Saturday, March 28, 2009

Koleksi Catatanku kat SZ Jan-Mac 2009

Arieda Mahsuri 01 January 2009 03:23 | Terengganu Kiter
Salam..
tengah layan LT ni..duk menjiwai..huhuh..
suka lagu Joget Menanti kasih..
simple je lagu ni..cam lagu Joget Pahang..santai je..kan!

JOGET MENANTI KASIH

BUKAN TAK TAHU TAJAMNYA DURI
SI AKAR SEMALU BERCABANG-CABANG
BUKAN TAK MAHU MENCARI GANTI
PARUT LUKA LALU TERPANDANG-PANDANG

CHORUS

PERGI TAK DISURUH, DATANG TAK DIMINTA
ANDAI SUDAH JODOH, INSYAALLAH

JENUH SUDAH MERATA MENCARI SIRIH
MENCARI SIRIH BERTEMU URAT
JENUHLAH SUDAH MENANTIKAN KEKASIH
KASIH SETIA SEPANJANG HAYAT

SEKACIPAN PINANG SECUBITAN GAMBIR
SEHELAI SIRIH DICALIT KAPUR
SEDAP DI PANDANGAN MANISNYA DI BIBIR
APALAH KASIH ANDAI TAK JUJUR

LAGU : S.ATAN (SUWAH MUSIC PUBLISHING SDN BHD)
LIRIK : HABSAH HASSAN (DIRECTOR’S TEAM SDN.BHD)

Arieda Mahsuri 04 January 2009 01:48 | Terengganu Kiter


CINTA INI

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

LAGU : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)
LIRIK : KATON BAGASKARA (B PRO INDONESIA)


Sayang CT Sokmo

Arieda Mahsuri 04 January 2009 13:08 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..
Wahh...banyaknya mata ct tu zaff..ahakss..
tq buat kak jamm n zaff yg tolong kutip dana n dapatkan sign tu...walaupun xsabar nak mengenggamnya tp xpelah..
kena tunggu jugak 10hb ni utk mendapatkannya..simpan baik2 yea zaff..
Tq juga buat Dik Jue yg memahami hasrat kami ni..
Dan istimewa buat Ct..tq byk2 coz memenuhi permintaan zoners ni..
*buat kak ida n ctea..
ida ada cadangan cikit ni..
apakata utk gathering nanti..kite mengalu2kan semua zoners yang hadir..bawak LT..pahtu kite bergambar beramai2 ngan LT masing2..gempak tu..ahakss..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 06 January 2009 01:04 | Terengganu Kiter
Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2
time January 5th, 2009 | category Category: Siti Nurhaliza |


LENTERA TIMUR - DATO’ SITI NURHALIZA
LENTERA TIMUR merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang telah dipasarkan pada penghujung Disember lalu mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya mengahsilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Album ini sungguh bermakna buat Siti dan peminat kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama beberapa tahun.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru ini yang bermaksud lampu atau cahaya timur. Pemilihan tajuk itu memberi tugas kepada Siti untuk mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Kerinduan peminat akan terubat dengan penghasilan terbaru menerusi album Lentera Timur yang membawa maksud lampu atau cahaya timur. Justeru pemilihan tajuk amat memberikan peranan kerana Siti mahu mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus permodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik nusantara atau timur.

Lebih bermakna, 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara) Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Timur tengah campur melayu punya stail

Siti yang amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit album kali ini amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia. Kualiti menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iaitu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.

Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. ini akan diedarkan oleh Suria Records dalam bentuk cakera padat. Album ini telah mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dalam bentuk cakera padat dengan harga RM29.90.


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 09 January 2009 02:08 |
ASSALAMUALAIKUM..
Salam rindu buat ct n zoners..
Agak lama rasanya tak mencoretkan sesuatu d sini..
Sambil online ni..sambil layan LT,suka sangat ngan lagu CINTA INI..
Opps..alang2 bercakap pasal LT..Ct akan melancarkan album LENTERA TIMUR pada 14hb Januari ni..tungguuu..
10hb Januari pun dah makin hampir kan..esok malam sampailah org jauh ni kat KL..huhu..bersemangat tul nak join gathering ni..nak kenal zoners..beramah mesra..kan..apapun kredit buat kak ida,ctea n bro saif..jumpa d sanaaa..
*tq juga buat kak jamm n zaff..coz dapatkan LT special edition tu..dah xsabar sgt nak menyentuh LT tu..ahakss..
Buat semua..jangan lupa bawak LT kat gathering yea..nanti kite bergambar ramai2..baru meriah..


Sayang CT Sokmo

Arieda Mahsuri 09 January 2009 12:25 | Terengganu Kiter
SITI dan suami pada sidang media di Balai Berita, semalam.

Sedia undur
KUALA LUMPUR: “Sebagai isteri saya harus menuruti kata suami walaupun sebenarnya belum sedia berhenti menyanyi,” kata penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, mengulas gosip yang melanda rumah tangganya sejak akhir-akhir ini..

Hmm..ntahlah..tak abis2 gosip ttg CT n DK..Cian kat Ct..hope Ct sekeluarga tabah hadapi dugaan ni..
tak sanggup kehilangan ct..tanpa Ct,rasanya tak meriahlah industri seni tanahair..kami masih memerlukan ct..

Sayang Ct Sokmo :cry

Arieda Mahsuri 09 January 2009 18:31 | Terengganu Kiter
"Apapun yang terjadi..berjalanlah tanpa henti.."
Hope ct tabah menghadapi semua dugaan ni..
Sat ag..ku kan terbang ke KL..semata2 untuk menghadirkan diri ke gathering Ctzone..semoga gathering kali ini akan lebih mengeratkan ikatan silaturrahim yg sedia terjalin..Jumpa di sana..di sanaaaa....


Sayang Ct Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 11 January 2009 00:15 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat Ct n zoners..

Baru je sampai Kuala Ganu sejam yang lalu..terus online..just nak ucapkan Selamat hari Lahir Ke 30 buat ct..semoga panjang umur..di murahkan rezeki,berbahagia di samping suami tersayang..tabahkan menghadapi tsunami yang melanda..kami menerima ct seadanya..fuhh..ni tiru ayat ct td ni..

Terima kasih sudi meraikan hari lahir ct bersama2 kami tadi..sebenarnya xnak report panjang2 lagi coz keletihan..rushing td menuju ke airport..apapun jutaan terima kasih buat kak ida yg banyak membantu kami yang jauh ni..
Jua terima kasih buat semua zoners yang hadir dan sporting td...nanti esok lah ek report..huhu..
bersama2 ni di selitkan pic buat u all yg tentu teruja nak tengok kan..


Banner menyambut kedatangan Ct..cantik x?

Antara yang terlibat..
Ct memotong kek harijadi..sedap kek tu,kak ida..

Kay..nantikan koleksi seterusnya dr zoners lain ya....maybe esok kot ku report yang lebih padat..
apapun..terkedu td bila ct tanya..mana keropok..?
ahakss..



Sayang CT Sokmo 8)



Arieda Mahsuri 11 January 2009 12:31 | Terengganu Kiter
Cahaya 30 tahun Siti


Hari ini, saat Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau masih mesra dipanggil Siti membuka mata, usianya sudah menginjak 30 tahun. Usia yang bagi segelintir wanita amat ditakuti kerana ia melambangkan kita semakin tua. Namun bagi segelintir wanita salam 30 tahun disambut baik.

Penyanyi nombor satu negara ini tergolong dalam wanita yang menyambut usia 30 tahun dengan penuh teruja.

Tiada apa yang mahu ditakutkan kerana semua manusia pasti tua. Semua orang pasti merasa bertambah umur. Malah seharusnya setiap manusia yang menginjak setahun lagi usia harus berbangga dan bersyukur kerana masih diberi kesempatan Tuhan untuk terus bernyawa. Itulah falsafah Siti.

"Siti teruja menyambut usia 30 tahun kerana ini tanda aras kematangan seorang wanita. Ia juga umpama lambang kestabilan dari segi kerjaya dan peribadi buat Siti. Ya, ini adalah fasa baru yang menyeronokkan Siti," ujarnya penuh teruja.
[/IMG]
BEBERAPA hari menjelang ulang tahun ke-30nya, Siti menyatakan kesediaannya untuk berhenti menyanyi demi keharmonian rumah tangga.

Tambah penyanyi yang baru muncul dengan album tradisional kontemporari berjudul Lentera Timur ini lagi, jika mengimbas kembali lembaran kehidupannya pada usia 20-an, dia lebih banyak menurut dan tidak berani membuat keputusan berbanding sekarang.

Jelasnya: "Kalau toleh balik sewaktu Siti pada usia 20-an dengan sekarang, dulu Siti lebih banyak menyerah dan mengikut keputusan orang.

"Siti tidak membuat keputusan sendiri misalnya dalam kerjaya. Tempoh 10 tahun berada dalam usia 20-an, Siti menyerahkan keputusan hal kerja kepada syarikat rakaman dan pengurus.

Salah satu ekspresi Siti sewaktu menjayakan klip video Cinta Ini yang berkonsepkan penceritaan 1001 malam. Klip video ini didominasi oleh teknik CGI dan 3G.

"Namun apabila semakin meningkat usia, Siti lebih berani mengambil keputusan sendiri. Pada usia 30 sekarang, Siti rasa sudah cukup matang dalam mengimbangi kerjaya serta peribadi Siti."

Tentunya, satu hal yang tidak akan boleh dielaknya apabila usia semakin matang dan kehidupan rumah tangganya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa semakin stabil, soalan tentang zuriat tidak akan pernah terlepas pandang.

"Alangkah bagus kalau Siti mampu meramal masa depan. Pasti Siti tahu bila agaknya Siti akan dikurniakan zuriat," katanya tertawa.


Tetapi, kata Siti, setiap hari dia berdoa dan berusaha untuk memperoleh zuriat. "Insya-Allah, doakan juga untuk Siti mendapat zuriat berkat tahun 2009 ini ya," pintanya ringkas.

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 11 January 2009 12:21 | Terengganu Kiter
Imran Ajmain Buat Kejutan Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza ke-30
time January 11th, 2009 |

setiap kali tiba tarikh ini, sekalian peminat Dato’ Siti Nurhaliza (termasuk Budiey) akan melayangkan ucapan Selamat Hari Jadi buat penyanyi nombor satu Malaysia ini. Budiey mewakili Sensasi Selebriti dan seluruh pembaca budiey.com ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-30 buat Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga tahun mendatang memberikan sinar bahagia dan dikurniakan cahaya mata serta kesihatan yang berpanjangan.

Budiey dengar cerita, semalam Dato’ Siti Nurhaliza telah mendapat kejutan befday yang dirancang oleh familinya. Siap jemput seorang penyanyi untuk buat kejutan buat Siti. Hehehe, dan selebriti yang telah dijemput ialah Imran Ajmain… dan Imran khabarnya telah menyanyikan lagu terbarunya, Selamat Ulangtahun Sayang buat Dato’ Siti Nurhaliza!

Untungnya jadi Imran Ajmain. Dapat nyanyi lagu untuk selebriti kesayangan ramai ini. Haha, kepada penyanyi lain, korang kena buat lagu Hari Jadi macam yang dibuat oleh Imran. Mana tahu tahun depan, ada rezeki dapat nyanyi untuk Siti pulak.

Happy befday Dato’ Siti…. kami semua sayangkan anda dan akan sokong sampai bila-bila!

Semalam juga, Budiey ada menerima beberapa gambar yang dikirimkan oleh peminat… dan Budiey letakkan semua gambar tu kat sini… juga ada coretan dan luahan hati dari seorang peminat yang ingin Budiey kongsikan bersama:

Harap Dato’ Siti Nurhaliza tak BERHENTI MENYANYI… tanpa Siti di industri ini… tiada laaa seri…

Biarkan Siti Nurhaliza berlalu pergi… kerana kita terlalu cerewet mencari sempurna

Beliau dah melakukan yang terbaik untuk kita dan untuk industri ini selama hampir 13 tahun, tapi sayangnya iklim dan situasi industri hiburan ketika ini sangat mendukacitakan (walaupun beliau salah seorang bintang terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia)

Industri hiburan semakin tenat malah ditenatkan lagi dgn segala sampah sarapnya.

Persaingan antara media cetak dan blog-blog internet menjadikan informasi hiburan lebih bersifat picisan.

Bukan lagi zaman beliau, kerana apa yang ada hari ini aras populariti dan gosip berlebihan berada di rangking pertama berbanding bakat serta kerjaya seseorang artis.

Jika Siti Nurhaliza dijadikan kayu ukur dari segi moralis dan terpaksa berundur dari industri hiburan ini akibat tekanan, tolong cakap pada saya apa lagi yang diketogeri sebaga terbaik yang ada di industri ini termasuk dari segi moralis mereka. - luahan pembaca budiey.com

Mmm, ramai peminat yang tak setuju Siti berhenti nyanyi, dan ada juga yang suka Siti berhenti. Apa-apa pun, kita punya pendapat masing-masing.


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 11 January 2009 12:18 | Terengganu Kiter
Angka 30 bagi Siti Nurhaliza


Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto FATAH SULAIMAN
Lokasi PNB Darby Park, Kuala Lumpur



Hari ini genaplah 30 tahun usia penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Semasa saya berborak dengan penyanyi yang lebih suka membahasakan dirinya Siti ini, dia pun macam tak sedar usianya sudah mencecah angka 30.

Bila teringat semula peristiwa dulu-dulu masa Siti baru-baru nak jadi artis, nak tergelak juga dibuatnya. Yalah, siapa sangka budak berhingus dari kampung boleh jadi popular seperti hari ini.

Inilah tuah namanya. Tuah yang dianugerahkan terhadap Siti Nurhaliza ini tidak siapa yang tahu.

Hasilnya hari ini kita lihat bagaimana Siti Nurhaliza itu menjadi ikon yang disegani oleh bintang-bintang baru lain.

Tapi bukan senang membawa title artis popular itu. Dalam erti kata lain bukan mudah menjadi orang bernama Siti Nurhaliza kerana banyak ranjau dan duri yang terpaksa dilalui.

Tetapi Siti berjaya membuktikannya. Selepas melalui pelbagai tohmahan dan cercaan, Siti akhirnya berjaya meniti di satu jambatan yang telah mengangkat namanya pada hari ini. Dan kepada artis-artis baru, contohilah Siti Nurhaliza kalau ingin berjaya.

Kerana apa? Siti mencipta nama bukan dengan cara yang mudah. Dia terpaksa merangkak-rangkak untuk bergelar bintang. Dek kerana itulah beliau boleh mengekalkan popularitinya itu.

- Azam pada usia 30 tahun

Melawati usia 30 tahun Siti Nurhaliza sebenarnya tidak sabar- sabar menanti detik itu. Semalam, majlis penuh gemerlapan secara tertutup meraikan tarikh keramat tersebut diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Ternyata Siti mampu tersenyum gembira kerana dia bahagia hidup bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K. Ketika membilang saat untuk mencecah ke angka tersebut, dia bagaikan tidak sabar menantikan waktu itu kerana menganggap usia tersebut boleh mematangkan lagi pemikiran seseorang.

Dan hari ini Siti melalui sendiri perbezaan itu apabila dia merasakan dirinya lebih matang selain menjadikannya seorang yang lebih berani selepas melalui macam-macam ranjau dan duri kehidupan bergelar artis.

“Apabila kita menjadi matang, orang di luar sana akan lebih menghormati kita. Sekarang Siti dah mula merasai pengalaman itu,” kata Siti yang menyifatkan kematangan hidupnya baru bermula.

