JIKA Mesir terkenal dengan keunikan piramid, Syria juga tidak kurang menariknya daripada aspek sejarah dan seni bina. Malah, negara dengan populasi penduduk 19.4 juta itu boleh dikatakan memiliki binaan unik yang sukar ditandingi kepakarannya.
Lihat saja bangunan dewan teater (Roman theatre) dan Colleseum di Bosra, binaan Masjid Umaiyah serta sentuhan seni kreatif ke atas pelbagai makam, cukup membayangkan kemahiran dimiliki.
Meskipun ada antaranya berusia ratusan tahun, namun binaannya masih teguh malah menjadi lokasi berlangsungnya acara istimewa. Malah, tidak keterlaluan Syria layak dilabelkan sebagai bandar klasik yang memiliki bangunan unik dan menarik.
Itu kesimpulan penulis yang berpeluang menjejakkan kaki ke salah sebuah negara Arab itu pada pertengahan April tahun lalu melalui pakej umrah bersama 20 rakan lain.
Meskipun kunjungan itu singkat - hanya tiga hari saja namun ia sangat bererti apabila kami berpeluang mengunjungi pelbagai lokasi bersejarah dan menarik sekali gus meninggalkan memori indah yang sukar dicari atau ditemui di tempat lain.
Ketika menjejakkan kaki di ibu negara Syria, Damsyik, fikiran penulis membayangkan bagaimana bangunan berusia ratusan tahun itu dibina malah ia masih kukuh dan dijaga dengan baik.
Damsyik atau Damascus dikenali sebagai kota lama yang dikelilingi pelbagai jenis bangunan dan ada antaranya diperbuat daripada batu granit yang masih teguh binaannya.
Dari Damsyik, kami dibawa ke Pergunungan Qalamun, mempunyai jarak 45 kilometer ke utara ibu kota Syria. Di sini, penulis seperti tidak percaya apabila berpeluang melihat makam Habil, salah seorang anak Nabi Adam as yang dibunuh saudaranya, Qabil.
Pembunuhan itu adalah pertama dan tertua yang berlaku di muka bumi ini. Makam sepanjang 12 meter dengan kelebaran mencecah 1.2 meter itu memberi gambaran saiz fizikal umat sebelum ini.
Kami dibawa ke satu lagi kawasan pergunungan yang diberi nama Qosiyun. Berbanding Qalamun, Qosiyun adalah tempat bersantai dan melihat pemandangan bandar Damsyik.
Terdapat pelbagai kafe dan tempat untuk orang ramai berehat sambil menghirup udara segar pergunungan.
Selepas berehat di Qosiyun, rombongan dibawa ke satu lagi bandar lama iaitu Bab As Sagsir. Di sini menempatkan makam isteri Rasulullah SAW iaitu Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Habsah.
Selain itu, terdapat juga makam Bilal bin Rabah, muazin pertama dalam Islam dan golongan pertama masuk Islam atau orang ketujuh memeluk Islam pada awal penyebaran
Islam oleh Nabi Muhammad SAW.
Makam Bilal yang juga bekas hamba berkulit hitam sehingga diangkat Rasulullah SAW sebagai sahabat dan orang kepercayaan Baginda ditempatkan di dalam sebuah bangunan.
Di kawasan ini, terdapat banyak makam yang dibina berdekatan atau rapat antara satu sama lain. Menariknya, hanya ada satu saja batu nesan dan setiap makam dijaga dengan baik.
Selepas melawat makam terbabit, kami menuju ke Masjid Umawi yang terletak di tengah bandar Damsyik. Menariknya di masjid itu, selain menempatkan pelbagai makam, ada empat menara yang salah satunya dinamakan Menara Isa.
Menara Isa itu dikatakan menjadi tempat turunnya Nabi Isa as pada akhir zaman nanti. Selain menara, terdapat empat mimbar yang membawa maksud ada empat mazhab diamalkan di sini.
Apabila bersembahyang, ada empat imam mengimamkan solat mengikut mazhab masing-masing sama ada Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi.
Hari ketiga, penulis bersama rombongan dibawa ke Bosra, sebuah lagi bandar atau kota lama yang mempunyai artifak bersejarah.
Bosra yang mengambil masa empat jam perjalanan dari Damsyik, terletak bersempadan dengan Jordan. Di kiri kanan jalan dipenuhi deretan pokok zaitun
serta padang pasir.
Antara yang menarik ialah Colleseum, bangunan prasejarah yang masih berdiri megah meskipun sudah dibina 2000 sebelum Masihi lagi. Di sini menjadi tempat tumpuan pelancong.
Selain tempat bersejarah, Bosra juga terkenal dengan pelbagai bazar yang menjual pelbagai barangan menarik seperti cadar, pinggan mangkuk dan pakaian.
Namun, barangan di Syria mahal harganya. Tetapi apa yang menarik, cara pembelian barangan yang menggunakan tali di Damsyik.
Apabila bersetuju membeli sesuatu barangan, peniaga kedai yang dipisahkan anak sungai, menghantar bakul melalui tali dan pembeli kemudiannya memasukkan wang sebelum ditarik semula peniaga. Barang dikehendaki juga dimasukkan dalam bakul berkenaan.
Mengenai makanan, tidak sukar mencari yang halal namun untuk menepati selera, sukar ditemui kerana makanan di sini ada rasa sedikit masam.
Hiburan? Pasti ada juga yang mahu tahu tetapi yang nyata tiada tarian gelek atau disko seperti mana negara lain. Malamnya, penulis hanya berehat selepas seharian menjelajah ke pelbagai tempat menarik.
arieda.. hehe.. baru ari ni baca entry ni..wah syoknye jalan2....
ReplyDeletepenerangan jelas dan mendalam... tp takde pic ke... kalau ada lagi best!
entry ni ida copy sebenarnya..
ReplyDeleteida penah sampai syria tahun 2005..masa tu guna camera biasa...malas nak scan gambar..huhuuh..yg sebenarnya scan xde..
apapun syria mmg best..kak ida mesti letak dlm agenda melancong kak ida..sure berbaloi