Dom (lakonan Diesel) menunjukkan kehebatan selepas menang perlumbaan. |
FILEM: Fast And Furious 4
PENGARAH: Justin Lin
GENRE: Aksi Drama
PELAKON: Vin Diesel, Paul Walker, Liza Lapira, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, John Ortiz, Laz Alonso, Gal Gadot, Sung Kang dan Ron Yuan
MULA TAYANG: 2 April 2009.
SECARA keseluruhan, jalan cerita edisi keempat filem ini punya kaitan dengan edisi pertama, kedua dan juga ketiga. Hanya penonton yang tidak pernah ketinggalan menyaksikan semua sekuel Fast And Furios sebelum ini akan menyedari kaitan ceritanya. Kali ini, ia lebih kepada drama kepolisan (mungkin kerana banyak sangat babak di ibu pejabat FBI) berbanding babak aksi lasak lumba kereta yang mendebarkan, namun masih padat adegan aksi mengagumkan.
Percayalah babak aksi berskala besar dan paling menggemparkan semestinya cubaan merampas trak pada awal cerita filem yang sedikit sebanyak macam edisi pertama, cuma lebih baik lagi. Selain itu, semestinya adegan lumba kereta dan disudahi babak kejar mengejar yang cukup suspen menjelang di akhir filem.
Lebih bersifat penyendal, diselitkan sedikit elemen melodrama membabitkan perasaan cinta antara O'Conner (Paul Walker) dan adik Toretta lakonan Michelle Rodriguez yang sekali lagi mengembalikan ingatan pada edisi pertama.
Michelle berani melakukan aksi lasak tanpa bantuan pelakon lagak ngeri. |
Konflik dan drama kali ini memuncak lagi apabila teman wanita Dom Toretto (Vin Diesel) dibunuh dan dendam kesumat terhadap Fenix Rise, orang kanan Raja Dadah yang dicari-cari FBI, Antonio Braga mempengaruhi emosi naratif filem ini.
Perlu diingatkan, filem ini sebenarnya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur kerana selain 'meriahnya' wanita cantik dan seksi, banyak juga babak berunsur seksual yang keterlaluan menambah nilai komersial terhadap filem cereka begini.
Kalau dulu produk jenama Mitsubishi menguasai banyak babak, kali ini turut membuat penampilan istimewa ialah Lamborghini LM002 (80-an), R34 Skyline, Buick GNX, S15 Silvia, 1970 Charger dan 1970 SS Chevelle. Walaupun hero filem ini adalah O'Conner tetapi anda pasti cemburu dengan Torreto kerana dia memandu banyak kereta hebat seperti GNX, Chevelle (merah), Charger (hitam) Subaru STI terbaru dan diubahsuai dan F-Bomb Camaro 1971.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan Brian O'Conner (Walker) selepas dibebaskan dari penjara. Dia bekerjasama dengan Dominic Toretto (Diesel) untuk membantu pihak FBI bagi menumpaskan pengedar heroin terbesar. Untuk memastikan misi mereka berjaya, Toretto dan Walker terpaksa menyamar untuk memusnahkan operasi haram itu.
*best gler citer ni..xsabar nak g tgk ni..jom..
sudah pasti filem ini akan menjadi agendaku bersama suamiku pada hari rabu ini.. hehehe...
ReplyDeletewahhh..best tu..nak ikut..huhuuh
ReplyDelete