Thursday, October 29, 2009

Bisnes Baru

Inilah rupa gudang basikal tu..terletak d'kawasan perindustrian Pengkalan Chepa..
pelbagai saiz dan jenis basikal yang ada...
antara sparepart basikal...
hahah..bergambar kenangan d'samping basikal..
dah agak lama tak naik basikal ni..heheh..
stok jutaan ringgit...maklumlah supply barang seluruh malaysia n thailand...
antara yang sempat klik...
ni basikal yang dah siap d'pasang...
melawat gudang...
stok utk d'hantar ke kedai..
fuhh..banyak gler stok..
menarik jugak bisnes ni kan...

Idea utk menceburi cabang bisnes yang baru ni datang secara tba2..kebetulan ada kedai utk d'sewa berhampiran umah...so,apalagi sambar ajelah...sewa pun xmahal sangat..kira mampu la kot..heheh..sebelum ni dah lama sangat tolong family bisness...so apa salahnya cuba bukak shop sendiri kan...walaupun yang sebenarnya hajat d'hati nak bukak bisness perabot tp setelah setahun lebih mencari tapak yang sesuai..masih xjumpa2..maklumlah...nak bukak kedai perabot ni bukan senang..tapak kena besar dan strategik...xpela...bisnes ni jelah dulu...lagipun bisnes ni xmemerlukan modal yang besar..sasaran pelanggan aku adalah student U..kat sini ada Universiti Malaysia Terengganu,Universiti Darul Iman Malaysia...hmm...mat2 bangla ngan indon pun banyak...selebihnya budak kg kat sini...taman2 perumahan pun banyak kat area umah aku ni...so..aku rasa mereka ni memerlukan basikal utk kegunaan harian...walaupun bisnes ni kecik je..tp harapan aku begitu besar..semoga apa yang aku laburkan hari ini...akan memberi satu kejayaan jangka panjang untuk aku nanti...insyaALLAH... Memanglah aku langsung tiada pengalaman dalam bidang ni..tp aku akan belajar dan belajar...dulu pun masa mula2 aku menceburi bidang perniagaan perabot..aku langsung tiada pengalaman berniaga..tp hasil usaha,minat dan kesungguhan..akhirnya aku berjaya meletakkan perniagaan tu ke satu tahap yang leh d'banggakn...so..apalah sangat ngan bisnes basikal ni...aku kan dah ada pengalaman berniaga..insyaALLAH..aku pasti boleh melakukannya...D'samping jual basikal..aku juga jual tikar..segala macam tikar ada..tikar getah,tikar buluh,tikar sarawak,tikar rotan..alas meja plastik pun ada...
Barang2 tu semua aku dah order...tikar aku dah g tempah 2hari lepas kat bandar kuala Ganu je..kedai tu memang pengedar tikar D'Pantai Timur...pahtu semalam aku g kelantan..g gudang basikal kat kawasan perindustrian Pengkalan Chepa....fuhh..besar gler gudang tu..ye supply basikal ke seluruh malaysia...
alkisahnya aku dapat contact2 ni daripada rakan bisness perabot akula..biasalah..org banyak kaki..heheh..berkenalan ngan basikal hampir 2jam gak..bincang2 harga..penghantaran..bayaran..servis..melawat gudang dan macam2 lagi...alhamdulillah..semua dah settle...minggu depan barang akan sampai...dan bermulalah sesuatu yang baru dalam hidup aku..nampaknya lepas ni aku akan lebih bz..ngan kedai perabot lagi..kedai baru ni lagi..pahtu nanti hujung tahun ngan simply siti lakk...semoga kejayaan akan bersama aku..insyaALLAH..


Lepas ni aku akan update blog utk bisness baru ni..minggu depan 1hb aku start masuk barang dan sebagainya...maka bermulalah plan itu..plan ni..tungguuu

Wednesday, October 21, 2009

Jom Layan Konsert

Anda mahu seribu warna???? Siti mahu mewarnakan malam anda nanti juga dengan seribu warna...jgn tak datang tau!

Alhamdulillah, Siti baru saja selesai mengadakan sidang media Konsert Seribu Warna yang akan diadakan 14 Nov ini di Stdm Malawati. Jgn lepaskan peluang bertemu Siti di sini ya......

outlet2 mdapatkan tiket Konsert 100 Warna Dato' Siti di Istana Budaya, Triways Travel & Tours di KLCC dan TTDI, MATIC, Sri Amera Holiday Sdn.Bhd. di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan di TicketCharge di Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.