- Anak? Sabar...!

Memasuki tahun ketiga usia perkahwinannya, tentu saja yang sering menjadi pertanyaan orang mengenai penyeri kepada kehidupan rumah tangga Siti.

Penyeri? Apa lagi kalau bukan anak- anak. Akui Siti, dia tidak terlalu memikirkan perkara itu. Bukannya apa, Siti tak mahu fikirannya tertekan gara-gara terlalu mengharapkan adanya seorang cahayamata sebagai pelengkap kehidupan berumahtangga.

Tetapi sebagai wanita yang sudah berkahwin, bohonglah kalau dia tidak memikirkan hal sedemikian.

“Memang nak anak. Tapi dah tak ada lagi nak buat macam mana. Sabar sajalah dulu. Ada rezeki tu adalah,” ujarnya.

Malah jelas Siti dia sendiri sememangnya sedang menunggu berita gembira itu. Malah kalau boleh setiap hari Siti mahu tahu sama ada dia berbadan dua ataupun tidak. Walaubagaimanapun tidak bermakna dengan ketiadaan anak hidupnya sunyi.

Bukannya apa, kebanyakan masa terluang Siti turut dihabiskan bersama anak tirinya serta anak-anak saudaranya.

“Siti rapat dengan anak-anak (tiri) Siti. Kalau hujung minggu kami selalu keluar tengok wayang. Soal sunyi tu memang tak timbul langsung,” jelasnya.

Mengakui suasana dulu dan sekarang banyak bezanya kerana merasakan kehidupan sekarang adalah lebih terurus. Malah tanggungjawab terhadap keluarga juga melebihi segala-galanya berbeza ketika kehidupannya pada zaman bujang.

- Kasih takkan pudar

Beberapa hari lalu heboh kisah kehancuran rumah tangga Siti dengan Datuk K apabila mereka dikatakan sudah berpisah. Khabar angin itu menimbulkan suasana yang kurang enak bagi pasangan ini.

Yalah... ketika mereka bahagia, datang pula dugaan untuk melihat kehidupan rumahtangga tersebut runtuh. Datuk K sendiri merasakan dia agak tertekan dengan berita-berita palsu itu dan berhasrat menyaman mereka yang telah menyebarkan fitnah tersebut.

Bagi Siti pula, walau sehebat mana badai yang datang, lebih mustahak dia sendiri lebih mengetahui kehidupan rumah tangganya. Yang lebih penting Siti bahagia bersama suami tersayang.

Dia juga sudah lali dengan kisah-kisah yang bertujuan untuk merobohkan mahligai bahagianya bersama Datuk K.

Lebih dari itu kata Siti dia gembira kerana Datuk K amat mengambil berat terhadap keluarga dan tidak pernah mengenepikan peranan sebagai seorang suami.

Dan sebagai seorang isteri pula yang penting dia menjalankan tanggungjawab memastikan rumah tangganya dapat diuruskan dengan sempurna.

“Kami bahagia. Kehidupan Siti dan suami tidak pernah terhalang dengan perkara-perkara yang memungkinkan kami berpisah,” katanya.

- Mampu hadapi gosip

Tidak menafikan kadang-kala naik rimas dengan macam-macam gosip yang dilemparkan. Siti mengakui dia dapat menangani perkara itu dengan sebaik mungkin.

Bukannya apa, selama bergelar artis, Siti sudah puas menghadapi cabaran seperti itu. Dan yang lebih penting perkara itu tidak menggugat langsung kedudukannya dalam bidang seni dan rumah tangganya walaupun kadang-kala wujud perasaan geram dan marah.

“Sudah lama Siti menjadi artis. Dalam tempoh itu macam-macam dugaan yang Siti lalui. Syukurlah pengalaman lalu benar-benar memberi kekuatan pada Siti menempuh cabaran hari ini,” jelasnya.

- Dengarlah Lentera Timur

Empat tahun mendiamkan diri daripada menghasilkan sebarang album tradisional, hari ini Siti muncul untuk menghilangkan kerinduan peminat yang selama ini menantikan album tersebut.

Bukan bermakna sudah pudar minat terhadap lagu-lagu sebegitu tetapi kesibukan membataskan beliau untuk menghasilkan album berkenaan.

Bagaimanapun demi peminat, Siti menunaikan hasratnya apabila terhasilnya Lentera Timur yang turut menampilkan 11 buah lagu.

Amat bermakna sekali apabila sembilan buah lagu di dalam album itu dihasilkan menerusi Bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia bersama Siti Nurhaliza yang diadakan tidak lama dulu.

Kesemua lagu itu dihasilkan dalam tempoh tiga hari oleh beberapa komposer dan beberapa penulis lirik ternama seperti Johari Teh, Johan Nawawi, Khairil Johari Johar, S. Atan, Katon Bagaskara, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.

Tidak mengambil peluang untuk menghasilkan sendiri lirik dalam dalam ini, Siti yakin kehadiran Lentera Timur akan mengembalikan kegemilangan lagu-lagu tradisional yang selama ini bagaikan terpadam buat seketika.

Memaparkan kulit album yang hanya menampakkan matanya sahaja ia adalah satu kelainan kerana sebelum ini Siti sering memaparkan keseluruhan wajah atau badannya.

“Apa salahnya sesekali Siti memilih untuk tidak menampakkan keseluruhan muka. Yalah, nak cari kelainan berbanding sebelum ini,” katanya.

Lebih istimewa sekali dua lagu di dalam album tersebut iaitu Di Kayangan Kita ciptaan Johari Teh dan Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar) adalah lagu kegemaran suaminya.

Diedarkan oleh Suria Records, album ini mula dipasarkan sejak 26 Disember lalu dan dijual dengan harga RM29.90.


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 11 January 2009 21:17 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..

Masih merengzz lagi sebenarnya..so nak kongsi sedikit perjalanan ctrace kami dari terengganu..

Lebih kurang jam 8pm..kami tiba di airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk terbang ke KL..
lebih kurang jam 9.20pm..kami fly n sampai ke LCCT jam 10pm..kami menaiki skybus menuju ke KL sentral..dlm masa 40 minute kami tiba ke KL Sentral..di sini kami menunggu kak ida datang menjemput kami..lebih kurang jam 11 mlm..kami terus ke restoren kak ida..sepanjang perjalanan..mcm2 topik kami bualkan..teruja ngan gathering esok sebenarnya..

Sesampainya kami kat restoren..kelihatan Ctea Fairuz,Miela n lain sibuk membuat persiapan gathering tu..bermula dengan seisi suaikenal dan seterusnya sama2 bertungkus lumus menyiapkan tugas masing2..
ada yg panjat tangga..ada yang gantung langsir..ada yang pack door gift..ada yang tampal huruf2 kat dinding..gantung banner.. pam belon..ahakss..sapelah yang pam belon..hampir separuh belon pecah..meletop je belon..ada je yang menjerit..huhuu..walaupun penat..tapi kami enjoy malam tu menyiapkan persiapan yang terakhir.. sehinggalah jam 4am..
seterusnya terus ke umah kak ida..berehat kat situ..
kami hanya tdo dalam 2jam lebih gtu..

Bersambung....

Arieda Mahsuri 11 January 2009 21:49 | Terengganu Kiter
Sambungan ctrace ..(2)

10hb Januari..jam 9.45am..
Kak ida,Cteey yan-t,ctea fairuz dan gua..huhu.. bertolak menuju ke restoran..
sesampainya kami kat restoran..maka bermulalah lagi tugas kami d bantu oleh adik2 kak ida n pekerjanya..ada yang susun meja..susun kerusi..letak alas meja..sarungkan alas kerusi..tampal banner..susun door gift..bungkus hadiah..sediakan meja pendaftaran..sound system..dan macam2 lagi.. persiapan terakhirlah katakan..sedang kami asyik buat keje..tibalah zoners terawal..matapena..huhu..tq coz datang awal..dapatlah jugak tolong kami menyiapkan apa2 yang perlu..
selepas tu miela n saif muncul..sama2 bantu siapkan keje2 terakhir.
Kami juga di datangi wartawan dari harian metro yang berminat untuk membuat liputan gathering ni..seperti yang u all baca kat metro hari ni,kan.Kira glamour jugaklah gathering SITIZONE ni.

Sempat lagi possing setelah segala persiapan selesai..
seronok buat persiapan ngan u all..rajin n sporting..


Di meja pendaftaran..menunggu kehadiran zoners..kelihatan bersama..tuan punya restoren..huhu..tq2..
Juga tq buat kak nurul yang sponsor baulu tu..sedap baulu tu..kek yang kak ida sponsor pun best..comel kek tu warna ijau..

Sedang asyik bersembang ngan zoners yang hadir..jam 1.20pm..tetamu VIP yang di tunggu2 pun tba..masing2 teruja ngan kehadiran ct..
berpakaian sedondon ngan DK..kak ida dan urusetia yang terlibat menyambut CT n DK sebaik saja mereka keluar dr kereta..masing2 sibuk..ada yang nak salam..nak berlaga pipi..nak snap gambar..huhuu..kecoh sekejap kat depan restoran tu..

Bersambung..
Arieda Mahsuri 11 January 2009 22:18 | Terengganu Kiter
Sambungan CTrace (3)


Kedatangan CT N DK ke Gathering ni membuatkan restoran kecoh seketika..kami pun sebanarnya tak sangka ct akan datang memandangkan dr awal jemputan lagi..CT tidak menjanjikan apa2..apapun terima kasih buat CT N DK..kak zie..dik jue..abg zam..aiman..sudi memeriahkan majlis yang tak seberapa ini..sebenarnya dr awal pagi lagi..sy,cteey,cte fairuz,kak ida agak kepenatan..maklumlah,tdo tak cukup..kepala pun rasa pening je..tp demi menjayakan gathering ni..kami gagahkan diri jugak..cewah..dan yg paling ajaib..nampak je kereta CT sampai..semua pening n letih kami ilang..huhu..


Atucara bermula..kak ida,saif n ctea bergilir2 mengacarakan majlis..Kak ida sempat pulak wat lawak..org yang bacakan doa lum sampai lagi..heheh..semua gelak,kan..termasuklah CT..
seterusnya seisi memperkenalkan diri..rasa cam zaman sekolah dulu je..ahakss..
CT n DK teruja melihat kami bangun sorang demi sorang..
wah2..kak jamm sempat lagi buat lawak ek.."kalu jem ingatlah kak jamm.."hinggakan CT n DK tergelak..kecoh jap restoran..best ngan suasana ni..rasa cam santai je..

Selesai je seisi memperkenalkan diri..tibalah masanya untuk kami menjamu selera..
Sebenarnya dr pagi perutku ini lum d isi apa2 coz tak sempat nak makan..sibuk buat persiapan katakan..tp bila CT sampai je..selera ku mati..ahaks..tengok CT je dah kenyang..ahaks..

Urusetia yang terlibat berbual ngan CT n DK..

Sementara zoners yang lain masih lagi menjamu selera..sedap nasi beriani tu..tp syg..ku sempat jamah cikit je..tak berselera bila CT ada depan mata..huhuu..


Syabas buat Zaff yang berjaya menjual 28kpg LT dalam masa 3jam..

Bersambung...

Arieda Mahsuri 11 January 2009 23:02 | Terengganu Kiter
sambungan Ctrace (4)

2.05pm..
setelah semuanya selesai menjamu selera..maka seisi ke-2 pun bermula..
Kek hijau 2 tingkat yang di sponsor oleh kak ida sedia utk di potong..
Best gler time ni..masing2 teruja menyanyikan lagu hapy besday buat ct..memang meriah sangat..zoners yang hadir semua sporting..
3x kami menyanyikan lagu besday buat Ct dalam versi yang berbeza..

Setelah selesai acara memotong kek..acara ke-3 pun bermula..
CT di jemput memberikan sepatah 2 kata..time ni semua zoners yang hadir duk diam2 kat tempat masing2..semua xcited mendengar setiap patah perkataan yang d lontarkan ct..sedikit ucapan ct pada ptg tu..

"ct ucapkn terima kasih pada team yg terlibat menjayakan gathering ni..seterusnya terima kasih buat semer sitizone yang menghadirkan diri dan memberi sokongan terutama dari singapore n indonesia..
walaupun pada mulanya ct memang tak comfirm datang,tapi zoners tetap hadirkan diri dengan satu tujuan untuk berkumpul dan mengenali sitizoners yang lain.siti ucapkan syabas dan siti sbg empunya diri rasa terharu sekali..
atas sokongan terhadap siti dr awal penglibatan ct lg..
apa yg paling penting..terima ct seadanya..umur ct dah masuk 30..3 series..1 angka yg beri byk kenangan..ct kata xdpt tunggu hingga akhir coz ct pun ada xtvt d rumah.."

Hmmm..tu antara kata2 ct..
seterusnya tba2 cteey yan-t menyerahkan sekeping kad pada ct..nak persembahkan satu lagu katanya..rupanya lirik lagu WANITA dah ditukarkan menjadi PEMINAT..time ni paling best sebenarnya..CTEEY YANT-T ngan CTEA FAIRUZ sama2 menyanyikan lagu tu untuk ct..memang enjoy time ni..ct kata lagu ni leh jd lagu rasmi SITIZONE..
ct siap tanya lagi..bila ubah lirik tu..CTEEY YAN-T siap bgtau timenya sekali..huuhu..tahniah2..best lagu tu,kan..

bersambung...



Arieda Mahsuri 11 January 2009 23:43 | Terengganu Kiter
sambungan ctrace (5)

Seterusnya seisi bergambar beramai2..
masing2 mengikut giliran.. dan teruja nak bergambar ngan ct..

Antara zoners yang hadir..


AJK yang terlibat..
seronok bekerjasama ngan u all..harap lain kali dapat sama2 turun padang lagi..

Lebih kurang 2.40pm..
CT berangkat pulang..
time ni ramai zoners ambik peluang dapatkan tandatangan ct termasuklah aku sekali..huhuu..tq ct sign kat bag galasku..
sempat salam n berlaga pipi ngan ct lagi sekali..huhuu..merenggzz..

hampir semer zoners menghantar ct hingga ke kereta..yang paling kelakar..miela ngan cteey yan-t siap kejar kereta ct..huhuu..kelakarlah u all ni..
apapun kenangan ni tetap akan segar d ingatan..berbaloi diriku fly semata2 untuk gathering..tq kak ida...

Seterusnya acara kuiz/teka lagu ct pun bermula..ku sempat gak jawab satu soalan..dapat tshirt ngan ctea..tq snp..sponsor hadiah..next..masing2 buat acara bebas..time ni..ambik peluang bergambar ngan zoners yang hadir..
Cantik banner ni,kan..


Sitizoners dari Indonesia,Singapura,Terengganu,Sabah,KL..terima kasih ct atas kewujudan laman ini..mengeratkan ikatan antara kami..

Selesai bergambar dan sembang2..diri ini mengambil kesempatan g shopping kat Sogo jap..ahakss..sempat lagi..tq miela..sudi temankan kami..ramai gler org kat SOGO..Sempat beli kasut je..ahakss..terpaksa bergegas ke LCCT plak..yang tensemnya..tergesa2 kami ke sana..tba2 flight delay pulak..aduhhh..maka lepaklah kami hampir 2jam kat airport..sambil menikmati burger MAC'D..Dah tu..masa kat dlm flight,siap terlelap lagi..ahaks..keletihan katakan..

Hmmm..maka berakhirlah misi CTRACE kami..
Sekalung ucapan terima kasih buat kak ida yang banyak membantu kami..
Semoga lain kali akan ada lagi majlis sebegini..walaupun tak dapat berbual ngan semua zoners..atleast dapat gak kiter mengenali antara satu sama lain,kan..

