Siti ‘rahsia’ produk kosmetik hingga hujung tahun ini
Siti ketika tampil di konti Suria FM semalam. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
SEHINGGA saat ini, penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin belum bersedia untuk menceritakan tentang produk kosmetik dan penjagaan kulit yang akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.
Menurut wanita cantik dan manis ini, apabila bersedia nanti barulah dia akan membuat satu sidang media.
“Sekarang, saya tak boleh cerita kerana ia masih dalam proses pembuatan.
“Kita telah melakukan penyelidikan (R&D) dan membuat ujian kepada beberapa wanita.
“Produk itu mengandungi formula bahan-bahan yang saya suka pakai dan saya ingin berkongsi kesukaan saya dengan peminat agar masing-masing berpuas hati,” ujarnya mengenai produk yang juga masih belum diberikan nama itu.
Sebelum ini, Siti pernah berkata usaha ini turut melibatkan kerjasama dengan pihak lain tetapi syarikat suaminya tetap merupakan pengeluar utama produk ini.
Nampaknya, Siti akan lebih sibuk nanti memandangkan banyak projek yang sedang diusahakannya sekarang ini meski dalam bidang perniagaan mahupun nyanyian.
Bagi Siti, biarlah sibuk sekalipun asalkan dia puas hati kerana dapat merealisasikan impiannya sejak kecil itu.
Antara 'candid shot' Siti ketika di dalam konti.
“Walaupun saya sudah terlibat dengan perniagaan ini, nyanyian tetap diteruskan kerana selain dari bisnes nyanyian, saya nak cuba bidang yang saya minat dari kecil.
“Saya juga nak berkongsi apa yang peminat nak tahu tentang saya seperti memilih warna yang saya suka dan apa yang saya pakai untuk ‘show’,” ujarnya ketika ditemui di konti radio Suria FM semalam.
Siti dijemput untuk memilih pendengar bertuah yang mendapat RM10,000 menerusi ‘Lagu Berduit Ekstra’ yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas Siti mendendangkan lagu ‘Biarlah Rahsia’ secara ‘live’.
Pertandingan itu merupakan lanjutan kempen ‘Lagu Berduit Suria FM’ diWANGikan oleh One Drop Perfumes yang bermula 20 Julai lalu dan pengirim SMS bertuah itu adalah Norshahida Nasir, 20, dari Rawang, Selangor.
Menurut DJ Lin, sebanyak 30,000 SMS yang dihantar untuk peraduan itu semalam.
Siti turut diberi peluang untuk berbual dengan pendengar yang bukan sahaja dari dalam negara malah ada yang dari luar negara seperti Shanghai, China, Jakarta, Indonesia dan Perth, Australia.
Kejutan ucapan ulang tahun ke-3 daripada suami
Selain itu, Siti juga mendapat kejutan daripada suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa (Datuk K) dengan kerjasama dua penyampai yang bertugas, Tuah dan Zizi yang mengenakan misai palsu mirip misai Datuk K.
Datuk K telah memberikan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 21 Ogos ini menerusi panggilan telefon ke konti yang dikeudarakan secara langsung.
“Saya mengucapkan selamat ulang tahun (perkahwinan) kami yang ketiga. Semoga kami hidup aman bahagia hingga ke alam syurga,” ucap Datuk K menerusi corong telefon dalam nada gembira.
Siti membalas dengan ucapan, ‘I love You, sayang..’ dan kemudian Datuk K menjawab, ‘I love You too, sayang..’
Siti yang menerima kejutan itu dalam nada gembira berkata ini merupakan kali pertama dia mendapat ucapan ulang tahun daripada suaminya menerusi telefon.
“Saya rasa ‘oklah’ kejutan ini walaupun pada mulanya saya dengar suara macam nak kenal dan ini merupakan ucapan terawal..
“Sebelum ini biasanya saya mendapat ucapan semasa hari ulang tahun tu,” katanya yang kali terakhir menjejakkan kaki ke konti Suria FM semasa zaman kemunculan album ‘Hadiah Daripada Hati’.
Datuk K dari kaca mata Siti
Mengenali Datuk K dari kaca mata Siti, penyanyi yang akan melahirkan album kerohanian pada bulan puasa ini hanya meluahkan syukur yang tidak terhingga kerana memberikan kehidupan yang lebih bermakna sejak dia dan Datuk K hidup bersama dalam tiga tahun ini.
“Saya bersyukur kerana Allah menstabilkan kehidupan saya. Dulu hidup saya hanya bekerja dan memikirkan muzik serta seni sehingga terpaksa mengorbankan masa sendiri.
“Tetapi apabila saya berumah tangga, saya ada masa untuk diri-sendiri, berasa selamat kerana ada lelaki yang menjaga, berehat dan bercuti bersama keluarga.
“Hidup saya juga lebih seimbang dan mendapat apa yang diimpikan.
“Dia pun menyokong apa yang saya lakukan. Kami mempunyai impian masing-masing dan saya juga menyokongnya dalam membuat kebajikan.
“Paling penting, dia menerima saya seadanya...,” jawab pelantun lagu ‘Di Taman Teman’ dan ‘Cintamu’ ini yang juga dalam proses membikin album duet dengan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti pada hujung tahun ini.
Siti bergambar dengan penyampai Suria FM yang turut mengenakan misai palsu persis misai Datuk K.
Jual air di Bazar Ramadhan
Dalam pada itu, Siti juga dilaporkan akan menjual air di Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh Suria FM.
Stesen radio itu akan menjual minuman di gerai ‘Jus Jambo’ di Bazar Ramadhan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.
“Minuman itu akan dijual pada harga RM2.50 dan pembeli juga akan diberikan hadiah CD dan barangan Suria FM.
“Gerai itu akan dibuka bermula pukul 4 petang hingga 8 malam. Selain penyampai Suria FM, artis tempatan akan turut serta dalam jualan itu seperti Datuk Siti Nurhaliza,” ujar DJ Lin.
*tak sabar nak tunggu produk ni kuar,kan..
Cara Memperbesar Panjang Penis Dengan Obat Klg?
-
*Cara Memperbesar Panjang Penis Dengan Obat Klg?*
Hampir setiap pria dewasa pasti mendambakan mempunyai ukuran penis yang
ukurannya besar bahkan jumbo. Al...
8 years ago
No comments:
Post a Comment