JOm kite pakat g ramai...cepat2 dapatkan tiket sebelum ia kehabisan stok...rugi tau...

Sidang Media Konsert Seribu Warna






KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2009: Tanda ingatan terhadap arwah ayah tercinta kini diabadikan oleh Dato' Siti Nurhalizadan adik-beradiknya dalam sebuah lagu khas berjudul Kini Kau Jauh ciptaan Aidit Alfian bersama penulis lirik Ad Samad.

Perkara ini diumumkan Siti pada majlis sidang media konsertterbarunya di pejabat Siti Nurhaliza Productions (SNP) di Cheras,petang tadi.


"Lagu ini, Siti nyanyi dengan adik-beradik Sitiiaitu Ayie, Saida, Saerah dan Ali. Hanya abang sulung dan adik bongsukami saja yang tidak terbabit. Lagu ini adalah idea ibu Siti sendiriuntuk arwah ayah. Malah sepanjang proses rakaman, ibu Siti yangmengawasi vokal kami adik- beradik," jelas Siti .

Kata Siti, single itu dimuatkan dalam album duet Saerah danSaida yang diterbitkan oleh SNP dan akan dipasarkan tidak lama lagi.

Konsert Siti di Stadium Malawati, 14 November


Sesudah kejayaan Konsert Satu di Istana Budaya, tidak lama dulu, Siti terus mara dengan konsert Seribu Warna pula yang bakal diadakan pada 14 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert yang mendapat tajaan Hai-O Marketing Sdn Bhd ini di anjurkan bersempena sambutan ulangtahun ke-17 syarikat itu selain menghargai ahli Hi-O serta peminat Siti.

Ketika di temui di pejabat Siti Nurhaliza Production (SNP), Siti berkata, konsert itu amat berbeza dengan konsert-konsert beliau sebelum ini. Ia akan dibuat secara santai selain Siti bergabung tenaga dengan artis SNP termasuk Coda, Saida dan Saerah.

"Konsert kali ini lebih straight foward serta mendapat bantuan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Insya-Allah, Siti akan menyanyikan 13 buah lagu popular secara penuh dan bukan medley.

"Pada segmen pertama konsert itu nanti, Siti ada wujudkan segmenpenghargaan Siti kepada 2 orang penyanyi lelaki baru yang Siti rasaterbaik buat masa ini. Siti juga akan banyak bermain visual terutamasekali untuk segmen lagu tradisional.

"Insya-Allah, konsert ini diharapkan dapat mengumpulkan 10,000penonton di mana 6,000 terdiri daripada ahli Hi-O Marketing sendiri.Kami akan menjual 4,000 tiket buat mereka yang bukan ahli Hi-O. Tiketini akan dijual dengan harga RM60 saja," kata Siti.

Kata Siti, 6,000 penonton telah pun mengesahkan kehadiran mereka.

"Ini kali kedua Siti sertai show anjuran Hi-O yangmempunyai 100,000 ahli di seluruh Malaysia. Kali pertama Siti buatialah pada 2007 sempena Malam Muhibah Tahun Baru Cina. Sebenarnya Siti akanmenyanyi selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 November tapi konsert pada15 November dibuka kepada ahli Hi-O yang mendapatpencapaian tertinggi," katanya.


Seksi adalah perkara subjektif


Sementara itu Siti turut tercalon dalam 10 Yang Anggun bagi majalah EH!. Dengan rasa terharu dan berterima kasih kerana terpilih, Siti enggan memperbesarkan isu dia semakin seksi.

"Menang atau kalah dalam senarai itu bukanlahpenting. Siti lebih gembira kerana dapat bersama dengan calon-calonyang lain (seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Fazura, Camelia danDiana Danielle).


"Tentang isu seksi, bagi Siti, seksi ituadalah perkara subjektif. Kadang-kadang orang pakai baju kurung pun boleh nampak seksi.

"Untuk gambar itu, Siti masih lagi berselendang. Mungkin isu ini timbul disebabkan hasil posing padafoto tersebut. Siti pun selalu menggayakan selendang ikut cara Siti.Kadang-kadang, Siti hanya pakai topi saja dan janganlah ia menjadi satu isu," katanya.

Lagi tentang Siti...

