Wednesday, October 21, 2009

Jom Layan Konsert

Anda mahu seribu warna???? Siti mahu mewarnakan malam anda nanti juga dengan seribu warna...jgn tak datang tau!

Alhamdulillah, Siti baru saja selesai mengadakan sidang media Konsert Seribu Warna yang akan diadakan 14 Nov ini di Stdm Malawati. Jgn lepaskan peluang bertemu Siti di sini ya......

outlet2 mdapatkan tiket Konsert 100 Warna Dato' Siti di Istana Budaya, Triways Travel & Tours di KLCC dan TTDI, MATIC, Sri Amera Holiday Sdn.Bhd. di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan di TicketCharge di Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.

JOm kite pakat g ramai...cepat2 dapatkan tiket sebelum ia kehabisan stok...rugi tau...

Sidang Media Konsert Seribu Warna






KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2009: Tanda ingatan terhadap arwah ayah tercinta kini diabadikan oleh Dato' Siti Nurhalizadan adik-beradiknya dalam sebuah lagu khas berjudul Kini Kau Jauh ciptaan Aidit Alfian bersama penulis lirik Ad Samad.

Perkara ini diumumkan Siti pada majlis sidang media konsertterbarunya di pejabat Siti Nurhaliza Productions (SNP) di Cheras,petang tadi.


"Lagu ini, Siti nyanyi dengan adik-beradik Sitiiaitu Ayie, Saida, Saerah dan Ali. Hanya abang sulung dan adik bongsukami saja yang tidak terbabit. Lagu ini adalah idea ibu Siti sendiriuntuk arwah ayah. Malah sepanjang proses rakaman, ibu Siti yangmengawasi vokal kami adik- beradik," jelas Siti .

Kata Siti, single itu dimuatkan dalam album duet Saerah danSaida yang diterbitkan oleh SNP dan akan dipasarkan tidak lama lagi.

Konsert Siti di Stadium Malawati, 14 November


Sesudah kejayaan Konsert Satu di Istana Budaya, tidak lama dulu, Siti terus mara dengan konsert Seribu Warna pula yang bakal diadakan pada 14 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert yang mendapat tajaan Hai-O Marketing Sdn Bhd ini di anjurkan bersempena sambutan ulangtahun ke-17 syarikat itu selain menghargai ahli Hi-O serta peminat Siti.

Ketika di temui di pejabat Siti Nurhaliza Production (SNP), Siti berkata, konsert itu amat berbeza dengan konsert-konsert beliau sebelum ini. Ia akan dibuat secara santai selain Siti bergabung tenaga dengan artis SNP termasuk Coda, Saida dan Saerah.

"Konsert kali ini lebih straight foward serta mendapat bantuan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Insya-Allah, Siti akan menyanyikan 13 buah lagu popular secara penuh dan bukan medley.

"Pada segmen pertama konsert itu nanti, Siti ada wujudkan segmenpenghargaan Siti kepada 2 orang penyanyi lelaki baru yang Siti rasaterbaik buat masa ini. Siti juga akan banyak bermain visual terutamasekali untuk segmen lagu tradisional.

"Insya-Allah, konsert ini diharapkan dapat mengumpulkan 10,000penonton di mana 6,000 terdiri daripada ahli Hi-O Marketing sendiri.Kami akan menjual 4,000 tiket buat mereka yang bukan ahli Hi-O. Tiketini akan dijual dengan harga RM60 saja," kata Siti.

Kata Siti, 6,000 penonton telah pun mengesahkan kehadiran mereka.

"Ini kali kedua Siti sertai show anjuran Hi-O yangmempunyai 100,000 ahli di seluruh Malaysia. Kali pertama Siti buatialah pada 2007 sempena Malam Muhibah Tahun Baru Cina. Sebenarnya Siti akanmenyanyi selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 November tapi konsert pada15 November dibuka kepada ahli Hi-O yang mendapatpencapaian tertinggi," katanya.


Seksi adalah perkara subjektif


Sementara itu Siti turut tercalon dalam 10 Yang Anggun bagi majalah EH!. Dengan rasa terharu dan berterima kasih kerana terpilih, Siti enggan memperbesarkan isu dia semakin seksi.

"Menang atau kalah dalam senarai itu bukanlahpenting. Siti lebih gembira kerana dapat bersama dengan calon-calonyang lain (seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Fazura, Camelia danDiana Danielle).


"Tentang isu seksi, bagi Siti, seksi ituadalah perkara subjektif. Kadang-kadang orang pakai baju kurung pun boleh nampak seksi.

"Untuk gambar itu, Siti masih lagi berselendang. Mungkin isu ini timbul disebabkan hasil posing padafoto tersebut. Siti pun selalu menggayakan selendang ikut cara Siti.Kadang-kadang, Siti hanya pakai topi saja dan janganlah ia menjadi satu isu," katanya.

Lagi tentang Siti...

1. Selepas sebulan album Tahajjud Cinta di pasaran, sambutannya amat menggalakkan dan album tersebut sudah diulang cetak.
2. Sitibukan ahli Hi-O Marketing dan hanya menghiburkan ahli Hi-O saja. Diabelum terlintas untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan Hi-O.
3. Siti telah mengesahkan kedatangannya ke showcase Kris Dayanti.
4. Siti masih merahsiakan 2 nama artis lelaki yang menjadi dipilihnya untuk segmen penghargaan itu.
6. Siti mengaku ada mendapat tawaran memasuki program Sehati Berdansa.Namun, tawaran itu adalah untuk musim ke-2 di mana Siti terpaksamenolak kerana tak pandai menari dan jadual sehariannya yang begitupadat.
7. Sebelum ayah Siti meninggal dunia, Siti telah dihadiahkansebuah studio rakaman oleh ayahnya. Siti hanya tahu tentang studio itu selepas 3 hari ayahnya pergi.





















No comments:

Post a Comment