*buat Miela n Ctea..seronok dapat kerjasama ngan u all ber2..kepala gler2..ahakss..

*buat kak nurul n p3 biasa..
wahh..glamer ek..muka masuk metro...

*buat semua zoners..sory tak dpt nak coretkan nama satu persatu..seronok dapat kenal u all..moga dpt jumpa lagi..CTeey Yan-t kirim salam buat semua..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 12 January 2009 01:54 | Terengganu Kiter
Siti Nurhaliza dapat jam sempena hari jadi

Oleh MALIAH SURIP


Sayang CT Sokmo
SITI NURHALIZA di samping kek hari jadinya malam tadi.

KUALA LUMPUR - Dua tahun lalu, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 50, menghadiahkan sebuah kereta Mercedes hitam dengan nombor pendaftaran angka 11 sebagai tanda cinta sempena ulang tahun isteri kesayangannya, Datuk Siti Nurhaliza.

Tahun ini pula, suami penyanyi tersohor itu menghadiahkan jam tangan buatan Switzerland pula.

"Jenamanya belum tahu lagi kerana kami akan ke Bukit Bintang esok (hari ini) untuk pilih jam.

"Sebenarnya Siti tak mahu hadiah kecuali kasih sayang daripada suami, itu sudah cukup,'' kata Siti dengan wajah berseri-seri ketika diraikan pada majlis hari ulang tahunnya yang ke-30 dekat sini malam tadi.


OMEGA ATAU ROLEX? Mana satu jam yang menjadi pilihan Datuk K untuk dihadiahkan kepada Siti Nurhaliza.

Majlis sederhana yang dianjurkan oleh Datuk K di kediaman mereka yang bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Ampang, bertemakan putih dan merah jambu.

Sejak bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006, suami penyanyi itu tidak pernah terlepas meraikan ulang tahun kelahiran Siti.

Sementara itu, Datuk K mengharapkan agar tahun 2009 akan menganugerahkan cahaya mata buat mereka selain tiada lagi fitnah yang membelenggu seperti sepanjang tahun 2008.





Arieda Mahsuri 12 January 2009 14:10 | Terengganu Kiter
Siti Nurhaliza - Datuk K berkucupan setiap pagi

Oleh MALIAH SURIP
maliah.surip@kosmo.com.my

""HANYA Siti yang tahu manisnya menjadi isteri kepada Khalid," kata Siti tentang keutuhan ikatan cinta antara dirinya dan Datuk K. "

KASIH sayang bagi pasangan ini bukan harta benda. Cinta mereka juga bukan kerana wang ringgit. Maka, apabila taufan datang dan terus menghempas bahtera rumah tangga tanpa lelah, mereka masih terus berdakapan. Masih utuh dan masih seperti dahulu.

"Masalah rumah tangga selalunya akan kami selesaikan secara baik di bilik tidur," ujar Datuk Siti Nurhaliza tanpa selindung lagi.

Selepas tiga tahun bernikah dengan usahawan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, barangkali bukan sesuatu yang terlarang buatnya mengaku akan hal itu. Ia juga pernyataan yang cukup jelas melambangkan betapa mereka rasional berhadapan dengan fitnah yang tidak pernah surut menerjah tembok kebahagiaan.

Datuk K pula bercerita: "Setiap pagi, sama ada saya atau Siti, kami akan mulakan hari baru dengan satu kucupan dan ucapan I love you. Ia lambang kasih sayang kami."

Ini adalah resipi kebahagiaan mereka. Ia bukan sengaja bagi menampan fitnah-fitnah yang hebat melanda. Ini adalah realiti, bukan sebuah dongeng.


"ROMANTIK. Rona putih dan merah jambu menjadi tema majlis hari jadi Siti yang ke-30. "

Biar bimbang banyak pihak tersalah tafsir, Siti akhirnya akur untuk membuka rahsia rumah tangga mereka kerana khalayak semakin galak bercerita yang bukan-bukan tentang kerukunan cintanya dan Datuk K.

Ia juga adalah rentetan daripada isu kononnya mereka sedang dalam proses penceraian. Fitnah itu nyata telah menyemarakkan sensitif dalam hati Datuk K sehingga memaksanya bersuara.

"Pada saya, fitnah itu sudah melampau. Saya begitu cintakan isteri saya. Saya tak mungkin berbuat demikian. Saban hari, kami bahagia dan tiba-tiba kami dikatakan bercerai.

"Dulu, saya fikir berdiam diri itu lebih baik. Namun impak negatif daripada penulisan seperti itu memberi tekanan buat kami. Jadi saya fikir saya perlu bersuara demi sebuah kebenaran dan kebaikan kami bersama" jelas Datuk K.

Dia yang segak berpakaian putih sempena meraikan ulang tahun ke-30 Siti di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa dekat Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu kemudian memberitahu, bukan dia tidak tahan dengan asakan gosip.

" "

Malah sebelum bernikah dengan penyanyi tersohor negara itu, dia sudah memikirkan implikasi yang bakal dihadapinya.

"Hanya janganlah melampau seperti ini. Doakanlah kebahagiaan kami. Impian kami tahun ini juga untuk menimang cahaya mata. Doakanlah ya," katanya lagi.

Siti yang manis dalam busana merah jambu asyik tersenyum dan mengangguk mengiyakan bicara suaminya. Matanya bercahaya. Ada cahaya cinta. Bibirnya tersenyum mekar, penuh bahagia.

Kemudian penyanyi yang baru muncul dengan album Lentera Timur itu mengambil alih bicara. Katanya, dia memang bahagia. Orang boleh berkata yang kelat tentang rumah tangga mereka. Namun sebagai isteri yang tidur sebantal dan hari-hari berhadapan dengan lelaki ini, kata Siti, dia yang berasa manisnya.

"Siti bahagia. Tiga tahun hidup bersama, suami Siti adalah pelengkap hidup Siti. Hanya Siti yang tahu manisnya menjadi isteri kepada Khalid.

"Malah Siti bersyukur kerana keluarga mentua juga menerima dan menjaga Siti dengan baik. Tidak ada hal-hal negatif seperti yang difitnah orang," jelasnya yang arif mengenai onak yang akan ditempuhinya selagi bergelar anak seni.

Majlis penuh romantik

Diraikan oleh keluarga dan sahabat terdekat dalam suasana intim dengan tema putih dan merah jambu, nyata majlis ulang tahun yang diilhamkan Datuk K buat Siti malam minggu lalu membangkitkan romantis tak terperi.

"BERKONGSI minat yang sama mengumpul jam tangan, Siti dan Datuk K melihat setiap detik mereka bersama sebagai sesuatu yang bermakna untuk diraikan. "

Alunan muzik dan nyanyian silih berganti daripada teman-teman artis seperti Syed Sobry dan isterinya Azie, Diana Danielle, Imran Ajmain serta teman-teman media pula mewujudkan suasana santai yang menceriakan majlis serba sederhana namun penuh bermakna itu.

Siti sendiri mengaku dia malu apabila parti ulang tahun kelahirannya kali ini dihiasi belon. Pemilihan warna merah jambu yang cukup jarang digayakannya pula, kata Siti, memberi dimensi baru saat dia melangkah usia 30 tahun.

"Ia seperti warna seorang wanita," katanya yang kemudian menyambung cerita tentang impian ulang tahunnya. "Siti bersyukur dengan semua pencapaian yang pernah Siti lalui selama ini.

"Jadi apabila memasuki fasa baru ini, Siti hanya berdoa agar menjadi manusia yang lebih baik dan mendapat kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Signifikan seutas jam

Tanpa berselindung, Datuk K memberitahu, dia menghadiahkan isteri kesayangannya itu seutas jam buatan Switzerland sempena ulang tahun ke-30.

Saat ditanya signifikan seutas jam buat Siti, kata Datuk K, mereka berdua begitu meminati jam tangan. Sebagai pengumpul jam, dia juga menyimpulkan bahawa setiap detik masa yang berlalu dan bakal ditempuhi mereka adalah amat bermakna untuk diraikan bersama.

"Sebenarnya Siti tak minta apa pun, kecuali kasih sayang yang berpanjangan daripada Datuk K. Tapi apabila dia nak bagi Siti jam, Siti terima kerana Siti juga memang suka pakai jam," katanya yang turut pernah dihadiahkan seutas jam sempena ulang tahun perkahwinan mereka tahun lalu.
Sayang CT Sokmo 8)


Arieda Mahsuri 12 January 2009 15:13 | Terengganu Kiter
Jam Richard Mille untuk Siti

"DATUK K memerhatikan Siti Nurhaliza selepas mereka membeli jam tangan Richard Mille di Kuala Lumpur semalam. Seutas jam koleksi Richard Mille boleh dibeli pada harga RM197,000 hingga lebih RM1 juta."

PENYANYI tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza semalam dihadiahkan jam tangan jenama Richard Mille yang dipercayai berharga ratusan ribu ringgit sempena hari jadinya ke-30.

Jam itu diberi oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia dibeli dari sebuah kedai jam terkemuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Wartawan yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan gambar Siti yang penuh bangga memakai jam itu di pergelangan tangan kirinya.

Ketika ditanya berapa harganya, Datuk K memberitahu, dua tiga ribu ringgit sahaja.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati jam yang paling murah dijual di kedai itu ialah RM197,000.
Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 13 January 2009 12:20 | Terengganu Kiter
"Saya terlalu menyayangi Siti" - Datuk K

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my



UCAPAN 'I love u' (aku cinta padamu) setiap pagi sebaik bangun dari tidur merupakan amalan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K buat isteri tercinta, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

Bahkan, setiap kali ada kelapangan, Khalid cuba untuk tidak lekang daripada mendampingi wanita yang bertakhta di hatinya itu.

"Saya terlalu menyayanginya dan mahu perkahwinan saya dengan Siti kekal sehingga ke akhir hayat kami," ujar Khalid dalam nada tenang kepada wartawan ketika diminta mengulas mengenai spekulasi liar mengenai perkahwinan beliau dan Siti.

Khalid yang ditemani Siti pada pertemuan itu sempena majlis sambutan ulang tahun ke-30 penyanyi pop itu di kediaman mereka hujung minggu lalu kesal kerana cerita-cerita kurang manis disebarkan tanpa fakta yang kukuh.

Mengakui semakin hilang sabar dengan segala fitnah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, Khalid menegaskan, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang masih belum puas untuk cuba merosakkan nama baik dia dan isteri.

"Saya harap mereka akan berhenti daripada terus nak buat cerita. Kalau tak saya tak teragak-agak akan mengambil tindakan. Saya sendiri dah hilang sabar dengan semua ini," tegasnya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan beliau meminta Siti berundur daripada bidang seni semata-mata mahu mengelakkan rumah tangga mereka daripada terus menjadi mangsa fitnah, Khalid mengakui, pernah terfikir untuk berbuat demikian.

"Memang pada mulanya saya mahu buat begitu. Tapi apabila tersiarnya cerita tersebut saya ada terjumpa dengan peminat Siti dan mereka sendiri merayu agar Siti jangan bersara.

"Saya faham keadaan tersebut kerana Siti ini umpama khazanah negara yang disayangi ramai."

Menurut Khalid, ketika ini kehidupan mereka berdua sangat bahagia, beliau secara peribadi hairan bagaimana boleh tercetus spekulasi-spekulasi nakal yang boleh menggugat kerukunan rumah tangga beliau dan Siti.

Siti tak takut umur meningkat

Lazimnya, setiap wanita akan berasa resah dan gelisah apabila melewati usia 30-an.

Bahkan, ada yang tidak sanggup dan seboleh-bolehnya enggan menghadapi situasi sebegitu.

Tetapi tidak bagi penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Sebagai seorang yang realistik, Siti yang baru dua hari menginjak ke usia tersebut dapat menerima situasi tersebut dengan baik.

Terang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tiada apa yang perlu dirisaukan malah dia sendiri bersyukur kerana dalam usia tersebut dia sudah mengecapi segala-galanya yang terbaik dalam hidup.

"Saya tak takut dengan angka 30 tahun. Tapi macam tak percaya dah masuk ke usia itu. Saya sendiri teruja untuk menyambut hari jadi kali ini.

"Kalau nak kata takut mungkin kalau masuk usia 40-an mungkin takut sikit agaknya," jelasnya yang semakin anggun dan langsing.

Tambah Siti, dia berterima kasih kepada Ilahi kerana telah mengizinkannya mengecapi semua perkara yang baik dalam hidupnya sebelum usia 30 tahun.

"Saya berhasrat pergi haji bersama suami sebelum usia 30 tahun, dah terlaksana. Saya mahu ada suami yang jaga saya dengan baik pun saya dah dapat.

"Saya mahu seorang pelindung dan sentiasa di belai pun saya dah dapat. Mungkin orang tak nampak semua itu, tapi hanya saya sahaja yang mengetahuinya," katanya sambil tersenyum dan memandang suaminya di sisi.

Menurut penghibur yang baru muncul dengan album Lentera Timur, pada masa ini kehidupannya semakin tenang.

"Hidup saya bahagia dan tenang. Mak dan abah saya pun dah tak risau kerana ada orang jaga anak dia dengan baik. Dan saya berharap saya akan lebih berjaya selepas ini," ujarnya lagi.

Sambutan hari jadi meriah

Sementara itu, majlis sambutan hari lahir Siti yang ke-30 berlangsung dalam keadaan yang meriah.

Diadakan di banglo mewah pasangan itu di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, ia dihadiri oleh ahli keluarga pasangan itu, rakan-rakan perniagaan dan pihak media.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis seperti Datin Seri Tiara Jacquelina, Erma Fatima, Hans Isaac, Imran Ajmain, Diana Danielle, Fara Fauzana dan ramai lagi.

Bertemakan putih dan merah jambu, Siti sendiri terkejut dengan sambutan majlis tersebut.

Kata Siti: "Tak pernah saya sambut hari jadi siap ada belon-belon. Tapi ini semua idea suami dan saya sangat gembira."

Bercerita tentang hadiah pula sambil tersenyum manis jelas Siti, dia akan menerima seutas jam tangan berjenama daripada suaminya.

"Suami saya akan bagi jam, tapi masih belum dibeli. Dia memang suka jam dan suka bagi Siti jam kerana senang dipakai dan nak ingat waktu," ujarnya manja.
Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 14 January 2009 23:31 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..
Wahh..sekalung tahniah buat reporter sz..huhu..berjaya jugak terjah ek..huuhuh..
tq sudi kongsi ngan kami kat sz ni..cantik baju CT,kan..
Fuyooo..ramai nya model2 SNP kat atas stage tu..ahakss..
Yang mana satu pilihan hati ek..
Buat zoners..harap ada yg berminat join gathtering SZ ala2 percutian tu..tempat terhad tau..hehe


Sayang Ct Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 15 January 2009 13:35 | Terengganu Kiter
Siti Turut Boikot Produk AS, Kecam Israel

Teks & Foto oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 15 JAN 2008: Kekejaman puak Israel terhadap masyarakat Islam di Selatan Gaza turut mendapat perhatian penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza yang begitu sedih dengan pencerobohan serta pembunuhan rakyat yang tidak berdosa.

Bukan saja menyokong saranan kerajaan untuk memboikot produk atau jenama dari Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan kepada regim Yahudi itu, malahan penyanyi yang baru lahir dengan album Lentera Timur itu turut mengharapkan agar peminatnya dapat memberikan maklum balas serupa.

