Sunday, March 8, 2009

Xtvt Jan 09

Januari 2009..
Tahun ni nampaknya hobiku yang suka modified keter kembali lagi...
awal 2009 bermula dengan menukar bumper depan keter wiraku kepada bumper evo..
biar nampak ganas ckit..huuhuh..maklumlah..nak beli evo..masih lum mampu lagi..heheh..
dah alang2 nak sembur nanti..aku letak skirting skali ngan spoiler ting
gi yang lebih sporty..
berabis jugak dekat 1***..hehhe..xpelah..janji hati puas..nak buat mcmana..d
ah mmg minat modified keter..tp xderlah sampai melampau sangat..yang sedang2 saja..ahaksss...

Ini wajah lama..sebelum 2009
Yang ni wajah baru..2009..setelah di modified..tapi lum siap sepenuhnya lagi..kena antar kedai cat dulu..bikin lebih gempakkk...

Ok..kite tinggalkan bab kereta..nanti kite sambung balik yea...

9hb Januari 2009..

8pm..bersiap2 menuju ke airport Ganu..b2 dengan Cteey..kami fly ke KL semata2 utk Sitizoners Gathering..sampai LCCT..kami terus ke KL Sentral..tq buat Idasm yang susah payah menjemput kami..terus ke RSMY..berkenalan ngan Ctea n Miela..sitizoners yang sama2 terlibat dalam penganjuran Gathering ini..sama2 bertungkus lumus myiapkan keje sehingga jam 4am..
walaupun penat tapi kami puas..

10hb Januari 2009..
kembali ke RSMY..menyiapkan keje2 terakhir..
menjelang jam 12pm..sitizoners mula datang..sorang demi sorang muncul..
seronok dapat berbual dan mengenali antara satu sama lain..
lebih kurang jam 1-20 ptg..DCT,DK n staf SNP tiba..
kami teruja dengan kehadiran mereka..cukup terharu...
nampaknya awal 2009 telah menemukan lagi aku ngan DCT..satu permulaan yang indah..
acara di mulakan..yang paling best..saat seorang peminat DCT iaitu Cteey telah menghadiahkan lagu PEMINAT buat DCT..lagu tu sama2 dinyanyikan oleh Cteey n CTea..time ni rasa enjoy sangat..gamat seketika RSMY..hampir 2jam DCT n DK meluangkan masa bersama2 peminat kat majlis tu..tq DCT..

Ni artikel yang di petik dari MURAI.COM
17-Jan-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Peminat Hadiah Lirik Lagu Buat Siti

Teks oleh Razif Rosdi

Jatuh bangun seseorang insan seni terletak kepada sokongan padu peminat. Atas faktor ini, jenama Siti Nurhaliza terus unggul walaupun ada yang cuba menjatuhkannya. Selain jutaan peminat di luar sana, Siti sentiasa mendapat sokongan daripada kelab peminatnya, Sitizone.

Bagi meraikan ulang tahun hari jadi Siti ke-30 (11 Jan), satu majlis anjuran peminat Siti blangsung di Restoran Selera MY, Jalan Medan Tuanku,Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu.Bukan saja dari Malaysia,ia turut dimeriahkan dengan khadiran pminat dari Singapura dan Indonesia!

Kdatangan Siti bsama suaminya,Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa pada jam 1.30 petang itu disambut dengan gembira oleh Sitizoners. Majlis dimulai dgn bacaan doa selamat dan majlis suai kenal antara geng Sitizoner dgn Siti.


"Terima kasih pd team yg terlibat dengan gathering pada hari ini. Terima kasih juga buat pminat dari Singapura dan Indonesia yang sanggup terbang ke sini.

"Syabas buat semua.Siti terharu sekali dgn sokongan Sitizoners dari awal Siti jadi penyanyi hingga skrg.Siti
hrp semuanya terima Siti seadanya.

"Skrg umur Siti dah cecah 30 tahun.Dah masuk 3 Series.Tapi Siti mahukan angka ini yg banyak memberi kenangan," kata Siti dengan ceria.

Bagaimanapun, Siti tidak dapat menunggu lama iaitu sehingga phujung majlis kerana beliau terlibat dgn acara di rumah sendiri.

Paling istimewa, selepas ucapan dari Siti, peminat bernama C-Teey Yan-T telah mhadiahkan lirik lagu berjudul Peminat kepada Siti.Tambah menarik, C-Teey dan seorang lagi peminat, Siti Fairuz, teleh mdendangkannya melalui lagu Wanita buat pyanyi kesayangan mereka itu.


Ini adalah lirik lagu Peminat:

Peminat

Aku peminat, peminat yang setia
Pada Siti Nurhaliza
Pabila minat telah membukakan mata
Dan membuat hatiku ikhlas

Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini

Minatku ini takkan pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Minatku ini sentiasa bertambah
Walaupun kita berjauhan

Korus:

Aku peminat, peminat yang setia
Yang memang tak putus asa
Aku peminat, peminat yang setia
Mengharap kehadirannya

Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini

Satu yang ku mahu
Ku peminat yang hanya perlu kau fahami
Peminat oh aku peminat
Peminat..

Hakcipta: Cteey-Yan-T,SitiZone@Terengganu

Kenangan sepanjang berada di Sitizoners Gathering tempohari cukup manis..
rasa berbaloi walaupun fly semata2 utk majlis tersebut..
Selesai majlis..aku,cteey n miela mengambil peluang utk shopping kat SOGO sekejap..masa yang ada lebih kurang satu jam tidak memberi apa2 makna utk kami..huhu..nak shopping apa satu jam ni..dah lah org kat sogo mcm sardin..fuhhh..dlm duk mencari2..terjumpalah 2pasang kasut yang berkenan d hati...time nak bayar..masyaALLAH..panjangnya kena beratur..heheh..nasib badanlah..tq miela temankan kami shopping..
Seterusnya kembali ke RSMY..bergegas ke KL Sentral....flight kul 8.05pm..
tq idasm menyediakan teksi khas utk kami..heheh..
tiba d LCCT..kami tapau burger MacD..lapar sebenarnya..masa kat Gathering td....makan nasi beriani ckit je..terlampau xcited ngan kehadiran DCT..heheh..
time ni baru rasa rugi..xmerasa sungguh2 nasi beriani RSMY..ntah bila dapat pekena lagi...
apapun..memory ni akan abadi terpahat d hati..salah satu kenangan terindah sepanjang menjadi peminat DCT..


18hb januari 2009..
Kuar jalan2 area K.ganu..Setelah sekian lama mencari2..akhirnya aku jumpa spek yang berkenan di hati..harganya xmahal mana pun..spek berwarna coklat yang tidak terlampau gelap..aku suka spek ni..amat selesa di pakai...tp sayang tak sampai 2bulan aku memilikinya..spek ni ilang pada 6mac yang lalu..semasa aku jalan2 kat SuaRasa TV9..dalam duk bersesak2 ngan org ramai..tak sedar spekku terjatuh rupanya..
nak buat mcm mana lagi..benda nak ilang..nampaknya tak de rezeki akula tu..cuai sangat..heheh..nampaknya lepas ni kena cari yang baru la...huuhuh..sedih lagi ni sebenarnya...


No comments:

Post a Comment