skip to main |
skip to sidebar
Tahajjud Cinta suntik ketenangan jiwa
PERCUBAAN yang hadir bersama tanggungjawab besar buat penyanyi wanita unggul, Datuk Siti Nurhaliza dengan kehadiran album rohani pertama, Tahajjud Cinta.Direalisasikan selepas 13 tahun menyanyi, Siti membawa karier nyanyiannya keluar daripada ruang selesa. Alunan balada romantis serta irama tradisi yang sinonim dengannya ditinggalkan seketika.Sebaliknya isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini mempertaruhkan irama yang selama ini lebih diberi fokus oleh penyanyi nasyid. Siti antara segelintir penyanyi tempatan yang melihat nyanyian hadir bersama tanggungjawab.Berpegang kepada prinsip artis sering dijadikan ikon atau idola, Tahajjud Cinta akan menghadirkan kebaikan kepada mereka yang menghayati pengisiannya.Album ini memuatkan lapan lagu, cuma empat daripadanya adalah sentuhan terbaru iaitu Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.Sementara empat lagu lain iaitu Ya Rasulullah pernah didendangkannya dalam teater Muzikal Sirah Junjungan yang pernah dua kali dipentaskan di Istana Budaya.Ketika Cinta adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick yang dirakam semula tetapi diberi susunan muzik baru. Lagu ini pernah dialunkan Siti sebagai latar filem popular Indonesia, Perempuan Berkalung Sorban.Selain itu, Pintu Rindu pula asalnya adalah lagu Arab yang ditukar lirik kepada bahasa Melayu selain Selawat yang turut dimuatkan sebagai pelengkap kepada Tahajuud Cinta.Pembikinan album ini membentangkan cabaran tersendiri terutama dari segi sebutan seperti dalam Asma Ul Husna dan Selawat. Namun, bantuan Saleh Brotherz dan Adi Devotees membantu Siti untuk membawanya dengan penuh penghayatan.Seperti yang tercatat dalam kulit albumnya, pembikinan Tahajjud Cinta dilakukan bukan untuk mengejar nama atau harga.Sebaliknya penghasilan album ini untuk membuktikan seni tidak sejelik yang disangka malah mampu menjadi karya yang menyentuh terus ke jiwa.Siti benar kerana alunan vokalnya yang gemersik memberi nyawa lantas menyentuh tangkai hati menerusi penyampaiannya yang berkesan.Sekalung pujian layak diberikan kepada Erma Fatimah yang mengilhamkan karya indah untuk Tahajjud Cinta dan Asma Ul Husna.Penghasilan Tahajjud Cinta dilakukan penuh teliti, malah harus diakui antara produksi terbaik yang akan terus memahatkan nama Siti dalam senarai teratas.Moga penghasilan Tahajjud Cinta akan melahirkan lebih banyak album rohani bernuansa komersial dalam industri hiburan tempatan ketika masyarakat acap disogok dengan hiburan kosong dan melalaikan.* ALBUM: Tahajjud Cinta* ARTIS: Datuk Siti Nurhaliza* GENRE: Pop Rohani* TERBITAN: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd
love u siti forever!..
ReplyDeletearieda... frust jugak x dpt jumpa ct masa kat hilton tu ari... ingatkan bolehlah merengzzzz malam tu. tp apakan dayaku... huhu...
xpe kak ida..kan dah jumpa kat starhill ari tu..hehhe
ReplyDelete