1. Selepas sebulan album Tahajjud Cinta di pasaran, sambutannya amat menggalakkan dan album tersebut sudah diulang cetak.
2. Sitibukan ahli Hi-O Marketing dan hanya menghiburkan ahli Hi-O saja. Diabelum terlintas untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan Hi-O.
3. Siti telah mengesahkan kedatangannya ke showcase Kris Dayanti.
4. Siti masih merahsiakan 2 nama artis lelaki yang menjadi dipilihnya untuk segmen penghargaan itu.
6. Siti mengaku ada mendapat tawaran memasuki program Sehati Berdansa.Namun, tawaran itu adalah untuk musim ke-2 di mana Siti terpaksamenolak kerana tak pandai menari dan jadual sehariannya yang begitupadat.
7. Sebelum ayah Siti meninggal dunia, Siti telah dihadiahkansebuah studio rakaman oleh ayahnya. Siti hanya tahu tentang studio itu selepas 3 hari ayahnya pergi.





















Saturday, October 17, 2009

Tahajjud Cinta suntik ketenangan jiwa




PERCUBAAN yang hadir bersama tanggungjawab besar buat penyanyi wanita unggul, Datuk Siti Nurhaliza dengan kehadiran album rohani pertama, Tahajjud Cinta.

Direalisasikan selepas 13 tahun menyanyi, Siti membawa karier nyanyiannya keluar daripada ruang selesa. Alunan balada romantis serta irama tradisi yang sinonim dengannya ditinggalkan seketika.

Sebaliknya isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini mempertaruhkan irama yang selama ini lebih diberi fokus oleh penyanyi nasyid. Siti antara segelintir penyanyi tempatan yang melihat nyanyian hadir bersama tanggungjawab.

Berpegang kepada prinsip artis sering dijadikan ikon atau idola, Tahajjud Cinta akan menghadirkan kebaikan kepada mereka yang menghayati pengisiannya.

Album ini memuatkan lapan lagu, cuma empat daripadanya adalah sentuhan terbaru iaitu Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.

Sementara empat lagu lain iaitu Ya Rasulullah pernah didendangkannya dalam teater Muzikal Sirah Junjungan yang pernah dua kali dipentaskan di Istana Budaya.

Ketika Cinta adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick yang dirakam semula tetapi diberi susunan muzik baru. Lagu ini pernah dialunkan Siti sebagai latar filem popular Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban.

Selain itu, Pintu Rindu pula asalnya adalah lagu Arab yang ditukar lirik kepada bahasa Melayu selain Selawat yang turut dimuatkan sebagai pelengkap kepada Tahajuud Cinta.

Pembikinan album ini membentangkan cabaran tersendiri terutama dari segi sebutan seperti dalam Asma Ul Husna dan Selawat. Namun, bantuan Saleh Brotherz dan Adi Devotees membantu Siti untuk membawanya dengan penuh penghayatan.

Seperti yang tercatat dalam kulit albumnya, pembikinan Tahajjud Cinta dilakukan bukan untuk mengejar nama atau harga.

Sebaliknya penghasilan album ini untuk membuktikan seni tidak sejelik yang disangka malah mampu menjadi karya yang menyentuh terus ke jiwa.

Siti benar kerana alunan vokalnya yang gemersik memberi nyawa lantas menyentuh tangkai hati menerusi penyampaiannya yang berkesan.

Sekalung pujian layak diberikan kepada Erma Fatimah yang mengilhamkan karya indah untuk Tahajjud Cinta dan Asma Ul Husna.

Penghasilan Tahajjud Cinta dilakukan penuh teliti, malah harus diakui antara produksi terbaik yang akan terus memahatkan nama Siti dalam senarai teratas.

Moga penghasilan Tahajjud Cinta akan melahirkan lebih banyak album rohani bernuansa komersial dalam industri hiburan tempatan ketika masyarakat acap disogok dengan hiburan kosong dan melalaikan.

* ALBUM: Tahajjud Cinta
* ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza
* GENRE: Pop Rohani
* TERBITAN: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd

Monday, October 12, 2009

Aku & Watsons

misi ujung tahun nanti..hope semernya berjalan lancar dan berjaya..
mampu ke aku capai target...?satu persoalan yang sering aku fikir...
beginilah keadaannya...ok x?

Jom meka-up keter

lama tul 324 xlepak kat PBB..
324 yang terkini...
tayar ni baru je pasang bulan poser yang lalu...
tema 324 yang baru..RALLI ART..
tempat gantung plat..yang terkini...
haaa..berkilat je..maklumlah,baru lepas basuh..tp sekejap je berkilatnya...mlm tu ujan lebat maaa...
masih kelihatan baru walaupun dah agak lama berbudi pada tuannya...kan..
dulu sign ct kat atas bonet ni..sekarang dah wajah baru..heheh