dengan yang pernah Siti persembahkan di Stadium Putra Bukit Jalil dulu kerana senario serta emosinya telah berbeza. Dulu dia masih seorang anak dara yang sangat lincah sehingga bebas menyusur turun melalui kabel ke pentas dan berjamming dengan pemain percussions.

Sebaiknya di Istana Budaya yang lebih grandeur dan eksklusif, Siti telah muncul sebagai seorang wanita yang matang, lebih mementingkan penguasaan vokal. Siti dan kecanggihan IB nampaknya telah menyatu.

Dia tetap menari tetapi pada bahagian-bahagian yang perlu, menyambut langkah penarinya sambil menyanyi. Hadirin bagai dibawa ke satu alam fantasi 1001 Malam lagu seperti Di Taman Teman. Kemudian Siti menjadi lebih agresif berkawat kaki dengan penarinya dengan penuh fokus ala Janet dan Michael Jackson dalam lagu rancak Siti Situ Sana Sini dan Destinasi Cinta.

Elemen teaterikal ala Jepun yang tampak dramatik terserlah dalam lagu Kurniaan Dalam Kesamaran dengan fesyen kimono merah berjurai panjang rekaan Michael Ong. Di samping itu, Siti juga mendedikasikan lagu-lagu etniknya untuk sifunya, Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Lagu-lagu lain yang berkumandang termasuklah Hati, Biarlah Rahsia, Cahaya Cinta, Ku Milikmu, Balkis, Nirmala dan Ku Mahu.

Di akhir persembahan, Siti menyampaikan cek sumbangan derma kepada beberapa rumah kebajikan sebagai memenuhi janjinya sebelum konsert dulu. Siti juga memberikan penghargaan kepada penyanyi baru, Aizat untuk membuka tirai konsert berkenaan yang membuat persembahan secara akustika.

Konsert itu lebih bermakna dengan kehadiran ibu Siti sendiri, Siti Salmah Bachik dan suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa. Buat pertama kalinya konsert besar Siti menyaksikan ibunya hanya datang ditemani anak-anak tanpa ayah beliau, Allahyarham Pak Taruddin. Pun begitu, Siti tetap merasakan semangat ayahnya itu sentiasa ada bersama.

Apa yang menarik malam itu 4 Siti telah bertemu dan bergambar bersama iaitu Siti Nurhaliza, Siti Salmah (ibunya), Siti Hasmah (isteri bekas Perdana Menteri) dan Siti Zainab Hanafi (ibu Datuk K). Memang kebetulan yang sungguh bermakna

2 comments:

  1. seronok bc artikel dr newspaper ni. tima kasih byk2 kat arieda sebab dh paste kat blog ida ni. rasa bangga, teruja dan terharu bila membaca baris demi baris pujian hebat utk siti ni.

    ReplyDelete
  2. yup..media kebanyakan memuji,kan..tiada siapa dapat menafikan kehebatan vokal ct..

    ReplyDelete