"Memang sekarang Siti tengah boikot produk Amerika Syarikat. Dulu Siti selalu juga minum di Starbucks atau makan di McDonald's, tapi sekarang tidak lagi. Siti dah mula memboikot produk mereka.
Jangan Tak Lihat.

"Sebenarnya Siti tak sanggup melihat kekejaman mereka. Siti selalu baca menerusi surat khabar dan saksikannya di TV. Melihat kanak-kanak kecil dan nyawa yang tidak berdosa dibunuh, itu adalah terlalu kejam.

"Siti tak sanggup. Dalam hati Siti selalu berdoa, Ya Allah.. Kau turunkanlah bala kepada Israel. Itulah yang dapat Siti mampu lakukan. Jadi sama-samalah kita berdoa, semoga rakyat Palestin akan dilindungi," katanya.

Siti berkata demikian kepada pihak media, selepas pelancaran Lentera Timur di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, di sini petang semalam yang turut dihadiri suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K), ibu bapa dan keluarga terdekat.

Hadir sama komposer dan penulis lagu yang turut terbabit dalam penerbitan album ini antaranya, Habsah Hassan, M Nasir, Fauzi Marzuki, Pak Ngah, Kahiril Johari Johar dan Zubir Ali.

Beliau turut menyampaikan sumbangan derma berbentuk wang tunai kepada akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia yang mewaikili syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd (SNP) bagi membantu mangsa perang terbabit.

Jelasnya, tindakan memboikot yang dilakukannya itu adalah salah satu cara terbaik untuk menunjukkan keprihatinan rakyat negara muslim terhadap jenayah terbesar Israel.

Difahamkan, selain sumbangan daripada syarikatnya itu, Siti dan Datuk K turut sama menghulurkan bantuan kewangan secara peribadi kepada mangsa peperangan itu.

"SNP sudah asingkan agihann ini. Kami memang mempunyai tabung untuk tujuan kebajikan. Malah Siti tidak akan menolak kalau ada persembahan amal bagi membantu rakyat Palestin," katanya .


Lentera Timur selit live strings

Sejak dipasarkan, hujung tahun lalu, album kontemporari tradisional Siti, Lentera Timur telah berjaya mengutip angka jualan 10,000 unit.

Jauh disudut hati, Siti ingin memastikan agar album itu boleh dijual lebih banyak meskipun sedar kegawatan ekonomi dan gangguan pasaran muzik global sedang berlaku.

"Siti percaya, dalam masa 6 bulan pasti Siti akan dapat mencapainya. Bagi Siti kelahiran album ini pada masa yang sama dapat merancakkan kembali industri muzik tempatan. Siti tahu untuk capai jumlah 100,000 unit macam dulu bukan senang," ujarnya.

Untuk mencapai impiannya itu, dia akan membuat banyak promosi di stesen radio, TV dan media cetak. Malah, Siti sendiri begitu teruja untuk sama-sama turun padang untuk bertemu peminat setianya yang selama ini telah banyak menyokong kejayaannya tanpa jemu.

"Untuk album ini, Siti akan kerap membuat kemunculan di khalayak umum. Mungkin persetujuan bersama Jaya Jusco adalah langkah paling terbaik untuk bertemu mereka dan memprosikan album inii," katanya.

Sebanyak 9 buah lagu yang dimuatkan dalam Lentera Timur adalah hasil daripada komitmen para penerbit menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan di Port Dickson, Januari tahun lalu.

Kualitinya menjadi keutamaan dalam semua aspek penerbitan album ini termasuk menggunakan live strings bagi semua lagu.

"Memang Siti sangat berpuas hati dengan penghasilannya yang terbaik untuk album ini. Begitu juga dengan kualiti kulit album dan rekaan kulit album ini. Kos untuk menghasilkan album sepenuhnya dengan live strings mencecah RM100,000. Tapi tak apa, selagi Siti berdaya, Siti akan jaga kualiti album Siti. Ia juga untuk kepuasan peminat.

"Mungkin selepas ini Siti akan lahirkan sebuah album dengan iringan muzik orkestra pula," katanya.


Idam konsert besar tahun ini

Menyedari dirinya masih dihargai, Siti berharap agar 2009 memberikan sinar untuknya meneruskan hasrat bagi melangsungkan sebuah konsert terbesar.

"Ya, sebuah konsert besar seperti yang pernah Siti buat dulu. Kalau boleh Siti mahu lebih ramai penonton dapat datang menyaksikannya. Bagaimanapun semuanya itu masih dalam perbincangan.

"Siti mahu pastikan konsert itu berjaya, sebagaimana konsert Siti yang lepas-lepas. Siti sudah memikirkan lokasinya, tetapi masih belum dipastikan lagi. Semuanya masih dalam kertas kerja," katanya yang semakin anggun dan langsing.

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 16 January 2009 13:28 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat CT n Zoners..
Tahniah buat ct di atas pelancaran album LT..
bertuahnya Ras ek..merengzz lagi la tu..ahakss..
apapun tq sudi berkongsi merenggzz ngan kami di sini..CT kim salam ek..
waalaikumussalam..kim salam kat ct balik yea ras..hehe..
Rasbit..jomlah join..ajak LIa tu..sure meriah punya..tapi,kan pasal date tu..ramai yg xfree kot..so kalu tukar date pada 13 mac-15mac, ok x..time cuti sekolah..
*buat CTea Fairuz..wah..masuk AF7 ek..ok la tu..asah bakat yang ada..
dah alang2 masuk tu..seriuslah k..jangan sekadar nak mencuba je..berlatih bersungguh2 tau..hehe..akak bagi sokongan penuh ni..bangga gak ada sitizoners join AF7 ni..
*buat Masz..lor..LT tak sign ke masa kat Gathering tempohari..huhuuh..xpelah..lepas ni akan ada peluang lagi..CT kan nak promosi LT besar2an..sure punya..
Hmm..apa yang seram ngan zoners Ganu ni,masz..haaaha..
*buat cem..kite tetap akan singgah kat darat..melawat taman herba..singgah air terjun..taman negara..jomlah join..
*buat kak idasm..
lama xnampak..kemana menghilang..bz ke..?
*buat miela..rindulaahhh..


Sayang Ct Sokmo 8)


Arieda Mahsuri 16 January 2009 13:05 | Terengganu Kiter
Fakta menarik sejarah Juara Lagu

- Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah Aishah apabila berjaya menjuarai AJL sebanyak tiga kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998) dan Balqis (2000).

- Siti Nurhaliza juga menjadi artis yang paling kerap layak ke AJL bermula dari tahun 1996 sehingga 2008. Bilangan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah paling banyak iaitu sebanyak 18 buah lagu.

- Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Aku Cinta Padamu (1997), Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2004).
Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 18 January 2009 01:25 | Terengganu Kiter
Salam..
tumpang mesej board jap yea ct..
huhuu..akhirnya news kat MURAI kuar juga..dah banyak hari dah tunggu..
tq ctea fairuz..
*tajlena..sorylah lambat sikit bagi lirik PEMINAT ni..
tunggu kuar kat MURAI dulu sebenarnya..
sure gempak punya..ahakss..
*tq juga buat kak idasm sebab kuarkan news gathering kat BUDIEY tempohari..sitizoners memang power..hhuuhu..
Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 18 January 2009 00:55 | Terengganu Kiter
17-Jan-2009 | Oleh: Razif Rosdi
Peminat Hadiah Lirik Lagu Buat Siti

Teks oleh Razif Rosdi

Jatuh bangun seseorang insan seni terletak kepada sokongan padu peminat. Atas faktor ini, jenama Siti Nurhaliza terus unggul walaupun ada yang cuba menjatuhkannya. Selain jutaan peminat di luar sana, Siti sentiasa mendapat sokongan daripada kelab peminatnya, Sitizone.

Bagi meraikan ulang tahun hari jadi Siti ke-30 (11 Jan), satu majlis anjuran peminat Siti berlangsung di Restoran Selera MY, Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu. Bukan saja dari Malaysia, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran peminat dari Singapura dan Indonesia!

Kedatangan Siti bersama suaminya, Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa pada jam 1.30 petang itu disambut dengan gembira oleh Sitizoners. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan majlis suai kenal antara geng Sitizoner dengan Siti.
Jangan Tak Lihat

"Terima kasih pada team yang terlibat dengan gathering pada hari ini. Terima kasih juga buat peminat dari Singapura dan Indonesia yang sanggup terbang ke sini.

"Syabas buat semua. Siti terharu sekali dengan sokongan Sitizoners dari awal Siti jadi penyanyi hingga sekarang. Siti
harap semuanya terima Siti seadanya.

"Sekarang umur Siti dah cecah 30 tahun. Dah masuk 3 Series. Tapi Siti mahukan angka ini yang banyak memberi kenangan," kata Siti dengan ceria.

Bagaimanapun, Siti tidak dapat menunggu lama iaitu sehingga penghujung majlis kerana beliau terlibat dengan acara di rumah sendiri.

Paling istimewa, selepas ucapan dari Siti, peminat bernama C-Teey Yati telah menghadiahkan lirik lagu berjudul Peminat kepada Siti. Tambah menarik, C-Teey dan seorang lagi peminat, Siti Fairuz, teleh mendendangkannya melalui lagu Wanita buat peyanyi kesayangan mereka itu.


Ini adalah lirik lagu Peminat:

PEMINAT

Aku peminat, peminat yang setia
Pada Siti Nurhaliza
Pabila minat telah membukakan mata
Dan membuat hatiku ikhlas

Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini

Minatku ini takkan pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Minatku ini sentiasa bertambah
Walaupun kita berjauhan

Korus:

Aku peminat, peminat yang setia
Yang memang tak putus asa
Aku peminat, peminat yang setia
Mengharap kehadirannya

Apakah salah jika aku mengejar
Apakah salah jika aku mengharap
Ikhlasnya hati yang setulus hati ini

Satu yang ku mahu
Ku peminat yang hanya perlu kau fahami
Peminat oh aku peminat
Peminat

Hakcipta: Cteey-Yanti,SitiZone@Terengganu

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Mahsuri 19 January 2009 01:44 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..
Tumpang mesej board jap ye CT..

Sambil online ni..sambil layan LT..
ntah kenapa..suka sangat ngan lagu CINTA INI..asyik putar lagu ni je ni..best bangat lagu ni..

*Buat Ctea Fairuz..wah..buat show ek ..okla tu..no 3 pun top 3 per..all the best 4 AF7

*Buat lampu@jaib..ehh,leh jer nak kenalan..ahakss..
kan kiter di sini bagai sebuah keluarga yang besar..

*kak affiezz..ari tu ida ada send no tel bahulu yg akak minta dr kak nurul tu..ada dapat x?

*buat kak idasm..mana menghilang ni..
bz ngan catering ke..bisness bagus nampak..hehe..

*Buat ctzoners yang berminat nak join gathering holiday tu..hrp dapat bg respons secepat mungkin..coz tempat terhad.


Sayang CT Sokmo 8)




Arieda Mahsuri 19 January 2009 14:09 | Terengganu Kiter
Siti suka, Datuk K pun suka

Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my


Mengujakan. Bagi peminat yang sudah pun mendapatkan naskhah terbaru kontemporari tradisional Lentera Timur kepunyaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza, pasti mereka tertarik dengan kulit albumnya yang mempesonakan.

Jika hendak tahu, ada cerita di sebaliknya. Pemilihan gambar-gambar yang dimuatkan dalam album itu sebenarnya merupakan pilihan hati suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau terkenal dengan gelaran Datuk K.

Enggan berselindung, Siti sendiri 'membocorkan' rahsia itu sewaktu ditemui pada majlis pelancaran albumnya yang diadakan di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Tampil anggun dalam busana rona hitam dan hijau tua rekaan Amir Luqman, Siti mengakui gambar yang dipotretkan oleh Ikram Ismail itu amat disukai oleh Datuk K.

"Suami saya sempat melihat himpunan gambar yang dirakam, malah dia amat berpuas hati dengan penghasilan gambar itu.

"Secara kebetulan, saya sendiri suka hingga mempengaruhi fikiran saya untuk memuatkan gambar-gambar yang diambil dalam album terbaru saya.

"Saya suka, Datuk K pun suka. Macam sehati sejiwa pula. Rangkaian gambar yang ada, memang menjadi kesukaan kami," jelas Siti terang-terangan memperlihatkan keharmonian yang dikecapi dalam berkongsi hidup bersama Datuk K.

Gagal berkolaborasi dengan Aidit Alfian

Sesuatu yang istimewa ialah lagu-lagu yang dimuatkan album itu dihasilkan daripada Bengkel Cipta Ekspres Berirama Malaysia Bersama Datuk Siti Nurhaliza menerusi kerjasama Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang diadakan setahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

SEHATI SEJIWA. Impak kasih sayang yang bergabung menjadi satu, Datuk K turut sudi mengabadikan daya kreativitinya terhadap karya terbaru seni isteri tersayang.

Sebanyak 12 buah lagu idea komposer-komposer terkenal tanah air telah dihasilkan, tetapi hanya 10 dipilih Siti untuk album itu.

Siti tanpa berselindung mengaku menggemari semua lagu yang dihasilkan.

Membuat pilihan yang terbaik di antara yang terbaik memang menyukarkan Siti. Lantaran itu, ada beberapa lagu tidak dapat 'menembusi' tembok kukuh sekali gus tidak tersenarai dalam Lentera Timur.

Siti sepatutnya menyanyikan sebuah lagu gubahan komposer popular, Aidit Alfian. Namun harapan Siti bertukar menjadi kecewa kerana lagu yang diimpikan sudah tertulis untuk dilagukan penyanyi lain.

"Saya pernah bertanya kepada Aidit mengapa lagu miliknya tidak dapat dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.

"Awal-awal lagi Aidit memohon maaf sambil menjelaskan bahawa dia telah memberikan lagu itu kepada orang lain.

"Saya pun tidak boleh hendak berbuat apa-apa. Saya anggap tiada rezeki untuk bekerjasama dengan Aidit," beritahu Siti pasrah.

Diberi suntikan baru

Tidak dinafikan, ritma dan alunan karya yang berkumandang dalam Lentera Timur pantas sahaja menarik perhatian telinga.

Bukan ibarat karya tradisional klise lain yang menampilkan sepenuh konsep tradisional asli, sebaliknya Lentera Timur dibikin dalam bentuk bervariasi agar peminat tidak mudah bosan tatkala mendengarnya.

Album terbaru Siti yang dipasarkan penghujung Disember lalu merupakan album studionya yang ke-13, manakala ia merupakan album kelima untuk diskografi tradisionalnya selepas penghasilan Cindai (1997), Seri Balas (bersama Noraniza Idris) (1999), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002).

Setelah puas menanti penuh sabar selama enam tahun, maka tiada yang lebih menggembirakan Siti apabila album idaman berhasil muncul menemui khalayak seluruh negara. Pada awal Mac nanti, album itu bakal memasuki pasaran Indonesia.

Ada riak gembira yang sukar terbendung pada wajah Siti. Perkara itu memang tidak mampu disembunyikan lagi saat dirinya diwawancara pihak media.


Menyingkap sejarah sebelum kelahiran Lentera Timur, Siti berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan apabila dia sukar untuk mencari lagu-lagu berentak etnik tatkala industri seni kini menunjukkan situasi suram.

"Memang susah saya hendak mencari lagu-lagu yang ingin dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.

"Saya harap album ini dapat memberi sinaran cerah untuk bidang muzik terutama lagu-lagu yang berjiwa tradisional.

"Ia menampilkan banyak kelainan berbanding album tradisional lain. Ia mempersembahkan pelbagai rentak bersesuaian dengan peredaran zaman hingga album ini mampu memikat hati semua pendengar tanpa mengira usia.

"Memang saya gembira tidak terhingga dapat melahirkan album Lentera Timur," jawab Siti penuh keyakinan.

Demi kepuasan untuk peminat tersayang yang tidak pernah berhenti menyokong Siti selama 13 tahun mengabdikan diri dalam lapangan seni, Siti turut menampilkan elemen strings menerusi semua lagu dalam album yang dipimpin oleh Eddie Marzuki itu.

"Suntikan baru yang diperkenalkan menerusi album ini bakal memberi nafas baru yang lebih segar dalam seni tradisional.

"Lagipun, sudah menjadi impian saya bagi memperdengarkan alunan strings dalam album sebelum ini, cuma saya belum lagi berpeluang.

"Album Lentera Timur akhirnya menunaikan cita-cita saya untuk muncul dengan sebuah album yang dihasilkan dengan bunyi-bunyian strings," kata Siti yang ingin muncul dengan muzik orkestra pula selepas ini jika berpeluang.

Komposer yang telah mewarnai album Lentera Timur dengan ilham kreatif mereka ialah Johari Teh untuk lagu Di Kayangan Kita, Johan Nawawi (Bintang Malam), Khairil Johari Johar (Bulan Yang Mesra dan Rasa Antara Kita).

Selain itu, Lentera Timur tidak terkecuali memuatkan lagu berjudul Ada Masa Mata yang merupakan ciptaan M. Nasir,

Senyum Minang Manis (Zul Mahat), Joget Menanti Kasih (S. Atan), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan) dan Di Taman Teman (Fauzi Marzuki).

Lentera Timur juga menyaksikan kembalinya komposer yang cukup sinonim dengan pembabitan Siti melalui lagu-lagu etnik iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau terkenal dengan gelaran Pak Ngah yang menyumbangkan lagu Jelmakanlah Ayumu.

Siti juga menyelitkan sebuah lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara berjudul Cinta Ini yang memberi nafas baru apabila muzik tradisional dan moden digabungkan oleh Aubrey Suwito yang bertindak sebagai penerbit untuk lagu tersebut.

Album bermutu yang diterbitkan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. (SNP) dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd. (SRC) itu sudah pun berada di pasaran sejak 29 Disember lalu dengan harga RM29.90.

Khusus buat individu yang 'berkiblatkan' Siti, jangan lupa untuk mendapatkan album Lentera Timur kerana anda pasti akan mendapat kepuasan melalui keindahan seni warisan tradisi Malaysia yang semakin jauh ditinggalkan hari demi hari.

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 20 January 2009 13:40 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..

Dah 10hari gathering berlalu..
tp merengggzz nya masih melekat di hati,kan..
apatah lagi kak idasm baru je paste pic2 n reportnya..
merengggzzzzzzzzzzz...
apapun mmg enjoy ngan gath tempohari..hope dapat jumpa lagi..
Wah..bestnya Ctea dapat jumpa ct lagi jumaat ni...
alahai..nilah nasib orang yang jauh..apapun..kim salam kat ct ek..dr org ganu ni..
Buat Ras n Lia..tq kongsi pic2 kat launching LT tu..memang comel pic2 tu..
sayangggg u all..
*Buat ct aini..shelly dan semua yang sokong trip tu..tq2..
Harap ada respons yang baik dari u all..kak ida..tq bg nama..huuhu..
Oleh kerana ramai yang takut bermalam di dalam rumah bot(walaupun yang sebenarnya pengalaman ni memang mencabar dan menarik..berbaloi join trip)
maka plan akan d ubah iaitu bermalam d chalet samada pulau @ airterjun..maklumat selanjutnya akan di nyatakan nanti..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 25 January 2009 20:53 | Terengganu Kiter
Salam..tumpang mesej board jap yea ct..
Nak wish GONG XI FA CHOY buat Miss Dora..makan besar yea..
nak ang pau maaaaaaaaa...
*kak ida..mmg tgh pening ni..cari harga terendah..
apapun harap ada respons yang baik dari zoners..
Gathering Holiday ni d wujudkan utk merapatkan hubungan antara zoners..dapat lebih saling kenal,kan..apapun kalu ramai merasakan kos ke Redang Island tinggi..plan mungkin akan d ubah lagi samada ke Kenyir Lake or Kapas Island..apapun kite tgk dulu sambutan mcmana..
*Wahh..Ctea p holiday ek..bestnya jalan2..
apapun tq..cantik design tu..
*buat semer yg berminat nak join Gathering Holiday..harap dapat sms secepat mungkin..
Buat semer..selamat bercuti..
Sayang CT SOkmo
8)

Arieda Salsabella 25 January 2009 20:06 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat CT n zoners..

Majalah INTREND..
Yess..berbaloi jika anda memilikinya..
pic ct kat dalam memang cantik sangat2..
so,apalagi..dapatkan segera sebelum kehabisan stok..huhuuh..




Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 28 January 2009 19:34 | Terengganu Kiter

Pakej termasuk:-
-Boat transfer dari Merang Jetty ke Pulau Redang ke Merang Jetty.


-2 x Malam Penginapan (Bilik Hawa Dingin & Bilik Air Didalam-untuk 4org)
-2 x Sarapan Pagi
-2 x Makan Tengahari
-2 x Minum Petang
-1 x Makan Malam Biasa
-1 x BBQ dinner
-T-shirt Sitizone@Redang

Aktiviti:
-2 x snorkeling trip
-1 x Jungle trekking trip
-Karaoke
-Malam Kebudayaan
-Games
-BBQ
-Aktiviti pantai

Pakej Tidak Termasuk:
-Yuran Marine Park Redang - RM5.00 seorang
-Penyewaan Peralatan Snorkeling - RM20.00 ke RM25.00 Seorang
-Insuran Perjalanan
-Tambahan RM20.00 Seorang bagi pengangkutan dari Kuala Terengganu Ke Merang dan Sebaliknya.

PADA HARI TERAKHIR 15HB MAC 2009,SEBELUM ANDA BERTOLAK PULANG KE KUALA LUMPUR,ANDA AKAN DI BAWA MELAWAT KE TAMAN TAMADUN ISLAM,PASAR PAYANG DAN GERAI KEROPOK LEKOR.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 05 FEBRUARI 2009 (TEMPAT TERHAD)
SILA HUBUNGI ARIEDA 017-9100078

*PERHATIAN KEPADA SITIZONERS..DIHARAP KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DAPAT MENGHUBUNGI URUSETIA SECEPAT MUNGKIN UNTUK URUSAN PENDAFTARAN..BAGI MENGELAKKAN KELEWATAN MENEMPAH CHALET..SEPERTI YANG ANDA SEMUA MAKLUM..GATHERING SITIZONERS DI ADAKAN PADA MUSIM CUTI SEKOLAH..
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA..

Sayang Ct Sokmo 8)

Arieda Salsabella 31 January 2009 14:46 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n zoners..
Ct..tq bagi mesej baru buat kami..atleast kami tau apa yg terkini ttg ct..ni yg kami makin sayang kat ct ni..
dah lama tak CTRACE..ntah bila CT akan datang Terengganu lagi ek...rindunyaa...
Wah..bestnya u all dapat jumpa CT lagi..
huhhu..kami yg jauh ni pejam mata ajelah..heheh..
Apapun hope u all enjoy..snap pic banyak2 tau..kim salam kat ct ye..xsabar nak tunggu report korang ni..
*Buat Noract..jomlah join trip ke Redang..bawaklah parents pun..no hal..kan kite nak enjoy kat sana..betul x Ctea Fairuz..huhuuh..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 01 February 2009 00:00 | Terengganu Kiter
Dato’ Siti Nurhaliza Lelong Dua Helai Baju Untuk Tabung Gaza

Karnival jualan amal dan lelong Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 Untuk Gaza akhirnya tamat. Elok kiranya dapat diadakan pada masa akan datang. Acara yang bermula seawal jam 10 pagi hingga 6 petang ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan membabitkan pelbagai aktiviti seperti acara jualan dan lelongan barangan milik peribadi artis, sesi bergambar dan persembahan pentas. Budiey dengar khabarnya, Mawi pun sudi datang untuk menjual aiskrim Fantasianya. Datang dengan Ekin sekali kot.

Untuk peminat Dato’ Siti Nurhaliza, Budiey ada merakamkam gambar penyanyi ini ketika sesi lelongan yang diacarakan oleh geng bintang Raja Lawak Astro ini. Dengan melelong dua helai baju kesayangannya kepada dua orang peminat yang membida sehingga ke angka RM500, Dato’ Siti Nurhaliza begitu gembira dengan sambutan dan diharapkan sumbangannya dapat meringankan penderitaan rakyat di bumi Gaza.









Siti memakai jaket denim biru yang mahu dilelongnya

Tengah sibuk mengendalikan bidaan pun sempat lagi melontarkan jelingan ke arah lensa Budiey.

Bida punya bida, akhirnya jaket ini berjaya dimiliki oleh seorang kakak yang memakai T-shirt Casa Impian nih. Muat ke kak?

Dan ini baju yang kedua rekaan Michael Ong. Ada dekat RM2-3 ribu nih.

Akhirnya dimiliki oleh seorang remaja nih… “Meh, Siti pakaikan…”

Happynya… puas hati dapat ek?

Rupanya, ayah budak ni yang sponsor…

*Fuhhh..bestnya kalau sama2 dapat join td..rinduuunya..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 02 February 2009 20:29 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat CT N Ctzoners..
Pertama kali dengar SUARA SEPI..hati terus tersentuh..
memang best lagu ni..di sedapkan lagi oleh suara emas ct..byk skali lagu baru ct kat corong2 radio sekarang ni..kan..merenggzz..
Wahh..virus merenggzz melanda lagi...huhhuu..tahniah buat ctea yang akhirnya berjaya juga berduet ngan ct..cayalah..zoners ganu tumpang bangga gak ni..memang merenggzz r,kan..
bestlah u all kat KL kan,3ari berturut2 dapat jejak ct...huuhu..bilalah agaknya ct akan memijak bumi Terengganu lagi yea..harap2 jadual ct 2009,akan ada senarai bandaraya warisan pesisir air ni..heheh..
*tq buat Miela yang sempat sampaikan salam kami buat CT tadi..jgn lupa share pic n report tau..
Tq juga buat Azwan Hashim..wahh..dapat gak ek beli kek yang CT jual..mesti masa makan kek tu..tersengih kan..hehe..Buat
Lampu@jaib dll yang join jualan amal ni..bila nak report ni..kiterorg xsabar2 dah ni..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 06 February 2009 00:33 |
Assalamualaikum..
Salam rindu buat CT n Ctzoners..
Wahh..bestnya u all kat KL ek..
esok dapat jumpa DCT lagi..
Kepada zoners yang p tu..snap pic banyak2 ek..kim salam rindu kat DCT tau..


CT yang semakin hari semakin jelita..

Bersama pelakon SpaQ2..

*MASZ :tul ke kak affiezz xcdent..ada sms dia..tp ye xreply..harap2 kak affiezz akan cepat sembuh..


Sayang CT Sokmo 8)





Arieda Salsabella 07 February 2009 21:50 |
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n ctzoners..

Tumpang mesej board jap ye ct..

*tq buat kak ida..coz sudi kongsi pic n pengalaman jumpa ct kat DBP tu..buat kami yg jauh ni tumpang merenggzz skali..

*tq juga buat Ctea n Azwan coz masukkan artikel Sitizone Gathering kat Media Hiburan..
baru gempak fan DCT,kan..segempak DCT..huhu
Wah..makin glamer r RSMY..moga makin murah rezeki nanti..insyaALLAH..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 08 February 2009 20:56 | Terengganu Kiter
DAPATKAN SEGERA MEDIA HIBURAN..

15 kenangan menarik Dato’ Siti di samping Dato’ Khalid

Memilih untuk menjadi suri hati usahawan berjaya, sedikit sebanyak mencabar naluri kewanitaan anak kelahiran Kuala Lipis ini. Baginya itu langkah dan permulaan awal menempuh alam rumahtangga. Jika di alam anak dara, Siti sudah puas menangis mengenangkan nasib menjadi anak seni, fasa hidup seterusnya adalah bergelar isteri. Biarpun pelbagai cerita kurang enak menghiasi perhubungan mereka, Siti sudah bersedia. Bagi Siti, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Dalam meniti perjalanan sebagai isteri dan ‘ratu’ di hati peminatnya, ikatan rumahtangga yang dibina kian utuh asal sahaja berpaksi kepada kepercayaan dalam perhubungan. Setiap persoalan yang mendatang, pasti ditepis dengan lontaran senyuman. Itulah Siti yang tidak pernah berubah dari awal pembabitannya ke dunia seni sehinggalah sekarang.

Lagu ‘Kau Kekasihku’, ‘Indahnya Percintaan’ dan ‘Biarlah Rahsia’ seakan menceritakan detik-detik indah percintaan Siti. Apa yang pasti, romantika percintaan antara Dato’ Siti dan Dato’ K terjawab melalui ‘Cahaya Cinta’ yang dicipta. Dan sehingga kini, ada rahsia disebalik kemanisan melayari bahtera cinta pasangan yang mendapat jolokan ‘Rumi’ dan ‘Julie’ ini..

Nak tau selanjutnya..kenalah beli..sure berbaloi..cantik bangat poster DCT kat dalam tu..merenggzz..

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 08 February 2009 20:43 | Terengganu Kiter

Sempena bulan Februari ini, mendekati Dato’ Siti Nurhaliza. Kami tidak menyentuh cerita hangat orang di luar sana mempertikaikan tentang kisah rumah tangganya tetapi mencuri cerita lebih santai. Pastinya berkisah album baru Lantera Timur. Siti turut bercerita tentang kebahagiaan dan kasih sayang. Lihat juga gaya terbaru Siti.

Comelnya...
Anggun jelita..

Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 10 February 2009 01:34 | Terengganu Kiter
31 Jan 09: Karnival Amal ABPBH2008 Untuk Gaza


Sayang Ct Sokmo 8)
Arieda Salsabella 10 February 2009 01:30 | Terengganu Kiter
31 Jan 09: Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan


Sayang Ct Sokmo 8)



Arieda Salsabella 10 February 2009 01:14 | Terengganu Kiter
Gambar candid DCT..


Sayang Ct Sokmo 8)



Arieda Salsabella 11 February 2009 16:09 | Terengganu Kiter

Merengggzz..

Huuhuh..bestnya dapat gak col Sehati Sejiwa td..tak puas tgk klip video keakraban CT DK kan..romantiknya..bak kata Saida..merpati 2 sejoli yang romantik..huhuuh...
apapun..program ni memang best r..sejam berlalu sekejap sangat rasanya..
Harap2 lepas ni akan ada siaran ulangan..tak puas r tengok tadi..
Comelnya CT td,kan..

Sayang CT Sokmo
8)

Arieda Salsabella 11 February 2009 20:40 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum...
Salam merengggzz buat sitizoners..huuhuh..



Wah..wahh..virus merenggzz melanda lagi ek..almaklumlah dah agak lama ct tak muncul kat tv kan..best jugak sesekali tgk ct live mcm ni..sembang2..selalu tgk ct nyanyi je,kan..seronok tgk CT, DK..santai je,kan..macam2 topik...Ct makin petah berbicara..setiap patah perkataan yang dlontarkan dengan penuh hemah..bak kata DK..ct seorang yang lemah lembut..sopan santun..
memang best r Sehati Sejiwa tu..romantiknya..semoga kekal bahagia..paling best bila sorang pemanggil tu tanya..kenapa ct pilih DK..huuhuh..ct kata..marahlah tu..hahah..masa ni mmg lawak sangat..kan..
*Buat Ctea,Syaida Ilmuna,Jade,Athira Izzaty..kalu u all nak tau tadi..sebelum onair Arieda terpaksa tunggu lebih kurang 15minit tau..nasib baik guna postpaid..kalu tak,sure talian terputus..takpe,sabar2..
apapun,memang merenggzz ar coz kami ber2 zoners Ganu dapat menembusi talian HOt td..siap hai2 lagi ngan CT..merenggzz..heheh..
*Buat Kak Ida N Azwan..cepat2lah wat report ni..
xsabar dah ni..huhuuhuh..
bestnya u all dapat jumpa CT lagi...
*Tajlena..seronok Chat ngan u mlm td..salam kenal yea..
*Buat Lia..tq share pic kat DBP tempohari..comel..
Salam Merenggzz Buat semua..

Sayang Ct Sokmo 8)

Arieda Salsabella 12 February 2009 22:48 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat Ct n Salam MERENGGGZZ buat ctzoners..huuuhu..
Nak tumpang mesej board jap ye CT..
*Buat Kak Ida..wahh...caiiyookkk r kak ida..report yang lengkap n padat..cantik sangat pic2 yang kak ida paste tu..tengkiu banyak2..report kak ida buat kami yang jauh ni turut merasa merenggz skali..huuhuh..YESS..REPORTER TERBAIK SZ ni..setuju2..
Teruja bila tau rupanya CT masuk SZ ni ari2 ek..cam segan pun ada bila tau CT rupanya baca mesej2 kite semua..hehe..
Lagi satu kelakarlah bila kak ida tanya pasal kejar mengejar ct tu..heheh..mesti comel kan time CT jawab GERAMMM tu..
*Buat Azwan..wah..semalam dapat sign Ct kat MEDIA HIBURAN ek..rupa2nya CT lum tgk ag magazine tu..ish2..
Sayang sekali xde sesiapa hadiahkn MH kat Ct semalam..heheh..
*Tq juga buat Lampu@jaib coz paste pic2 n report tu..comelnya..
*Buat Tajlena,Noriza8886,Amirul,Ika,Masz..
Merennggzz gak ni..coz semalam pun tak sangka gak dapat line HOT tu..heheh..Dua zoners Ganu pegang Line serentak..
Apapun ia salah satu kenangan terindah bersama CT..ntah bila dapat CTrace lagi..


Sayang CT Sokmo 8)

Arieda Salsabella 15 February 2009 13:17 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..Salam takziah buat DCT sekeluarga.. atas pemergian ayahanda tersayang..Semoga DCT tabah menghadapi dugaan ini..
alfatihah..amin..

Arieda Salsabella 15 February 2009 13:22 | Terengganu Kiter
Bapa Dato’ Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Berita mengejutkan telah diterima tengahari tadi. Jam 10.45 pagi tadi, bapa kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin telah meninggal dunia disebabkan sakit komplikasi buah pinggang. Budiey dengar berita ini ketika siaran langsung Melodi jam 12.30 tengahari tadi.

Khabarnya, di saat pemergian allahyarham, semua menantu dan famili ada di sisi. Disebabkan oleh komplikasi buah pinggang dan kencing manis. Telah dimasukkan ke hospital 3 hari lalu untuk pembedahan jantung. Sekarang ini, keluarga Siti sedang berbincang anak beranak untuk ambil keputusan untuk urusan pengkebumian. Sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan,allahyarham meninggalkan pesanan kepada isteri dan anak serta famili terdekat dan ia diucapkan satu persatu termasuklah kepada Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang menangis teresak-esak. Allahyarham meninggalkan lapan orang anak.

Salam takziah buat semua keluarga Dato’ Siti Nurhaliza dari kami di Sensasi Selebriti. Alfatihah.


Arieda Salsabella 15 February 2009 18:53 | Terengganu Kiter
Siti terlalu hiba dan sayu


Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.
"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.
"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.
Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.
Takziah dari warga murai.com.my buat keluarga Dato' Siti dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, Amin...

Arieda Salsabella 16 February 2009 02:21 | Terengganu Kiter
Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia

SITI Nurhaliza melihat jenazah bapanya dibalut dengan kain kafan di rumahnya di Bukit Antarabangsa, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Bapa kepada penyanyi terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada pukul 11.50 pagi ini akibat serangan jantung.

Pesara polis berusia 67 tahun itu turut mengalami komplikasi buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut sejak Jumaat lalu selepas rebah di kediamannya di Kuala Lipis kira-kira pukul 5 pagi.

Selepas dikejarkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, beliau kemudian menjalani pembedahan pintasan koronari pada hari yang sama.

Bagaimanapun, sebaik selesai pembedahan, Allahyarham tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pagi ini di sisi isteri, Siti Salmah Bachik, 57, dan tujuh orang anak.

Menurut Siti, pemergian allahyarham cukup dirasai kerana bapanya itu adalah orang yang banyak memberikan semangat untuknya melalui liku-liku hidup sebagai insan seni.

“Selain ibu, bapa saya jugalah yang akan bersusah payah menguruskan Siti sewaktu Siti ingin memasuki pertandingan nyanyian ketika zaman kanak-kanak dahulu.

“Dia banyak beri dorongan. Siti selalu dinasihatkan oleh bapa saya agar sentiasa kuat semangat.

“Siti reda dengan pemergiannya walau berasa sedih,” jelas Siti kepada pemberita di sini.

Katanya, sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat membisikkan kalimah syahadah di telinga allahyarham di samping membacakan surah Yasin bersama ibu dan adik beradik yang lain.

Sementara itu, jenazah allahyarham dibawa ke kediaman Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa di Bukit Antarabangsa untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Antara kenamaan yang menziarahi jenazah adalah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Kuala Lipis untuk urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang selepas solat Maghrib ini.

Sementara itu, jenazah bapa Siti Nurhaliza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyang pada pukul 7.30 petang ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba pada pukul 6.35 petang untuk disembahyangkan di Masjid Adi Talib, lebih kurang 300 meter dari tanah perkuburan tersebut.

Kira-kira 500 penduduk tempatan dan saudara mara termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed turut hadir menyaksikan upacara pengkebumian itu.


Kehilangan besar buat Siti


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my



MEMBACA surah Yassin memohon rahmat Allah buat arwah bapanya.

IBU dan semua adik-beradik ada di sisinya tatkala abah (bapa) menghembuskan nafas terakhir. Kami sempat membacakan surah Yassin dan membisikkan kalimah syahadah.

"Banyaknya kenangan Siti bersamanya. Pada zaman kanak-kanak, selain ibu, abah akan sentiasa menemani ketika Siti memasuki pertandingan nyanyian. Abah selalu kata, Siti kena kuat."

Itu kata penyanyi terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin tatkala membicara perihal bapa tersayang, Allahyarham Tarudin Ismail, 67, yang menghembuskan nafas terakhir, Ahad lalu.

Kini, semua itu dibawa bersama Allahyarham Tarudin, lelaki yang memainkan peranan yang bukan kecil dalam kehidupan Siti.

Pemergian Allahyarham yang juga bekas pesara polis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor akibat serangan jantung kelmarin disifatkan Siti sebagai satu kehilangan yang cukup besar dalam hidupnya.

Meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik, 57, dan tujuh orang anak termasuk Siti, Allahyarham turut menghidap komplikasi buah pinggang dan kencing manis.

Menurut Siti, meskipun bersedih dengan pemergian tersebut, namun beliau harus reda kerana menyedari Allah lebih menyayangi bapanya.

"Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Kini, abah sudah tiada.

"Abah seorang yang suka bergurau. Sebelum menjalani pembedahan pun, dia sempat bergurau dengan Siti dan ahli keluarga yang lain.

"Abah sempat kata, kalau dah okey nanti, dia mahu pergi memancing dan jalan-jalan,'' jelas Siti yang tidak henti mengalirkan air mata sepanjang ditemu bual oleh wartawan.

Menurut biduanita muda itu, pemergian ayahnya sudah tentu memberi impak mendalam buatnya kerana Allahyarham merupakan pendokong utamanya dalam mengharungi kerjaya sebagai anak seni.

Bahkan, Allahyarham Tarudin tidak pernah lupa memberikan kata-kata semangat untuknya melalui liku-liku hidup sebagai insan seni.

"Semangatnya akan sentiasa berada dalam hati Siti,'' katanya dalam nada yang cukup sebak.

Menurut isteri kepada usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa itu lagi, sebelum ini, baik Siti mahupun seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendengar keluhan ayahnya yang mengalami sakit kuat atau tenat.

Bagaimanapun, pada pukul 2 pagi Jumaat lalu, Allahyarham mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk menjalani rawatan.

Sebaik pulang daripada menerima rawatan, Allahyarham tiba-tiba rebah pada pukul 5 pagi ketika sedang berjalan menuju ke bilik air.

Sejurus itu, Allahyarham dibawa ke Hospital Pakar Puteri Ampang dan menjalani pembedahan pada pukul 7 malam yang sama.

Selesai pembedahan, beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bermula dari detik itu sehinggalah tepat pukul 11.50 pagi Ahad lalu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan seterusnya pergi menyambut panggilan Ilahi.

Sebelum dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Kuala Lipis, Pahang, jenazah Allahyarham terlebih dahulu dibawa ke kediaman Siti dan Khalid di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk dimandi, dikafan dan seterusnya disembahyangkan.

Kehilangan kedua Khalid

Sementara itu, Khalid yang ditemui di kediamannya pula berkata, pemergian bapa mertuanya amat dirasai kerana beliau sendiri baru sahaja kehilangan bapa kandungnya pada November lalu.

"Dalam tempoh tiga bulan ini, saya sudah kehilangan dua orang bapa, bapa kandung dan bapa mertua.

"Sememangnya saya sedih tetapi reda dengan apa yang berlaku,'' jelasnya tenang.

Menurut Khalid, dua minggu lalu, dia dan Siti pulang ke Kuala Lipis untuk menziarahi mertuanya itu.

"Entah mengapa, dia (arwah) suka sangat melihat kami pulang. Dia sempat membelikan tiga ekor ikan yang dikatanya ikan paling baik dari Sungai Lipis untuk juadah makan malam yang cukup istimewa.

"Arwah ada cerita kepada saya tentang gembiranya hati dia dapat meluangkan masa bersama anak-anak terutama Ayie (Saiful Bahari), teman memancingnya,'' katanya.

Menurut Khalid lagi, dua hari sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, arwah dan Ayie sempat memancing bersama di Klang, Selangor.

"Malah, arwah sempat menghadiahkan Ayie alat pancing sewaktu hari jadinya baru-baru ini. Kata arwah, ketika memancing di Klang, umpannya cukup mengena dan banyak dapat ikan,'' kata Khalid.

Ditanya mengenai keperibadian arwah, Khalid menjelaskan bahawa bapa mertuanya itu seorang yang kelakar tetapi tegas dan amat sensitif.

"Sebetulnya, seluruh ahli keluarga amat sukar untuk percaya yang beliau sudah tiada. Dia pergi begitu cepat. Siti apatah lagi, dia cukup terkilan.

"Terkilan sebab pertamanya tentang soal cucu dan rancangan Siti bersama Ayie untuk membawa arwah mengerjakan haji pada tahun ini juga tidak tercapai'' jelasnya.

Semasa hayatnya juga, arwah bapa mertua beliau juga ada memintanya membantu membuka sebuah syarikat yang dinamakan Saldin.

"Mengikut perancangan, syarikat itu akan diuruskan oleh arwah sendiri bersama ibu mertua saya. Ia sebuah syarikat berteraskan pertanian. Urusan pendaftaran sudah saya selesaikan.

"Insya-Allah, saya akan terus menjalankan cita-cita arwah yang mahu mengusahakan perniagaan pertanian menerusi syarikat ini walaupuan arwah sudah tiada,'' katanya.
Hanya tinggal kenangan
Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

KEGEMBIRAAN menjamah makanan kegemaran bapanya iaitu hidangan kari kepala ikan bersama-sama suami tersayang, minggu lalu kini hanya tinggal kenangan buat Siti Nurhaliza.

Malah, tiada lagi gurau senda yang selalunya membuatkan seisi keluarga ketawa kelucuan apabila Tarudin Ismail, 67, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa, baru minggu lalu dia dan Siti pulang ke kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang, untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapa mentuanya.

Tidak disangka pertemuan itu merupakan saat terakhir mereka bersama arwah, apatah lagi kepulangan mereka berdua disambut cukup luar biasa oleh arwah.



PENGHORMATAN terakhir daripada Siti Salmah, Siti dan Saerah.

"Masa kami balik, arwah beli tiga ekor ikan dan masak tiga jenis lauk termasuk kari kepala ikan. Kegembiraannya pada saya lebih daripada kebiasaannya.

"Arwah tidak makan, sebaliknya gembira bila tengok kami makan. Sempat juga kami habiskan masa dengan arwah dan arwah ada juga menyebut tentang cucu daripada Siti dan kata boleh cari ikhtiar pelbagai cara," ujarnya.

Tambahnya lagi, seluruh keluarga tidak dapat menerima pemergiannya kerana begitu cepat kerana ketika dibedah kami semua yakin yang dia akan pulih.

Ini termasuklah isterinya, kerana terdapat dua tiga perkara yang belum sempat diberikan kepada arwah.

"Siti terkilan kerana arwah mengingin cucu daripadanya dan hajatnya itu tidak sampai.



SUASANA pilu menyelubungi Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang Puteri. Datuk Khalid dan Siti berkongsi emosi bersama ahli keluarga.

"Selain itu Siti dan abangnya Ayie ada merancang untuk membawa arwah pergi menunaikan Haji tahun ini, tetapi apa nak buat Tuhan lebih menyayanginya," tuturnya.

Dalam pada itu, kesedihan jelas terpancar di wajah Siti, kerana saat ditemu bual Siti gagal mengawal emosi dan air matanya jatuh berlinangan apabila mengenangkan sejak kebelakangan ini arwah bapanya gemar pergi memancing bersama abangnya, Ayie.

"Kami adik-beradik sempat pujuk dia supaya jalani pembedahan kerana pada mulanya dia tidak mahu dibedah, kami katakan padanya lepas abah sihat abah boleh pergi memancing dan buat apa yang abah nak buat sebelum ini, tetapi dia pergi dulu.

"Memang waktu itu kami jangka dia akan pulih seperti biasa kerana pesakit di sebelahnya sihat selepas jalani pembedahan pintasan jantung walaupun doktor beritahu risikonya tinggi dan hanya ada peluang sebanyak lima peratus sahaja.

"Tetapi nak buat macam mana, saya reda dan selepas ini kami adik-beradik akan menjaga emak. Kami tidak akan paksa emak untuk ikut kami tinggal di sini tetapi kami tidak akan biarkan emak bersendirian, kami akan ikut saja kehendaknya," tutur Siti.

Selain Siti, kakaknya Siti Nursaida dan adiknya Siti Saerah juga gagal mengawal emosi dan mengelak untuk ditemu bual.

Saida pula hanya sempat mengatakan, arwah bapanya memintanya jangan bersedih kerana dia masih hidup (sebelum pembedahan), manakala Saerah pula gagal mengeluarkan kata-kata, hanya deraian air mata mampu menggambarkan isi hatinya.



SAIDA (kiri) dan Siti gagal mengawal emosi dengan pemergian mengejut arwah bapa mereka


Kakak ipar Siti, Rozie Abdul Razak sempat menceritakan detik-detik terakhir arwah bersama suaminya Ayie.

Beritahu Rozie, sejak dua bulan kebelakangan ini arwah lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti memancing bersama suaminya di Klang.

Malah, dua hari sebelum arwah rebah di kediamannya di Kuala Lipis, Pahang, arwah sempat lagi pergi memancing dan mengatakan hanya itu kenangan yang mampu diberikan kepada Ayie apabila dia sudah tiada kelak.

Tidak disangka, kata-kata yang disangka gurauan dan tidak diambil serius olehnya dan suami benar-benar menjadi kenyataan dalam masa yang singkat.

"Kami tidak pernahlah ambil serius bila arwah katakan begitu, tetapi memang jelas arwah suka memancing bersama Ayie, kerana sebelum ini arwah memang tidak betah untuk datang ke Kuala Lumpur jika tiada urusan penting.

"Arwah sebelum ini sihat dan kami semua tidak tahu dia ada pelbagai penyakit, selepas pembedahan baru dapat tahu dia ada penyakit darah tinggi, paru-paru dan buah pinggang.

"Arwah memang agak takut dengan hospital, sudah beberapa kali kami memintanya jalani pemeriksaan kesihatan tetapi tidak diendahkan sehinggalah dia mengadu tidak sedap badan pagi Jumaat lalu," katanya.

Arwah meninggal kerana pembedahan pintasan jantungnya mengalami komplikasi dan menyebabkan arwah mengalami masalah buah pinggang, paru-paru selain mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Arieda Salsabella 19 February 2009 22:56 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam rindu buat ct n ctzoners semua..
Nampaknya ramai yang tertunggu2 report dr sitizoners yang p Lipis,kan..
insyaALLAH..sat ag ctea akan paste pic n report utk korang..
tunggu tau..
Akhirkata..semoga DCT sekeluarga tabah mengharungi dugaan ni..
Sayang Ct Sokmo

Arieda Salsabella 20 February 2009 22:38 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum..
Salam kerinduan buat DCT n sitizoners..

Sebelum memulakan report..
ingin sekali arieda ucapkan ucapan setinggi2 terima kasih di atas layanan DCT,kak zie sekeluarga sepanjang kami berada di Lipis..terasa seperti sudah lama mengenali mereka..sedara mara DCT melayan kami sebaiknya..berbicara ngan mak DCT,Mak Mah membuatkan kami langsung tak terasa asing apabila berada di rumah DCT..
Mak Mah ramah melayan setiap tetamu yang datang..
Maaf kerana agak lewat menyediakan report utk u all..
agak kepenatan sekembalinya dari Lipis tempohari..
namun rasanya report dari Ctea,Cteey Yan-T,Ras dll sedikit sebanyak dapat menghuraikan kekusutan @ kebimbangan u all terhadap DCT..jadi sebaiknya arieda ringkaskan saja..boleh,kan..

17hb Februari 2009..
10am..Bersama Cteey Yan-T..bermulalah perjalanan kami dr Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lipis..
Satu emergency plan..sebelum ni mmg pernah beberapa kali kami plan nak p beraya ke rumah DCT..tp sering tertangguh di sebabkan kami sendiri tidak yakin di manakah agaknya lokasi umah DCT..
almaklumlah..kami mmg tidak pernah ke Temerloh,Jerantut ,Kuala Lipis..mmg xnampak langsung lokasinya..
Tapi tempohari kami tawakkal je..alhamdulillah..dengan niat yang baik..kami tidak menghadapi sebarang masalah..
Dengan bantuan seorang kawan...kami akhirnya sampai ke Kuala Lipis jam 6pm..
Kebetulan waktu ketibaan kami di Lipis sama dengan 2 org lagi sitizoners dari KL..Miela n Ctea..so kami segera pergi menjemput mereka kat Terminal Anggerik..Seterusnya kami check in dulu kat Lipis Plaza Hotel..
Setelah bersiap,kami segera menuju ke rumah DCT..rupanya pekan Lipis ngan umah DCT dekat je..tak sampai 5minit..
lebih kurang jam 8.05pm..kami tiba di rumah DCT..
Mak Mah menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang mesra..terpancar ketabahan di wajahnya..
Sementara DCT,kak zie,DK,keluarga DCT n sitizoners yang tiba awal..iaitu sebelah ptg td..(Lia,Ras,Kak Jamm,Zaff,Fifa,Aizee ,Tasya) sedang khusyuk mendengar ceramah agama yang di perdengarkan oleh seorang ustaz yang di jemput khas..
Sebelum sembahyang Isyak berjemaah bermula..kami yang baru tiba mengambil peluang bersalaman ngan DCT,kak zie dll..
Di saat memeluk DCT..terasa kesayuan di hati,namun ketabahan DCT membuatkan kami
ikut tabah,walaupun air mata turut bergenang namun ditahan jua..dari jatuh berderai membasahi pipi..bimbang DCT akan kembali sedih nanti..
Akhirnya dapat jua ku sama2 berada d sisi DCT di saat2 dirinya di timpa kesedihan..
Sekurang2nya kedatangan kami,wakil sitizoners dapat juga memberi sedikit sokongan terhadap DCT sekeluarga.
Selesai sembahyang isyak..majlis tahlil pun bermula..seperti report ctea..kami sitizoners di jemput ke tingkat atas utk sama2 membaca yassin..
Diringkaskan cerita..selesai tahlil..DCT menghampiri kami dan sempat berbual mesra..
DCt mengucapkan terima kasih kerana sudi datang.Masa ni lah..Kak Nurul sekeluarga tiba..kami sitizoners sempat beramah mesra antara satu sama lain.

Seterusnya kami di jemput makan..DCT turut sama menjamu selera bersama2 kami..sitizoners..
melihat DCT..kami yakin DCT dah semakin redha di atas pemergian arwah abahnya.. DCT di lihat semakin tenang..
Alhamdulillah..kami lega melihat keadaan DCT sekeluarga yang semakin tabah menghadapi kehilangan ini..

Antara sitizoners yang hadir..

Selesai menjamu selera..(sedap kerabu tauge tuuu..)..ramai tetamu mengambil peluang utk mengabadikan sedikit kenangan bersama DCT sekeluarga..termasuklah kami sitizoners..
Tima kasih DCT kerana sering menunaikan permintaan peminatmu..walaupun kami tau dirimu masih lagi dalam kesedihan..kami turut merasainya.
Sebelum jam 12am..kami meminta diri utk pulang ke hotel..

Wajah DCT yang semakin tabah..

Keesokkan harinya..18hb Februari 2009..pada sebelah pagi..kami mengambil peluang berjalan2 di sekitar Pekan Kuala Lipis..almaklumlah..kami berempat baru pertama kali sampai ke Kuala Lipis..
Tempat2 yang ada kaitan ngan DCt..kami jejaki..SMK Clifford,Balai Polis Lipis, Dataran Lipis..antara yang sempat kami lawati..
Seterusnya sebelum kami meninggalkan Lipis..kami sekali lagi ke rumah DCT..Kak zie menyambut kami dengan mesra..bermacam2 cerita ttg Arwah pak Din d perdengarkan pada kami..terharu kami di buatnya..teringat sewaktu bertemu arwah Pak Din setahun yang lalu..seperti kata CTeey Yan-T..arwah Pak Din memang seorang yang ramah..suka bercerita..suka bagi nasihat..
kelakar..membuatkan sesiapa yang berada di sisinya hapy..
Mak Mah juga mengingatkan kami pada satu kenangan setahun yang lalu..tak sangka sungguh Mak Mah masih mengingati kenangan itu..
Setelah hampir jam 1pm..kami meminta diri utk pulang ke destinasi masing2..
terima kasih atas layanan DCT sekeluarga..Semoga DCT akan lebih tabah menghadapi ujian ini..insyaALLAH..
Sebelum meneruskan perjalanan..kami ber2 p antar Ctea n Miela kat Terminal Anggerik dulu..masa nilah..di saat nak bersalam ngan CTea..ku keluar dari kereta..tak perasan tersilap pakai selipar rupanya..ctea apalagi..terus gelak2 n sempat pulak dia snap kan pic tu..huuuhu..
apapun ia salah satu kenangan sepanjang kami ber4 berada di Lipis..
Setelah segalanya selesai..kami meneruskan perjalanan pulang menuju ke Kuala ganu..kali ni kami memilih utk melalui Jalan Gua Musang atas nasihat kak Zi..
coz jalan ni lebih dekat..
Alhamdulillah..lebih kurang jam 6pm..kami selamat tiba di Kuala ganu..maka berakhirlah report utk kali ini..
Harap u all berpuashati..reportku kali ini amat berbeza..tiada merenggzz..tiada perasaan xcited tika bertemu DCT..
Yang ada..hanya perasaan sedih..terharu..atas apa yang menimpa DCT sekeluarga..
Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..insyaALLAH..sama2lah kite doakan..
Wassalam..


Majlis Tahlil..
SitiZoners dijemput ke rumah Siti di Kuala Lipis esok (21hb Feb, Sabtu) untuk majlis tahlil selepas waktu Asar. Harap maklum.
Mari kita SitiZoners yang mana sempat dan mempunyai luangan masa untuk ke Kuala Lipis menghadiri majlis ini.

Arieda Salsabella 28 February 2009 17:30 | Terengganu Kiter
Siti Berkabung 40 Hari



Sejak pemergian ayahanda tersayang pada 15 Februari lalu, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat keputusan untuk berkabung selama 40 hari sebagai menghormati pemergiannya. Kecuali persembahannya malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam untuk Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1430 Hijrah, komitmen persembahan lain akan ditundakan.

Laporan Harian Metro hari ini juga menyentuh tentang berat badannya yang telah menurun dengan mendadak. Siti akui kehilangan selera makan selepas pemergian ayahnya.

“Pemergian abah bukan dalam keadaan yang saya sudah bersedia ... ia berlaku tiba-tiba. Saya perlukan masa untuk memulihkan perasaan sedih ini,” katanya.

“Abah tidak pernah muncul dalam mimpi sejak dia pergi, tapi setiap kali teringat, saya cepat-cepat sedekahkan al-Fatihah. Walaupun abah sudah tiada, doa dan ingatan saya terhadapnya menjadi pengganti serta hadiah semoga dia tenang di sana. Abah tidak pernah saya lupakan dan memori bersamanya juga tidak akan padam.”








Arieda Salsabella
21 March 2009 17:04 | Terengganu Kiter


Arieda Salsabella 21 March 2009 22:49 | Terengganu Kiter

Arieda Salsabella 21 March 2009 21:07 | Terengganu Kiter
Assalamualaikum...
Salam rindu buat DCT n zoners..

Agak lama tidak mencoretkan sesuatu dsini..
Kebelakangan ni agak bz..
Lgpun xde citer yang nak d kongsi..
Namun laman ni sentiasa di singgahi..
Mendapatkan berita2 terhangat dan terkini..
Pelbagai cerita yang d perolehi..
Tahniah buat zoners yang sering berjaya jejaki DCT..
Membuatkan rasa bangga terpalit d hati..
Zoners xpenah ada rasa patah hati...
Semakin d cabar semakin galak mencari..
DCT pula xjenuh melayan peminat sejati..
Membuatkan kasih sayang kami pada DCT tak berbelah bagi..

Cewahhh..idea spontan tu..hahaa..apapun dalam duk mengejar DCT..jangan lupa vote DCT untuk ABP..pastikan DCT mengekalkan trofi utk penyanyi wanita paling popular..
sekaligus merampas kembali BINTANG PALING POPULAR..
Ni tengah duk vote ABP ni..pantang ada masa terluang...sebahagiannya telah siap d isi..jom kita jalankan misi...
Sayang Ct Sokmo

Arieda Salsabella 25 March 2009 04:00 | Terengganu Kiter
Arieda Salsabella 25 March 2009 03:51 | Terengganu Kiter
Siti kembali promosi album
Ditulis oleh Rosli Manah Isnin, 23 Mac 2009 13:01 PDF Cetak E-mail

alt

Datuk Siti Nurhaliza kini kembali mempromosikam album baru, Lentera Timur yang tergendala selepas berkabung kerana kematian bapanya.

Dia akui kali ini kena kerja keras untuk memastikan jualan albumnya mencecah 100,000 unit.

"Siti sasarkan jualan album mencecah 100,000 unit. Memang Siti akui sekarang keadaan pasaran agak suram, sebab itu Siti kena kerja keras.

"Sekarang album Siti sudah terjual hampir 20,000 unit. Untuk itu Siti akan kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti.

"Siti akan terlibat dalam promosi dan show untuk bertemu peminat," kata Siti pasal album yang berkonsep tradisional kontemporari itu.

Badan kembali susut

Siri juga kelihatan kembali susut badannya. Dia akui mengamalkan diet mengurangkan pengambilan karbohidrat dan juga melakukan aktiviti gimnasium di rumah.

"Badan Siti ni cepat turun dan cepat pula naiknya," akui Siti.

alt

Siti juga tidak menolak, kesedihan mengenangkan pemergian arwah bapanya salah satu faktor yang menyumbang kepada berat badannya jatuh.

"Siti juga kembali sibuk dengan aktiviti seni, jadi mudahlah badan nak turun. Sekarang ini kira okeylah kalau badan kurus senang nak bekerja dan juga senang nak melaram," kata Siti lagi.

Arieda Salsabella 25 March 2009 03:43 | Terengganu Kiter
Mahu Siti rakam album kerohanian


AKSI Siti Nurhaliza sewaktu membuat persembahan dalam Sirah Junjungan, baru-baru ini.

LAMA juga tidak mendengar cerita terbaru tentang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selepas pemergian bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail pada 15 Februari yang lalu, Siti mahu menumpukan perhatian kepada keluarganya sebelum dia kembali memulakan tugasnya sebagai seorang penghibur.

Cuma, dia hanya terlibat dalam persembahan yang berkonsepkan Islamik dan kerohanian kerana Siti pernah berkata, pembabitannya itu juga merupakan salah satu cara untuk berkabung dan mengingati arwah bapanya.

Apabila nama Siti dipilih sebagai salah seorang penyanyi undangan untuk teater muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta baru-baru ini, Papa memang teruja untuk menontonnya.

Selain daripada jalan cerita teater itu, Papa mahu mendengar juga alunan indah vokal Siti dalam mengalunkan lagu-lagu berunsurkan kerohanian ini.

Apabila mendengar nyanyian Siti, Papa hanya mampu terdiam dan terpaku kerana begitu terpesona dengan keindahan suara emas Siti melagukan lagu-lagu yang memuji kebesaran Ilahi.

Aduh, memang menusuk kalbu dan tanpa Papa sedari, impak yang terhasil daripada nyanyian Siti telah membuatkan Papa mengalirkan air mata selain ditambah dengan jalan cerita teater itu sendiri.

Papa rasa sudah tiba masanya untuk Siti merakamkan sebuah album yang mengandungi lagu-lagu kerohanian ini dan Papa percaya peminat setia Siti juga akan bersetuju dengan cadangan Papa ini.

Arieda Salsabella 26 March 2009 13:10 |
Dato’ Siti Nurhaliza Kembali Bekerja 1 April Ini


MASUK tarikh 1 April ini, genaplah 14 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, dalam industri seni hiburan tanah air. Tarikh itu juga bersempena dengan pelancaran album pertamanya, Siti Nurhaliza pada 1 April 1996 yang memuatkan lagu popular Jerat Percintaan.

Menurut penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, mulai 1 April juga dia akan kembali sibuk dengan aktiviti seni dan promosi album yang tertangguh demi menghormati pemergian bapa tersayang, Tarudin Ismail ke Rahmatullah pada 15 Februari lalu akibat serangan jantung.

Difahamkan, antara program yang melibatkan Siti adalah undangan persembahan sempena Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Kelantan, Anugerah Kajai, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 dan program televisyen Jangan Tidur Lagi di TV3.

“Dalam bulan April ini saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti seni. Tambahan pula, bulan depan juga merupakan ulang tahun saya dalam industri ini. Saya merancang untuk menyambut ulang tahun tersebut dengan peminat. Dalam masa yang sama, saya sedang dalam perancangan membuat konsert amal secara solo di Istana Budaya yang dijangka akan dilakukan pada bulan Jun nanti,” ulas Siti mengenai konsert yang dianjurkan oleh badan amal Yayasan Nur Jiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Tambah Siti, sebolehnya dia ingin menginspirasikan corak Konsert Celine Dion di Las Vegas ke dalam konsert solonya itu.

“Tetapi saya tahu kosnya agak tinggi dan ‘mengukur ikut baju sendiri’. Saya akan membuat persembahan mengikut standard saya dan pastikan orang akan ingat persembahan itu sampai bila-bila,” ulas Siti.

Disebabkan sibuk memenuhi tuntutan kerja, Siti berkata dia terpaksa melupakan soal anak buat sementara waktu.

“Sekarang, saya nak fokus kepada konsert dan melupakan dulu tentang anak. Lagipun, rezeki anak belum ada lagi. Saya nak buat tak tahu sahaja,” ujar Siti yang semakin kurus seperti zaman mudanya dulu.

Diaju tentang perubahan tersebut, Siti berkata dia kurus selepas kembali melakukan latihan di gimnasium.

“Kalau dulu berat saya mencecah 61 kg, sekarang berat saya sudah turun 56 kg. Tetapi, saya masih tak puas hati dan mahu berat 55 kg biar nampak ‘maintain’,” katanya ketika sidang media majlis makan tengah hari Minggu Setiausaha 2009 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur, semalam.

Arieda Salsabella 26 March 2009 13:06 |
Siti cari penaja konsert solo
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Rap

MENJANGKAU 15 tahun pembabitan dalam bidang seni suara pada 1 April ini selepas kelahiran album sulungnya, Jerat Percintaan pada 1996, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30, kini merancang pelbagai atur cara bersama peminat termasuk akan mengadakan konsert amal anjuran Yayasan Nurjiwa.

Konsert dijangka diadakan di Istana Budaya pada Jun ini, selama tiga hari. Bagi melaksanakan hasratnya itu, Siti sedang mencari penaja untuk bersama menganjurkan konsert itu yang bakal membuka lembaran sejarah kepadanya kerana julung kali dia mengadakan konsert solo di IB.

Sebelum ini, Siti beberapa kali muncul di IB, namun penampilannya itu demi menjayakan persembahan teater dan menyerikan konsert artis ternama lain. Terkini, Siti baru saja muncul dalam teater Muzikal Sirah Junjungan - Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima.

"Saya belum pernah buat konsert menyanyikan lagu sendiri di IB. Konsep konsert sudah ada, tetapi pengisiannya belum tahu lagi. Pun begitu saya teringin membuat persembahan seperti konsert Celion Dion yang saya saksikan di Las Vegas, Amerika Syarikat dan konsert saya di Albert Hall London.

"Bukan hendak meniru keseluruhan konsep persembahan Celine Dion. Ikut 'standard' sayalah, tetapi persembahannya dijadikan inspirasi untuk konsert ini yang penonton boleh ingat sampai bila-bila.

"Untuk persembahan selama satu setengah jam itu saya memilih 25 hingga 30 lagu hits dan terbaik daripada semua album. Mungkin ada terpaksa disampaikan secara medley kerana batasan waktu dan mungkin juga ada segmen nostalgia. Sebahagian kutipan tiket konsert akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa," katanya. Sebagai meraikan 15 tahun kejayaannya dalam dunia seni, Siti akan keluarkan biografi bergambar yang mengandungi gambar eksklusifnya dulu dan kini. Biografi itu akan dihasilkan dalam bentuk istimewa untuk disimpan peminat. Untuk itu Siti sedang mengumpul bahan.

Siti yang kembali berseri dan bersemangat bekerja selepas bapanya, Tarudin Ismail menyahut panggilan Ilahi hampir dua bulan lalu, aktif semula memenuhi pelbagai undangan nyanyian dan menyambung promosi album Lentera Timur.

Klip video lagu Cinta Ini yang disisipkan dalam album itu sudah ditayangkan di televisyen dan minggu ini Siti akan merakamkan klip video lagu kedua, Di Taman Teman.

"Ada cadangan menerbitkan album pop, tetapi biarlah saya selesaikan satu persatu dulu. Terlintas juga di hati menerbitkan album edisi khas seperti album kerohanian untuk Ramadan.

" Ramai artis Indonesia melakukannya. Kalau saya tidak buat pun mungkin artis di bawah SNP (Siti Nurhaliza Productions) akan membuatnya.





"Tersentuh hati ketika menyanyi dalam Sirah Junjungan. Puas dapat sama menjayakan teater itu kerana ia memfokuskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Kehidupan Baginda sebagai anak yatim dan paling terasa apabila tiba bahagian Rasulullah wafat yang diceritakan narator teater itu, Mazlan Tahir.

"Begitu kerdilnya kita dibandingkan dengan kekasih Allah itu. Sewaktu saya berdiri di pentas IB, bermacam bermain di fikiran dan seolah-olah ternampak arwah abah. Deras air mata saya menitik," katanya.

Hari ini (Khamis) genap 40 hari pemergian bapanya. Siti dan suami, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa pulang ke Kuala Lipis mengadakan kenduri tahlil.

"Emak (Siti Salmah Bachik) tinggal di sana ditemani adik, Mohd Ali dan sepupu saya. Walaupun puas mengajaknya tinggal bersama kami di sini (Kuala Lumpur) tetapi emak lebih selesa di rumahnya sendiri. Kalau datang KL pun seminggu saja. Selepas ini jika saya ke luar negara, saya akan bawa emak bersama," katanya yang mula bersenam di gimnasium untuk mengekalkan berat badan.

Selain itu Siti akan membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands dan Anugerah Kajai, awal April ini. Pun begitu Siti mengambil keputusan 'berehat' daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke24.

Di samping itu selepas dua tahun tidak menjayakan Minggu Setiausaha, tahun ini Siti tampil membuat persembahan menghiburkan bos dan setiausaha di Pusat Konvensyen & Pameran, Matrade, MECC, Jalan Duta anjuran Hotel Quality City Centre Kuala Lumpur (HQCCKL), 22 April ini.

Sehari sebelum itu, Kris Dayanti muncul membuat persembahan sama. Mereka tidak dapat disatukan pada hari persembahan kerana kesibukan jadual dua diva itu.

"Termasuk tahun ini sudah enam kali saya bekerjasama dengan HQCCKL kerana mereka bertolak ansur dan faham cara kerja saya. Setiap tahun mereka menjemput saya.

"Dua tahun tidak menyanyi di pentas Minggu Setiausaha, rindu pula. Persembahan ini berlainan dengan persembahan makan malam kerana ia dibuat waktu siang.

"Saya akan pastikan mereka yang datang terhibur dan rasa berbaloi berserta sajian antarabangsa yang enak. Buat masa ini saya tak boleh menceritakan keseluruhan corak persembahan pada hari itu. Datang tengok sendiri. Seperti pada tahun sebelumnya, ada peminat yang bukan setiausaha pun mengambil peluang datang ke majlis ini.

"Hari itu saya menyanyi 'live' bersama lima hingga enam pemuzik dibawah pimpinan Jenny Chin. Saya biasa bekerja dengan Aubrey Suwito tetapi tahun ini dia sibuk dengan OIAM (One In A Million) dan projek lain. Jangka masa persembahannya dari 45 minit hingga sejam dan akan menyanyikan dalam 9 hingga 10 lagu. Ada segmem nostalgia," katanya.

Harga meja untuk seorang, RM580++ (VVIP), RM480++ (VIP), RM380++ dan RM280++.


Arieda Salsabella 26 March 2009 04:03 | Terengganu Kiter
Siti nak buat konsert solo

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

"Mungkin dah sampai masanya untuk Siti buat-buat tak tahu pula, biarlah ia datang secara sendiri. Itu juga yang disarankan doktor" – SITI


BUKAN April Fool, sebaliknya tarikh 1 April 2009 nanti menjadi tarikh paling bermakna dalam catatan peribadi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Menjelang detik itu nanti, genaplah 14 tahun Siti terlibat dalam dunia seni.

"Tarikh itu merupakan tarikh album pertama Siti, album yang mengandungi lagu Jerat Percintaan dilancarkan.

"Bagi Siti, tarikh itu tarikh penting, tanda permulaan langkah Siti sebagai penyanyi," luah Siti dalam senyum menguntum.

Cuba mengagak apa yang tersimpan di benak Siti, penyanyi yang sedang sibuk mempromosikan album terbarunya, Lentera Timur, itu diselidik dalam-dalam. Emosi Siti juga seperti mengizinkan semua perancangannya dapat dikongsi bersama.

Masuk tahun ke-14 bergelar anak seni, banyak sudah ranjau dan 'emas' yang diraih Siti Nurhaliza dan sampai ke tahap ini, Siti masih mempertahankan segala apa yang dimiliki sedaya termampu.

"Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya menyebabkan banyak benda tertangguh. Sekarang fokus saya ialah kembali kepada karier.

"Bulan April ini Siti kembali sibuk. Pada 1 April, Siti akan ke Kelantan menjayakan konsert keputeraan baginda Sultan Kelantan, kemudian terlibat dengan Anugerah Bintang Popular dan seterusnya Anugerah Industri Muzik," beritahu Siti bersemangat.

Dalam perancangannya juga, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu sedang berkira-kira melestari satu impian besarnya, impian muncul dengan konsert solo di pentas gah bernama Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Kata Siti juga, konsert tersebut sememangnya menjadi hasratnya bagi meraikan tahun ke-14 bergelar anak seni.

"Asyik bercerita tentang konsert, tapi kali ini Siti mahukan sebuah konsert solo di IB. Sebelum ini bukan Siti tidak pernah buat konsert di IB. Siti pernah terlibat dengan konsert Sudirman dan konsert P. Ramlee tapi belum pernah ada konsert yang betul-betul diisi dengan lagu-lagu daripada album Siti.

"Jika perancangan itu menjadi, Siti mahu ia menjadikannya sebuah konsert yang benar-benar meninggalkan kesan. Kalau boleh Siti mahu menggunakan segala kecanggihan dan teknologi yang ada di IB bagi memberikan sokongan fizikal terhadap persembahan di sana kelak," jelas Siti yang menjadikan konsert penyanyi pujaannya Celine Dion di Las Vegas sebagai inspirasi konsert solonya di IB kelak.

Alangkah indahnya, kata Siti, jika konsert solonya nanti dapat direalisasikan di pentas persis sebuah muzikal broadway serta lengkap dengan imej di skrin besar.

"Konsert Celine itu sekadar inspirasi tetapi untuk menjayakan nanti, Siti akan ukur baju di badan sendiri. Apa yang termampu oleh Siti sahaja," kata Siti yang akan memulakan penggambaran video klip terbarunya, Di Taman Teman tidak lama lagi.

SITI dan pengurusan kanan Hotel Quality City Center Kuala Lumpur sempat merayakan hari gembira mereka.


SITI tidak mahu lagi menekan jiwa sendiri dengan keinginan untuk mengandung dalam waktu terdekat.

Daripada butir tuturnya, Siti seperti sudah mengalihkan perhatiannya yang selama ini terlalu memikirkan soal anak.

Persoalan bilakah perkongsian hidupnya bersama Datuk K itu bakal diserikan dengan kehadiran zuriat kandungannya sendiri seperti sudah tidak mahu diendahkan Siti buat sementara waktu.

"Cukuplah. Sekarang Siti tidak mahu tertekan dengan perkara-perkara begitu. Selama ini Siti terlalu fokus dan tumpukan banyak perhatian namun tiada apa-apa yang berlalu.

"Mungkin dah sampai masanya untuk Siti buat-buat tak tahu pula, biarlah ia datang secara sendiri. Itu juga yang disarankan doktor," kata Siti yang kini berazam mahu menurunkan lagi berat badannya.

Pernah satu ketika berat badannya mencecah 61 kilogram, Siti kini agak berpuas hati dengan berat badannya, 56 kilogram.

"Siti nak kurus lagi, kalau boleh nak dapatkan berat 55 kilogram, Siti juga dah mula pergi ke gim," katanya ketika ditemui selepas sidang media pelancaran persembahan eksklusifnya untuk Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Center Kuala Lumpur di ibu negara kelmarin.

Kembali meriahkan Minggu Setiausaha

Tahun 2009 menyaksikan kehadiran semula Siti Nurhaliza untuk memeriahkan Minggu Setiausaha setelah dua tahun menyepikan diri dari musim persembahan khas untuk para setiausaha dan majikan yang disambut di seluruh dunia itu.

Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta, Siti bakal menghiburkan peminat dan pengunjung persembahannya pada 22 April nanti.

Apakah yang membuatkan Siti terpanggil untuk menerima tawaran menjayakan musim persembahan Minggu Setiausaha tahun ini, itu antara yang menjadi persoalan.

"Selama dua tahun lepas, Siti sibuk dengan banyak agenda dan ada urusan lain yang harus diutamakan. Sebenarnya selama tidak menjayakan Minggu Setiausaha, bukannya Siti tidak rindukan suasana berkenaan.

"Konsep persembahan Minggu Setiausaha ini memang menarik dan ia satu konsert khas untuk setiausaha dan para majikan, jadi ia sebuah konsert yang menarik untuk dijayakan," kata Siti yang masuk kali keenam menjayakan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality City Center.

Bukan Siti seorang, sebaliknya persembahan Minggu Setiausaha anjuran hotel berkenaan turut mengundang penyanyi hebat dari Indonesia, Kris Dayanti untuk menghiburkan para setiausaha dan bos serta peminat.

Meletakkan dua nama besar, Siti dan Kris, Hotel Quality City Center sengaja tidak menyatukan penyanyi itu di atas pentas yang sama.

Alasan pihak hotel, tidak mahu peminat kedua-dua penyanyi berkenaan berasa terkilan kerana tidak puas berhibur bersama idola mereka.

Bahkan, menurut Siti, jika dirinya dan Kris mahu digandingkan di atas satu pentas, tempat yang dipilih dan skala persembahan haruslah lebih besar supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

"Memandangkan ini persembahan untuk Minggu Setiausaha dan sekadar sebuah persembahan mini, Siti rasa lebih baik jika hanya seorang penyanyi yang menghiburkan pengunjung untuk sesebuah persembahan dalam satu masa.

"Untuk persembahan Siti nanti, masa yang diperuntukkan sekitar 45 minit tapi biasanya akan meleret sehingga satu jam atau satu jam setengah," kata Siti yang berjanji mahu menyampaikan tidak kurang daripada 10 buah lagu buat semua pengunjung ke persembahan eksklusif Minggu Setiausaha nanti.

Tahun ini juga menjadi tahun ke-10 buat hotel berkenaan menyambut dan menjayakan persembahan Minggu Setiausaha.

Tiket-tiket untuk Minggu Setiausaha eksklusif bersama Siti dan Kris berharga RM280 hingga RM580 kini sudah dibuka untuk tempahan dan jualan. Hubungi 03-2693 9233 untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment